Alhamdulliah.
Saya masih diberikan kesempatan lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN ini...amin...
Lama juga saya tidak menyapa ruangan ini....masa dan waktu begitu terbatas dan mencemburui saya. Ada sahaja yang perlu saya uruskan atau dahulukan. Saya begitu merindui suasana seperti di suatu ketika dahulu....terasa kehilangan sedikit demi sedikit. Anak-anak semuanya telah selesai peperiksaan akhir tahun. Hari persekolahan pun dah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak lama lagi bermulalah cuti sekolah yang panjang...saya rasa masa cuti sekolah nanti masa perlu dimanafaatkan dengan sebaik mungkin, aktiviti yang berfaedah, riadah bersama keluarga....dalam fikiran ni macam-macam yang saya fikirkan....selain daripada itu tentunya penghijrahan kami ke Kemaman nanti sesuatu yang baru dan itu maknanya banyak lagilah benda yang perlu saya selesaikan !!
Monday, November 16, 2009
Cerita-ceriti..
Posted by RinaHisham at Monday, November 16, 2009