CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 17, 2008

Masih meriah...



kebetulannya malam tu ramai yang mengenakan warna hijau...
my cool colour..haha



ini semuanya tengah tengok Chibi,Chiki and Choki...
nanti tinggal dengan aunty Nurul ye...

Malam tadi kami menerima kunjungan dari Uncle Rozaimi serta Uncle Mizam satu family.Meriah rasanya walaupun sedih untuk berpisah sebab selepas ini entah ada ke tidak kesempatan untuk kami berbual-bual dan bersantai macam selalu.
Balik nanti semuanya sibuk dan jadual serta routine saya semakin padat.
Tatkala hari yang di tunggu cuma tinggal sehari sahaja lagi.....saya seolah-olah kehilangan punca...ada sahaja yang nak dibuat tapi tak tahu nak mula dari mana..huhu.Menyentuh soal hati dan perasaan jangan katalah...
Terlalu sukar untuk saya ungkap dan perjelaskan bagaimanakan perasaan hati di waktu ini....semuanya terlalu sunyi....
Buat semua teman-teman seperantauan...terima kasih di atas segalanya, susah senang kita bersama..tak ternilai semua itu dan akan saya kenang dan simpan sebagai satu memori yang cukup indah dah berharga dalam hidup saya. Andai ada sumur di ladang bolehlah saya menumpang mandi dan jika ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi di lain waktu dan di lain ketika...insyallah...

Gambar akan saya upload nanti ye...

Monday, July 14, 2008

Lavender di Mt. Fuji


Bertapa indahnya ciptaan Tuhan...setiap musim berganti maka panoramanya juga akan berubah.Musim Summer ini di Mt Fuji cukup terkenal dengan kehebatan Lavender yang harum semerbak di seluruh kawasan pesekitaran Mt. Fuji..di Kawaguchi Lake ada Oishi Park yang penuh dengan Lavender yang wangi semerbak bak kata Aunty Nurul..sendawa pun berbau Lavender hihihi...
Special thanks pada Uncle Mizam dan Aunty Nurul yang sudi tangkapkan gambar buat saya..saya hanya kirimkan kamera sahaja...tuan badan ada di Yokohama. Perjalanan dari Yokohama menaiki train kata mereka memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit ke 3 jam untuk sampai ke Kawaguchi Station. Dari sini pula ambil retro bus dalam 27 minit pula untuk sampai ke Oishi Park. Masa yang bergitu terbatas tidak mengizinkan saya untuk turut serta.
Saya memang peminat Lavender...apa sahaja haruman rumah biasanya berasaskan Lavender dan Vanilla...ermm wanginya tak terucap..haha
Entah bila agaknya saya berkesempatan untuk berkunjung ...hanya takdir dan waktu penentu segalanya...



inilah Aunty Nurul,Uncle Mizam dan Aliff di celah2 Lavender yang
harum mewangi...

Sunday, July 13, 2008

Packing lagi...



Semalam saya sehari suntuk packing barang lagi...Aduhhh penatnya.
Sebenarnya saya dah kemaskan mana2 barang yang nak di bawa masuk ke dalam kotak tapi semalam hubby adjust lagi...bagi balance dan bila semuanya ok barulah di sealkan. Kesudahannya ada 5 kotak dan satu beg besar untuk di takyubinkan ke airport.Itu tak termasuk 4 kotak yang akan diambil esok dimana kotak2 itu kami poskan ke MALAYSIA naik flight dan akan sampai seminggu setelah saya sampai nanti.Beg yang hand carry lain pula...banyaknya..itu pun tak habis bawa juga.
Kalau baru macam ini penatnya bukan kepalang apalagi kalau bila hubby balik terus nanti..huhu lagi banyak barang.

Friday, July 11, 2008

Hari2 terakhirmu...




budak2 ni masih sempat posing..huhu..


inilah Uncle Fakru..owner baru kereta...

