CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 25, 2010

Bowling N Telok Cempedak, Kuantan





Santai bersama-sama dengan staff Bumi Armada masa cuti sekolah tempohari..baru ini sempat nak post pic hehe....enjoy sesangat n nanti kita picnic lagi ye !.


Tuesday, July 6, 2010

Kampus Kota, Universiti Malaya..


04.07.2010

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi rasa..lahir daripada hati yang ikhlas. Bertapa terujanya saya bilamana saya melangkah keluar dari sini...

Biasalah manusia...ada egonya dan saya tak terkecuali daripada itu...

Sebelum ke UM saya berkata di dalam hati...apa lagi yang aku nak, apa lagi yang tidak cukup...saya boleh diibaratkan sebagai seorang surirumah yang cukup sempurna ...santai selalu..ada banyak masa terluang untuk melilau ke sana dan ke sini tanpa perlu berfikir untuk mencari duit dan sebagainya. Apa tidaknya..semua yang saya inginkan ada tersedia didepan mata...dah begitu manja jadinya...tetapi di sana saya dapat melihat sekelompok manusia yang begitu cekal berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga juga ekonomi mereka...ada diantaranya telah pun melangkah dengan bangga kerana telah berhasil mencapai apa yang mereka inginkan...saya?? Saya yang masih leka ini? Saya rasa saya juga tidak dilahirkan untuk hidup biasa-biasa sahaja. Hanya dengan adanya matlamat yang jelas dan pratikal, usaha yang berterusan juga pengorbanan ....saya yakin saya juga seperti orang lain..pasti berjaya dan hebat !.


Thursday, July 1, 2010

01.07.2010



Happy Birthday Kak Long !
Menjangkau umur 16 tahun ini,mum harap akak lebih matang dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Semoga mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang ...insyallah dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kami semua, mum n dad juga adik2 mendoakan yang terbaik buat akak.
Happy
Birthday
To U....SAYANG !