CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 14, 2010

Tragedi 27 December...

Rasanya tak perlulah saya menulis panjang lebar kerana gambar2 dan video di bawah ini telah menerangkan segala-galanya. Beginilah keadaan kereta saya apabila dilanggar lari oleh sebuah bas express. Saya difahamkan oleh seseorang yang telah menolong saya semasa hari kejadian...tak berapa jauh dari tempat berlakunya kemalangan ini terdapat sebuah lagi kemalangan yang melibatkan bas express dan sebuah kereta dimana kesemua penumpang kereta tersebut meninggal dunia ditempat kejadian...Apa yang musykil dihati saya ialah...adakah bas yang sama? Entahlah....apa pun saya begitu bersyukur kerana saya dan anak-anak terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan...walaupun bas yang melanggar kami tidak berhenti pun malah terus memecut laju... Sakit untuk dikenang dan terlalu pahit untuk ditelan tapi nilah....hakikatnya




Sedih dan kesian pada kereta ni dengan tayar dibahagian hadapannya turut meletup...masa kejadian umur dia baru 40 hari...











Video ini anak saya Nadia yang rakamkan...saya pada masa tu memang blur dan tak ingat nak buat apa pun...cuma menunggu orang dari Nissan datang untuk tarik kereta saya ke workshop.



Majlis Graduasi Kecemerlangan 2010










Semalam 13.01.2010..



Saya menghadiri Majlis Graduasi Kecemerlangan PMR 2009 yang diadakan di Dataran Ilmu SMK Telok Mas. Saya sampai ke sekolah sekitar jam 7.00 pagi kerana majlis akan dimulakan seawal jam 7.20 pagi. Terasa seronok bila berada dibarisan para pelajar yang beratur untuk perhimpunan harian yang sememangnya diwajibkan dan perlu dilakukan pada setiap pagi waktu persekolahan. Teringat saya masa zaman2 saya bersekolah dulu....hehe rindu pulak dan mulalah teringat kembali pada kawan2 yang ada diantara mereka saya dah terputus hubungan. Entah dimana mereka semua ya....masing2 dah punya kehidupan sendiri yang pastinya....Tak pelah..kita tinggalkan dulu cerita2 lama tu. Sebenarnya kami semua para ibubapa diberikan peluang bersama-sama dengan anak untuk naik ke atas pentas bagi menerima Sijil Kecemerlangan.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010...

01.01.2010...

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua rakyat Malaysia, rakan dan taulan, walau di mana anda berada semoga tahun baru ini kehidupan kita semakin diberkati...insyALLAH...

Walau apa jua azam yang ada tanamkan atau apa juga yang anda hajati di tahun 2010 ini...saya doakan semoga semuanya tercapai dan dimakbulkan....kita cuma berusaha, kita juga mampu merancang tapi hanya TUHAN yang menentukan segalanya...saya juga berharap pengalaman pahit saya dan anak-anak dipenghujung tahun 2009 dapat saya lupakan dan jadikan iktibar dalam menempuh kehidupan di tahun 2010 ini...semoga ALLAH sentiasa melindungi kami sekeluarga...amin.