CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 23, 2009

Ke Laut...

Hasil tangkapan...1/2 baldi juga....

Dapat 4 ekor ikan sebelah.....masak pindang sedap tu...


Ketam Oh Ketam !


Amirul N Aiman.....


Inilah Kuala laut yang terletak dibelakang kawasan perumahan saya...kebetulan air laut tengah pasang tinggi....masa inilah sesuai turun menjaring...





Sabtu lepas Amirul telah mengikuti Aiman dan ayahnya menjaring ikan di laut belakang rumah...Mulanya saya risau juga nak lepaskan dia maklumlah air tengah pasang tetapi disebabkan semua kelengkapan cukup, siap dengan life jacket akhirnya saya mengalah....Kebetulan sekarang ni tengah musim ketam....mengikut kata ayah Aiman kalau air sedang pasang kita boleh mendapat ketam dengan jumlah yang banyak...

Hari Q Sek Keb Alai....


Sempat lagi tu....



Maisarah n Sarah...best freind...


Sabrina dan Cikgu Hazlina.....


Nampak cool sahaja Beena masa ambil hadiah...hehe

Cuti sekolah sudah pun bermula....riuh sakan rumah saya melayan kerenah budak2 ni...kejap baik, sekejap gaduh....aduhai....

Hari Khamis yang lepas Sek Keb Alai telah mengadakan Hari Q di Dewan SK Alai. Di majlis itu juga acara penyampaian hadiah bagi kedudukan terbaik 2009, hadiah peningkatan akademik terbaik juga hadiah bagi matapelajaran terbaik bagi sessi 2009. Kedua-dua orang anak saya iaitu Sarah n Sabrina turut sama menerima hadiah...alhamdulliah. Sabrina menerima hadiah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris manakala Sarah menerima hadiah bagi matapelajaran Sains dan tempat ketiga di dalam kelas...


Monday, November 16, 2009

Jamuan akhir tahun 1 Arif

4 sekawan....biasalah bagi saya dengan siapa anak saya berkawan
saya mesti kenal dengan kawan2nya juga ibubapanya sekali...
Dah terbiasa dengan cara semasa saya di Jepun....
Amirul, Aiman, Amir dan Ashraf.....erm...semuanya huruf A



Kata anak saya class dia buat pungutan duit untuk jamuan akhir tahun. Tak sangka rupa-rupanya mereka order makanan dari KFC....memang berbeza sungguh dengan zaman saya bersekolah dahulu.....KFC pun tak kenal tau...hehe





Trip Ke Sunway Lagoon..

Posing nampak...hehe

Kak Long...


Ni Adah....best friend dia sejak sekolah rendah lagi....lepas ni
berpisah lagilah nampaknya huhu....




Lepas PMR hari tu..class Nadia buat lawatan sambil belajar ke Sunway Lagoon dan Putra Jaya kalau tak silap saya...Nilah masa untuk mereka bersama-sama kawan-kawan sebelum berpisah nanti...
Lepas ni tak tahulah bila boleh berkumpul sama-sama lagi....


Cerita-ceriti..


Alhamdulliah.
Saya masih diberikan kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN ini...amin...
Lama juga saya tidak menyapa ruangan ini....masa dan waktu begitu terbatas dan mencemburui saya. Ada sahaja yang perlu saya uruskan atau dahulukan. Saya begitu merindui suasana seperti di suatu ketika dahulu....terasa kehilangan sedikit demi sedikit. Anak-anak semuanya telah selesai peperiksaan akhir tahun. Hari persekolahan pun dah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak lama lagi bermulalah cuti sekolah yang panjang...saya rasa masa cuti sekolah nanti masa perlu dimanafaatkan dengan sebaik mungkin, aktiviti yang berfaedah, riadah bersama keluarga....dalam fikiran ni macam-macam yang saya fikirkan....selain daripada itu tentunya penghijrahan kami ke Kemaman nanti sesuatu yang baru dan itu maknanya banyak lagilah benda yang perlu saya selesaikan !!