CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 15, 2009

Balik Kluang


ini Gipsi...hitam si tampok manggis...



Winki n Abang Ayuy...dia ni paling baik sekali..senang
nak mandi....diam sahaja.



Si Oren Dipsi paling comel...


ini pula girlgirl....ibu kepada anak2 kucing yang comel.

Hari ni..
Saya balik Kluang..rumah sepupu saya, ambil kucing...eee seronok tengok kucing2 tu..tak tahu mana satu nak pilih...ikutkan hati nak ambil
semua sekali tetapi akhirnya si Oren Dipsi tak jadi ambil bila budak2 kat rumah tu semuanya moyok sebab sedih. Saya bawa balik ke Melaka hanya Winki n Gipsi.
Memang dah bukan rezeki saya agaknya....Beena yang ada alahan pada bulu kucing ni jadi semakin teruk pulak. Selain batuk dan terbersin sahaja, mukanya jadi berbintat-bintat seolah-olah kena ' senggata '. Akhirnya kucing duduk di Melaka tak sampai sehari bila terpaksa dihantar semula balik ke kampung halamannya di Kluang. Huhuhu...sedih sekali tentulah Amirul yang beria nakkan kucing. Tak apalah...kita tunggu Chibi sampai dari Jepun dengan Dad. Chibi our hamster...rinduuu.


Kerja kahwin..

Ahad lepas saya turun Seremban kerana menghadiri majlis kerja kahwin sepupu saya. Sayangnya terlupa pulak bawa kamera....seronok sangat bukannya apa sebenarnya pakcik saya pegawai penjara Seremban..jadi masa majlis tu saya dapat lihat banduan2 yang tempoh tahanan mereka dah hampir tamat melakukan kerja luar.Ada yang angkat pinggan kotor, kemas meja dan macam2lah yang diaorang buat. Berpakaian serba hijau dan dibelakang uniform mereka ada tertulis perkataan " Kerja Luar ". Ermm saya makan paling banyak..siap bertambah2..hihi lapar punya pasal.

Tuesday, March 3, 2009

Hujan

Alhamdulliah,
Seminggu ni setiap hari mendung dan hujan. Anak2 pagi-pagi ke sekolah meredah hujan. Bunga-bunga dan pokok-pokok tanaman saya tentunya happy bila hujan turun, yelah dah lama kemarau..kesian mereka kering-kontang jadinya. Hari2 bersiram pagi dan petang tapi taklah sama kalau mereka dapat air hujan...
Seronok tengok pokok buah jambu yang sedang lebat putiknya..cuma yang kurang seronoknya bila saya kurang AWAS bila memandu dalam keadaan hujan lebat. Hihihi..