CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 26, 2009

Sarah n Sabrina

Nilah Sarah n Sabrina, anak dara no 3 dan no 4 saya. Kebetulan masa saya snap gambar ni mereka baru sahaja repair rambut...bila dah cuci dah kena dengan hair dryer maka rambut tu jadi lurus ler sekejap..hehehe. Malam dah keriting balik dah.Kalau nak dibandingkan gambar2 mereka 2 tahun yang lepas, semuanya putih2 dan gebu2....ni yelah penat kot dah sekolah.....tu yang slim jer.

mata Beena macam nak kejam jer...cuba tengok pic di bawah
ni...
masa kami balik ke Jepun , beza cuma 2 bulan jer....Beena masih putih lagi hehe.



Cantik !





Sebenarnya,
Pokok2 bunga ini mula berbunga sejak 2 minggu lepas. Pokok2 yang banyak ditanam disepanjang jalan di taman kami ni mengingatkan saya pada pokok Bunga Sakura yang banyak di sepanjang jalan Yokohama...bertapa rindunya saya pada panorama yang begitu indah yang hanya boleh dilihat sekitar bulan April nanti.. Sekarang ni sudah musim hujan maka bunga-bunganya sudah bertaburan dijalanan. Saya tak tahu apakah namanya bunga2 ini....tapi saya namakan ia Bunga Crystal...ia crystalyokohama..gabungan nama yang indah dan sepadan bagi saya. Ahh..rindu untuk kembali ke Yokohama begitu menggamit perasaan..



Di Kala Bulan Mengambang..




Di saat mata terpaku melihat keindahan sang Bulan mengambang dan di saat itu juga hati menjadi rindu, terbayang dan terkenang pada seseorang yang jauh diperantuan, entah bila kala kita akan bersua bertentang mata..
Bertapa indahnya ciptaan Mu, Tuhanku..dan bertapa mendalamnya kasih dan sayangku yang tidak berbelah bagi wahai suamiku....

Monday, February 23, 2009

Jambu or Onigiri...





Jambu ke Onigiri ? Nak makan yang mana satu...kalau tanya anak2 mereka akan kata nak makan Onigiri yang dalamnya ada salmon flake dan mayonis serta dibalut dengan nori...beras pun memang saya bawa balik dari Jepun...punyalah sedap kata orang tapi kalau ada jambu sebagai pilihan kedua..hihihi saya lebih rela makan jambu diulam bersama nasi panas dan sambal belacan. Lidah melayu ler katakan...lagi pun buah jambu ditepi halaman rumah saya ni tengah rancak berbuah.Onigiri ni memang saya buat lebih hari tu sebab kak long nak bawa ke sekolah, nak bagi kawan2nya rasa. Dah rasa tak cukup ler pulak...




Jiran Saya...





Gambar di atas adalah gambar jiran saya...Kak Sal n Abg Kamal. Mereka ni adalah jurulatih pro untuk sukan renang. Kelab mereka iaitu Kelab Todak sudah dikenali di Negeri Melaka ini. Ada diantara pelajar2nya yang datang dari Muar, Segamat juga Johor Bahru. Ni bebudak yang ramai2 ni semasa mereka tengah buat persiapan untuk tourment yang mereka masuk baru-baru ini. Memang gamat dibuatnya bila bebudak ni semua berkumpul...seronok lak tengoknya..hihi
Saya pandai juga berenang tapi cuma kat tepi2 kolam lah..kah kah!


Sunday, February 22, 2009

Chinese New Year



Gambar-gambar di atas ialah semasa sambutan Chinese New Year yang lepas. Jiran saya Cikgu Seah dan Cikgu Ong siap talipon saya pada satu malam tu...kelakar betul...Dia siap tanya.." Na, eh lama dah aku tunggu kau ni...bila nak datang rumah beraya ni ? ". Laa, macamana saya boleh lupa ni...saya dah berjanji dengan dia dari petang lagi...tengok2 jam dah pukul 10.30 malam...kesian kat dia..sorry ler Seah...tak ingatlah....Malam tu saya,hubby dan anak2 datang ke rumahnya. Sembang punya sembang tak sedar dah pukul 12.00 malam dah...nasib baik depan rumah jer. Thank you ye Seah sebab semuanya dapat angpow !


Tetamu Malam..



Alkisah pada satu malam...
Saya menerima kunjungan dari tetamu yang tidak disangka-sangkakan...
Ini ialah Abang Ramli Johari..dj yang famous tu dari Radio Melaka Fm. Beliau datang bersama-sama isteri...hihihi kelakar sungguh pertemuan kami itu. Biarlah saya simpan sebagai satu kenangan. Yang kelakarnya abang Ramli kata kat saya ialah.." Zairina, awak datanglah ke radio Melaka lagi...kita buat temuramah..eh, awak gi sana gi ambil duit sebab radio Melaka gunakan suara awak buat promo..." hehe saya gelak saja.. Dalam hati berkata-kata juga, eh betul ke aku boleh claim duit ni...seronok gak


Bersantai dengan hubby di Water World


my honey..


Kebetulan,
Hubby pulang ke Malaysia mengambil anugerah 20 tahun perkhidmatannya, lantas terus menyambung cuti selama seminggu. Kebetulan juga pada waktu itu anak2 tengah bercuti sekolah...kami pun merancanglah untuk
bersantai di A Famosa, Melaka. Seronoklah budak2 bila dah lama tak bercuti..


seronoknya budak2 ni.....


Beena pun berani....menggelonsor dalam tiub besar ni..





kena pulak beli seluar pendek Amirul....tak dibawanya.

update perjalanan sekitar February


Dah lama saya tidak menjengah blog di sebabkan rutin seharian yang begitu padat.
Apa pun akan saya usahakan juga mengupdate cerita-cerita baru kerana saya
tidak mahu blog yang saya usahakan ini berkubur begitu sahaja. Walaupun sebulan mungkin hanya 4 atau 5 entry tetap saya cuba usahakan...insyallah.