Berbagai rasa dihati , semuanya bercampur baur.Saat ini terlalu sukar saya rungkaikan...manakan tidak sejak December 2005 ke hulu dan ke hilir ' dia ' lah yang membawa saya, ke sekolah juga ke Saty dan tempat2 lain...terlalu banyak memori atau kenangan indah saya bersamanya.Membawa ' dia ' pernah disaman dan dengan ' dia ' juga beberapa kali ditahan polis...dah sahlah memang polis suka sangat dengan saya..huhu.
Kata orang teman setia dan tanpanya saya terasa seolah-olah ' patah kaki '...
Itulah kereta saya 80 -04 nombor pendaftarannya. Malam semalam hubby dah bagi kereta pada Uncle Fakru . Sebenarnya bila saya decided untuk kembali ke Malaysia..hubby yang akan tinggal berseorangan tidak bercadang untuk menyimpan kereta . Ini bermakna tidak perlulah membayar 5 ribu yen setiap bulan untuk insuran...dah jimat !
.
Pukul 8.00 malam Uncle Fakru sampai di rumah dari Chiba.Lepas solat maghrib, kami menjamu selera sambil berbual dan sekitar pukul 10.00 kami turun ke basement untuk ambil kereta. Saya masih sempat mengusung kemera untuk merakamkan saat-saat terakhir itu...masih mampu lagi mengawal perasaan di hati.Tapi bila sahaja Uncle Fakru mula menghidupkan enjin dan mulai bergerak perlahan....saya menjadi begitu sebak...sedih dan tak mampu lagi untuk menahan airmata yang sedari tadi berbertakungan untuk terus jatuh berguguran...
Dengan esak dan sedu saya terus mendapatkan hubby yang sedang membelek motor...kata saya ' sedihnya saya tak macam saya sedih sewaktu menjual kereta wira saya sebelum saya datang ke sini ' banyak sangat memorinya....
Tak apalah...akan saya simpan dan kenang hingga ke akhir hayat sebagai satu kenangan yang indah.

Thursday, July 10, 2008

Jalan-jalan lagi..



Beena tengah dengar lagu apa tu ?





Turun ke tingkat 2 untuk beli hair cliplah dan macam2 lagi..



Di Surabaya..kami makan-makan..aduhh laparnya.


Lagi jalan-jalan ke World Porter dengan anak2...sempat singgah kedai menjual CD.Kami tak beli pun cuma tumpang duduk sambil dengar lagu...
Lepas tu apalagi perut dah mula lapar...biasalah kalau tak singgah di Surabaya memang tak sah...makan jangan tak makan...
Sekitar pukul 4 lebih baru sampai rumah.

Puppet Theatre..




Bila Beena ajak semua abang dan kakak2 dia juga tak terkecuali mom dan dad menonton pesembahan ' Puppet Theatre '..apa lagi seronoklah dia..siap jual tiket lagi kalau nak tengok cerita dia.Maka beraturlah semua orang di depan puppet theatre tu hihihi..Ni kiranya cerita dah selesai...sebab semua puppet dah keluar !. Apa pun Beena ni kreatif orangnya..ada saja cerita dia.Kami semua enjoy..hihi


Sunday, July 6, 2008

Gubahan Bunga Orkid...


2 gubahan Bunga Orkid dari seorang kawan..Noimi Sasuga...cantik hasil seni dia..kuntuman Orkid ini diperbuat daripada satin...lembut, cantik dan nampak real sekali.Thanks Noimi it's beautiful...
Hajat hati nak di bawa balik sekali nanti..bolehlah saya melaram pada Hari Raya yang akan datang ini...apa2 pun tengoklah samada boleh muat masuk kotak..takut nanti kemek dan rosak pulak.

Kedai gunting 312 Grand Dou...

Agaknya sessi gunting-menggunting rambut....bilamana anak2 saya semua dapatkan dad minta digunting/repair rambut masing2...yang paling kelakarnya Beenalah sebab bila tengok dad gunting rambut kak long, dia pun nak gunting juga.Walhal rambut dia baru sahaja dad repairkan...masih pendek lagi.Berulang kali dia datang bertanyakan pada saya ' mom, boleh tak Beena gunting rambut ? '.
Saya yang memang sukakan kalau dia berambut panjang selamba menjawab..tak boleh Beena.Tiga empat kali dia mendapatkan saya dan akhirnya...
Rambut anak2 saya ni selalunya memang dadlah yang jadi tukang guntingnya..jarang anak2 saya masuk kedai gunting.....jimat banyak....hihihi
Gambar kak long tengah digunting saya tak masukkan sebab nampak tukang gunting yang tak pakai baju...maluuuu



alahai Benna....nanti lambatlah nak panjang....huhu


Sagu lagi.....


Sagu lagi...ini kes nak menghabiskan stok sagu sebelum saya pulang ke tanahair..
Sagu mata ikan dan ada juga yang panggil ' sagu bronok '. Bagi saya penggemar sagu..buatlah macamana pun...semuanya sedappp !.

Kebun Kecilku..

