Alhamdulliah,
Lebih kurang 1/2 jam dari sekarang tahun 2010 akan menjelma...syukur saya ke hadrat illahi kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk melihat dunia. Mengenang kembali apa yang telah saya lalui bersama anak-anak pada hari Ahad yang lepas 27hb December 2009 membuatkan saya tak lena tidur. Saya masih trauma dengan kejadian yang telah menimpa saya dan anak2. Ini akan saya kenang dan tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya... Semoga di tahun baru 2010 ini kehidupan saya sekeluarga lebih diberkati hendaknya...insyallah
Thursday, December 31, 2009
Selamat tinggal 2009..
Posted by RinaHisham at Thursday, December 31, 2009
Thursday, December 24, 2009
Kongsi kegembiraan....

Nadia dan sebahagian daripada pelajar yang mendapat 8A...


Seramai 53 orang murid dari SMK Telok Mas mendapat 8A

Saat2 yang indah yang terlalu sukar untuk saya gambarkan dengan kata2..Alhamdulliah..syukur

Ini Syuhada...kawan baik Nadia sejak dari sekolah rendah lagi..mereka berpisah pada 2005 kerana kami hijrah sekejap ke Jepun dan bertemu kembali pada 2009 dan sama-sama bertungkus lumus berusaha untuk menghadapai PMR !. Apa2 pun mum ucapkan tahniah pada Nadia dan semua kawan2 yang lain, nasihat dari mum n dad..jangan alpa dan jangan cuai dengan kejayaan pada hari ini. Ini merupakan langkah awal...perjalanan kamu semua masih terlalu jauh dan masih banyak lagi yang kamu semua perlu lakukan untuk lebih berjaya di masa akan datang. Kalau kita fikir kita dah jadi orang yang pandai sebenarnya ada lagi orang yang lebih pandai dan lebih cemerlang dari kita. Jadi sentiasa beringat, berusaha, berdoa dan bertawakal selalu. Insyallah kita akan menjadi seorang manusia yang berjaya....
Posted by RinaHisham at Thursday, December 24, 2009
Syukur, Alhamdulliah....
Alhamdulliah,
Saya dan anak-anak selamat sampai ke Melaka pada pukul 6 petang semalam.
Pertama kali saya memandu dari Terengganu ke Melaka tanpa hubby...
Penat dan letih dibuatnya...ialah 5 1/2 jam....
Lama tak menulis dan menghadap komputer...di Kemaman tempat hubby tinggal tak ada line internet....boleh sasau dibuatnya tanpa pc hehe...
Rasanya masih berkesempatan untuk saya mengucapkan salamat menyambut tahun baru hijrah....mudah-mudahan tahun baru ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita...insyallah.
Sebenarnya kepulangan saya ke Melaka semalam kerana pada hari ini keputusan PMR diumumkan....sejak hari pertama saya mendapat tahu PMR akan diumumkan pada 24hb, hati dan perasaan saya ini hanya ALLAH sahaja yang tahu. Betapa gusarnya saya untuk menghadap tarikh 24hb itu..ialah saya tak ada pengalaman lansung anak2 yang menduduki peperiksaan2 penting ini. Malam tadi sepanjang malam saya sukar untuk melelapkan mata.....hinggalah di saat Pengetua mengumumkan kira-kira pukul 11.45 pagi di Dataran Ilmu SMK Telok Mas, di mana 53 orang murid yang mendapat 8A1...straight A....
Ya ALLAH....berdebarnya hati....tak tahu nak kata..
Bila Pengetua berkata, murid ini datang dari Jepun, beliau baru setahun berada di sekolah ini dan beliau telah mendapat 8A...dipersilakan Syahiratunadiah binti Hishammuddian naik ke atas pentas....Ya ALLAH....anak aku ke????
Nadia naik atas pentas dengan mamai2 aje...macam tak percaya....
Apa pun Alhamdulliah dan tahniah untuk anak saya Nadia yang bersusah payah mengulangkaji pelajaran yang dia tidak belajar dari tingkatan 1 dan 2..
Congrats Kak Long !. Turun dari atas pentas saya diserbu oleh wartawan Sinar....yang ingin menemuramah...
Posted by RinaHisham at Thursday, December 24, 2009
Monday, November 23, 2009
Ke Laut...
Dapat 4 ekor ikan sebelah.....masak pindang sedap tu...

