CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 25, 2007

Fadilat Ramadhan....

Dah beberapa hari saya tak sempat menjengah di sini...
2/3 hari kebelakangan ini saya agak sibuk sikit,entah apalah yang di sibukkan pun tak tahulah...beberapa hari yang lepas saya mendengar seorang ustaz bercakap mengenai Fadilat Ramadan berkaitan dengan perkataan memaafkan....
Bila becakap pasal maaf memaafi ini maka akan kluarlah dua huruf F iaitu Forgive and Forget....yelah kalau kita dah boleh memaafkan sesuatu kesalahan itu kita mestilah redha dan melupakan terus apa2 pun kesalahan yang telah dilakukan itu ...itu yang sebenarnya bukannya masih disimpan di dalam hati....
Banyak hikmat disebaliknya...

Friday, September 21, 2007

Berakhir sudah misi pencarian adik Nurin..


Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah..


Due to the overwhelming scientific evidence produced, the parents of Nurin Jazlin have decided to accept the body they inspected as of their daughter's.The body will be claimed this morning and funeral (burial) would probably be held after Friday prayers today.


Al-Fatihah..

Berakhir sudah misi pencarian adik Nurin Jazlin....
Sebak dan pilu, tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu bila orang yang ditunggu pulang dalam keadaan tidak bernyawa....
Takziah dan sekalung Al-Fatihah dari saya buat keluarga adik Nurin.Saya juga seorang ibu dan amat memahami perasaan dan penderitaan mereka sekarang.Saya berharap agar kisah adik Nurin ini tidak berakhir begitu sahaja dan bukanlah penamat untuk selamanya untuk orangramai khususnya untuk membantu pihak berkuasa untuk menangkap manusia berhati binatang ini...
Sungguh menyedihkan bila kita berada di negara yang berbilang kaum,pelbagai bangsa,agama dan adat ini tetapi perkara seumpama ini masih lagi berlaku....

Major Service

Semalam rumah kami di datangi oleh pekerja-pekerja Jepun seramai 4 orang untuk melakukan service pada air cond dan boiler...

Tepat pukul 9.00 am mereka sampai hinggalah pukul 4.00 pm barulah selesai semuanya.Memang agak seronok bila melihat ketekunan mereka berkerja..

dengan kesungguhan dan ketelitian mereka berkerja,kita tak perlulah nak risau kalau-kalau rumah kita akan menjadi bersepah..
Menyampai ke pukul 4.00 petang, satu jangkamasa yang agak lama juga tentulah penat..
kesiannya saya bila melihat salah seorang daripada mereka sampai terantuk kepala di dinding...saya cuma gelak-gelak sahaja...habis tu nak cakap macamana kalau macam bercakap bagai itik dan ayam...seorang cakap nihongo saya cakap omputih...
kelakar sungguh....rasa nak cakap melayu sahaja....
nasib baiklah Erika San ada.....kata dia " Zairina San,if you have a problem with them and need my explaination....just cal me...i can explain it to you on the phone...
Thanks Erika....kalau tidak mati saya....tercungap-cungap nak faham bahasa ibunda mereka...tu yang bagusnya mereka ni..mana-mana pun bahasa ibunda mereka tetap didahulukan cuma masalahnya kami nilah yang tak tahu nihongo...Nilah rupa ruang tamu saya semasa proses berlansung..


Wednesday, September 19, 2007

Perjalanan ku..

Dugaan,

Kata orang dugaan mendatang...satu kelengkapan dalam sesebuah kehidupan

Entahlah..

Mungkin ada keseimbangannya

Sebagai manusia biasa,siapalah saya..

Dalam menempuh perjalanan kehidupan yang jauh di perantauan ini..

Bumi Sakura ini menyaksikan segalanya..

Ramadhan,

Ini ramadhan kali yang kedua saya di rantauan

Berbanding ramadhan yang pertama dulu,kali ini saya mempunyai 1001 kekuatan

Saya menjadi begitu tabah,pasrah dan redha....

Saya mempunyai seorang suami yang menyokong serta menjadi tulang belakang dalam apa jua keadaannya,

Saya ada empat orang cahayamata yang mengiringi perjalanan hidup agar lebih ceria,

merekalah penglipur lara,merekalah pegubat rindu saya dan dengan mereka jugalah

saya bergaduh,merajuk dan sebagainya..

Itulah rencah kehidupan saya,ada hilai ketawa dan ada gurau senda juga rajuk dan tangisan....

Semuanya jadi lebih meriah...

Ya ALLAH...

Berikan lah saya kesempatan ini hingga ke akhirnya...

Bahagiakan lah kami di dunia dan di akhirat.





Happy Birthday Sayang.....

Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics!



Hari ni Beena dah 5 tahun.....
Dah besar anak mum dan dad..... mum dan dad, kak long, abang dan kakak Sarah doakan supaya Beena menjadi anak yang soleh dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah s.w.t.....mesti lebih rajin baca buku supaya jadi pandai macam abang dan kakak.Syukur alhamdulliah kerana mum diberikan peluang oleh Allah untuk melihat semua anak-anak mum membesar dengan sempurna....harapan mum dan dad agar anak-anak mum menjadi insan berhati mulia,menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa ingat bahawa kehidupan kita di dunia ini hanya pinjaman...gunakan lah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya....insyAllah..

Ninja!

Kesian Beena....hari ini dad tak ada.....dad kena pergi melawat kapal....kerja..

Tapi mum,kakak long,Abang dan kakak Sarah ada.....kami nak nanyikan lagu untuk Beena....


SELAMAT HARI JADI ! SELAMAT HARI JADI ! SELAMAT HARI JADI BEENA !....

- Ini Beena, tapi posing kat kek akak long!

hehehehehe!

-Akak Nadia

Monday, September 17, 2007

Hari ini dah masuk hari ke 5 puasa..
Alhamdulliah,Beena dah semakin pulih dari demam....dah mula nak makan.
Susah hati betul kalau dia sakit.....baring sahaja..
Lagi pun Beena mestilah kena cepat sembuh,lagi 2 hari sahaja nak sambut birthday....
Nilah Beena...

Sunday, September 16, 2007

Bermulanya Ramadhan...

Alhamdulliah....
Syukur ke hadrat ilahi dah masuk hari ke 4 kami puasa..
Begitu juga dengan anak-anak..nampaknya tak ada masalah,sampai ke petang.
Hari ni hubby ke kapal,hari inilah aku tumbang..demam..
Mungkin di sebabkan perubahan cuaca agaknya...ialah ked
atangan musim luruh semakin hampir...tak sabar rasanya..
Betapa indah dengan dedaun yang
pelbagai warna....indah sungguh.
Ini gambar musim luruh yang lalu..
Sewaktu kami melawat ke Hakone..