Cuaca kat sini dah terasa bahangnya....dah macam berada di Malaysia sahaja..hihi.
Dalam pada itu saya dan hubby masih sempat bercucuk-tanam tapi di dalam pasu besarlah....dan tanaman peria kami sedang menjadi nampaknya dan dah nampak
juga putik2 buah yang kecil mulai keluar...tak lama lagi dapatlah hasilnya t
etapi sayangnya saya sudah tentu tak dapat merasainya huhuhu..sedihnya.
Tentu saya merindui " garden kecil " saya itu...juga pokok ' duit ' saya...istilah orang juga kawan2 yang memberi gelaran kepada pokok bonsai saya itu sebagai '
pokok duit '.Kata mereka lagi kalau sesiapa yang menanam pokok tersebut dan menjadi dengan lebatnya maka banyaklah duit....hihihih entahlah...itu kata orang.
Pokok daun salery saya pun gemuk dan menjadi....sayang nak ditinggalk
an dan mintak2 aunty Nurul boleh tolong jagakan...boleh ye aunty Nurul



inilah rupanya pokok peria kami..tengah menjadi dan di bawah
kelihatan putik2 buah yang masih kecil..


ini pula pokok salery saya dah 2 kali juga daunnya di petik..
untuk ditabur atas mee goreng...rangup dan fresh.


inilah rupanya ' pokok duit ' saya tu..
nampak segar dengan dedaunnya menghijau ..sungguh lebat.


Bercakap tentang musim panas, beberapa minggu sebelum ini saya dan hubby mencari kipas tambahan untuk rumah kami..maklum sahajalah ini pertama kali kami menghabiskan cuti musim panas di sini. Saya memang telah maklum kalau di sini bila masuk summer, panasnya terlampau panas maklumlah cuaca panas kering..so kami pun bercadang untuk mencari kipas second hand sahaja sebab bukan nak guna lama pun..dalam sebulan sahaja..
Di sebuah kedai..saya mula menayakan seorang jurujual ada tak kipas second hand lagi. Perbualan lebih kurang bergini :

Saya : Sumimaasen...i'm looking fan....you know fan?
Jurujual : Fan ?......#$$$%###
Saya : yes, fan....
Jurujual : Chotomate ne...$#$#$ sambil garu2 kepala..

Dalam hati...ermm memang mamat ni tak tahu omputih ni...kata saya...
tetapi biasalah di negara matahari terbit ini...kalau diaorang tak fasih macamana sekali pun..diaorang akan usahakan untuk menolong kita dengan apa cara sekali pun...lama juga saya tunggu si mamat ni cari orang yang boleh berbahasa Inggeris..tapi tak ada agaknya.
Akhirnya lepas puas saya merayau-rayau...kipas sebiji pun tak jumpa akhirnya saya terjumpa balik dengan mamat yang saya tanya tadi...kesian saya tengok dia lalu saya katakan pada dia...its ok,never mind...daijoubo.Dia dengan rasa bersalah cuma angguk2kan kepala.
Tak puashati saya cal Nurul...tanyakan pada dia...lepas cal..apalagi gelak sakan dan macam nak pecah perut dibuatnya.Nampak gaya sampai mati saya mesti tak lupa apa itu kipas dalam Japanese.Kipas dalam Japanese ialah ' SANG PUKI '...
Berlari saya dapatkan hubby yang sedang membelek ' gitar aloha " sambil bertanya.' Hon, awak tahu tak kipas dalam Japanese ? ' . Selamba hubby menjawab sambil gelak...tahu..laaaa saya kata.

Thursday, July 3, 2008

Kuih Sagu berlapis...



Minggu lepas..saya ada buat kuih sagu kukus...saya lapiskan 3 warna bagi meriah gitu..hihi.Mudah dan senang serta rasanya tidak berapa manis dan lemak2 .
Kalau ada tetamu yang nak datang ke rumah kita tanpa memberitahu terlebih dahulu...rasa saya kuih ini boleh disediakan kerana ianya bergitu mudah !

Happy Belated Birthday to Kak Long !

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you...
Otanjobi Omedeto, Otanjobi Omedeto Kak Long
Selamat Hari Jadi....
Pada 1hb Julai yang lepas anak sulung saya Nadia menyambut ulangtahun
kelahirannya yang ke 14 tahun..di sebabkan masa saya bergitu terbatas sekarang dengan bermacam benda perlu diselesaikan maka kami hanya meraikannya di rumah sahaja...buat cupcakes, kukus kek pisang dan makan2 seadanya...

Mom dan dad doakan agar kak long menjadi anak yang taat kepada kedua orangtua, agama dan tahu membezakan antara yang baik dan sebaliknya.Semoga perjalanan yang masih panjang ini diberkati hendaknya...
Wah..sukalah tu dapat hadiah dari dad..hihihi.
Hanya gambar cupcakes ini saja yang saya sempat snap...gambar kak long buka hadiah pun terlupa ambil...nasib baik ada lagi saki-baki cupcakes ni