Amirul N Aiman.....


Inilah Kuala laut yang terletak dibelakang kawasan perumahan saya...kebetulan air laut tengah pasang tinggi....masa inilah sesuai turun menjaring...
Sabtu lepas Amirul telah mengikuti Aiman dan ayahnya menjaring ikan di laut belakang rumah...Mulanya saya risau juga nak lepaskan dia maklumlah air tengah pasang tetapi disebabkan semua kelengkapan cukup, siap dengan life jacket akhirnya saya mengalah....Kebetulan sekarang ni tengah musim ketam....mengikut kata ayah Aiman kalau air sedang pasang kita boleh mendapat ketam dengan jumlah yang banyak...
Posted by RinaHisham at Monday, November 23, 2009
Hari Q Sek Keb Alai....

Posted by RinaHisham at Monday, November 23, 2009
Monday, November 16, 2009
Jamuan akhir tahun 1 Arif
Posted by RinaHisham at Monday, November 16, 2009
Trip Ke Sunway Lagoon..
berpisah lagilah nampaknya huhu....
Lepas PMR hari tu..class Nadia buat lawatan sambil belajar ke Sunway Lagoon dan Putra Jaya kalau tak silap saya...Nilah masa untuk mereka bersama-sama kawan-kawan sebelum berpisah nanti...
Posted by RinaHisham at Monday, November 16, 2009
Cerita-ceriti..
Alhamdulliah.
Saya masih diberikan kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN ini...amin...
Lama juga saya tidak menyapa ruangan ini....masa dan waktu begitu terbatas dan mencemburui saya. Ada sahaja yang perlu saya uruskan atau dahulukan. Saya begitu merindui suasana seperti di suatu ketika dahulu....terasa kehilangan sedikit demi sedikit. Anak-anak semuanya telah selesai peperiksaan akhir tahun. Hari persekolahan pun dah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak lama lagi bermulalah cuti sekolah yang panjang...saya rasa masa cuti sekolah nanti masa perlu dimanafaatkan dengan sebaik mungkin, aktiviti yang berfaedah, riadah bersama keluarga....dalam fikiran ni macam-macam yang saya fikirkan....selain daripada itu tentunya penghijrahan kami ke Kemaman nanti sesuatu yang baru dan itu maknanya banyak lagilah benda yang perlu saya selesaikan !!
Posted by RinaHisham at Monday, November 16, 2009
Friday, October 30, 2009
PMR dah pun berlalu...rasa lega sikit dan bolehlah duduk melunjurkan kaki..hehe tapi anak2 saya yang lain masih belum menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka so maknanya saya masih belum boleh relax sepenuhnya.
Mereka akan menghadapi peperiksaan pada 2hb Nov ini nanti. Lepas tu nanti banyak benda pula yang nak saya uruskan termasuklah urusan perpindahan persekolahan anak-anak ke Kemaman, Trengganu nanti. Nampak gayanya jadi jugalah saya berpindah mengikut hubby yang bertugas di Kemaman. Sementara menunggu segala urusan berkenaan rumah yang baru dibeli selesai kami akan tinggal di rumah sewa dululah.Hari-hari kami akan makang ikang lah jawabnya hehe....
Posted by RinaHisham at Friday, October 30, 2009
Thursday, October 8, 2009
Bermulanya PMR....
PMR masuk hari kedua.....
Alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar. Hari pertama exam benar-benar menguji saya...apa tidaknya sekitar pukul 6 pagi kak long dah pun bersiap-sedia dengan beg dan apa2 yang sepatutnya dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Adik-adik yang lain pun semuanya siap awal pada hari itu. Tiba-tiba sekitar pukul 6.15 pagi....kak long kata dia sakit perut nak masuk bilik air....Pada saya biasalah tu...agaknya mesti kak long gementar ...yelah nak pergi exam apa tah lagi ini merupakan exam besar yang pertama dia duduki di Malaysia.
Tiba-tiba..
Saya terdengar suara dia terjerit-jerit memanggil saya dari dalam bilik air...bergegas saya ke belakang..apa pulak yang berlaku ni...adus !.
Alamak ! Rupa-rupanya hari pertama nak ambil exam, hari pertama jugalah dia " period "..
Laaa salah time ni..hehe agaknya dia pun panik bila kena tiba-tiba macam tu. Dah selesai segala urusan yang berkaitan saya pun hantar dia ke sekolah.
Sekitar pukul 9.00 pagi saya dah rasa tak sedap hati. Saya mengambil keputusan untuk maklumkan hal ini kepada Pengetua sekolah... Bila Pengetua dapat tahu dia pun risau semacam dan meminta supaya saya dapat datang ke sekolah....saya sampai di sekolah sekitar pukul 9.10 pagi dan tak lama selepas itu kelihatan pelajar2 keluar dari dewan peperiksaan. Selesai sudah satu paper...Bahasa Melayu kertas 1.
Sedang saya tertinjau-tinjau mencari kak long...saya nampak dia dari jauh menuju ke arah saya sambil tersengih-sengih.....pada firasat saya agaknya oklah tu....dah menyengih jer...
Alhamdulliah semuanya ok dan under control...hehe..
Melakar sejarah betul..hehe
Posted by RinaHisham at Thursday, October 08, 2009
Monday, September 28, 2009
Salam Aidil Fitri...

Biasalah...kalau bergambar mesti tak cukup korum...mana dad,mana kak long
last2 nilah yang dapat....jadilah..hehe
Berlalulah sudah Ramadhan kali ini.....
Tidak terlambat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat teman2 yang berada di perantauan tidak kiralah di mana mereka, ampun dan maaf dari saya sekiranya sepanjang persahabatan ada di antara tutur bicara yang menyinggung hati dan perasaan ..... maafkan saya zahir dan batin ye !.
Hari ini dah pun masuk hari ke 8 kita meraikan Aidil Fitri....saya tidaklah beraya kemana pun...ala kadar sahaja. Memandangkan anak saya akan menghadapi PMR pada 7hb ini...maka dengan saya2 sekali lagi ada penyakit nak ' exam ' ni hehe..
Tak pelah Rayakan sebulan, kalau tak sempat Raya Aidil Fitri ni kita tunggu Raya Haji pulak ...
Posted by RinaHisham at Monday, September 28, 2009
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menyambut Ramadhan buat semua teman-teman dimana juga berada semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dari Ramadhan2 yang lalu....insyallah. Sama-samalah kita mengejar pahala yang berganda-ganda ini...
Walau dimana jua kita,
walau lama pun tak jumpa,
Tapi
Kita tetap memandang bulan yang sama....
Berakhirnya Syabaan, hadirnya Ramadahan
Sama-samalah kita melipat gandakan ibadah, menambahkan pahala
di bulan yang mulia ini...panjatkan kesyukuran pada illahi semoga
ibadah ini lebih bererti.....insyallah
Posted by RinaHisham at Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Noritake N China Pete
Noritake dan China Pete ni menjadi kegilaan saya semasa di Jepun. Rasanya bukan saya sahaja tetapi kaum hawa yang tepatnya. Hubby pula nampaknya mula menunjukkan minat terhadap Noritake ni. Malah dia juga ada pilihan sendiri. Sebenarnya koleksi di atas adalah sebahagian daripada koleksi saya. Sebahagian daripadanya masih di dalam kotak atau yang lebih tepatnya masih di bawah katil !. Saya dah tak ada tempat atau ruang nak diletakkan.. Nasib baik LORENZO saya sampai tepat pada waktu dan ketikanya. Kalau tidak....nahas dibuatnya.....alamatnya tersadailah Noritake saya. Di Jepun kita masih boleh membeli dengan harga yang agak munasabah. Kalau di Malaysia sudah tentu saya tak sanggup untuk membelinya. Tengok harganya sahaja saya takut. Apa tidaknya ada diantara harganya mencecah berpuluh ribu ringgit !.
Di Jepun ada diantara koleksi Noritake yang masih boleh kita beli dengan harga serendah 4 k... Terima kasih pada my honey yang membelikan LORENZO untuk saya dan terima kasih juga pada honey saya yang memahami minat saya....tq hon !. Kata suami saya..." koleksi awak nikan dah boleh beli sebiji kereta..." . Lepas ni dah tak boleh beli pinggan lagi tau...hehehe
Posted by RinaHisham at Tuesday, August 18, 2009