CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009..

Alhamdulliah,


Lebih kurang 1/2 jam dari sekarang tahun 2010 akan menjelma...syukur saya ke hadrat illahi kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk melihat dunia. Mengenang kembali apa yang telah saya lalui bersama anak-anak pada hari Ahad yang lepas 27hb December 2009 membuatkan saya tak lena tidur. Saya masih trauma dengan kejadian yang telah menimpa saya dan anak2. Ini akan saya kenang dan tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya... Semoga di tahun baru 2010 ini kehidupan saya sekeluarga lebih diberkati hendaknya...insyallah

Thursday, December 24, 2009

Kongsi kegembiraan....

Keratan daripada Akhbar Sinar keluaran Melaka dan Negeri Sembilan saya abadikan sebagai satu kenangan.

Saat-saat manis Nadia bersama kawan-kawan sewaktu mengambil keputusan PMR saya rakamkan sebaiknya untuk dijadikan kenangan dan ingatan buat dirinya, adik2 juga kami semua ahli keluarga. Bagi saya ianya terlalu indah dimana inilah pertama kali saya meraikan kejayaan Nadia sebagaimana ibubapa yang lain. Saya tak pernah merasakan saat semanis ini sewaktu kami di Jepun kerana ialah semuanya terlalu berbeza....


Nadia dan sebahagian daripada pelajar yang mendapat 8A...







Seramai 53 orang murid dari SMK Telok Mas mendapat 8A




Saat2 yang indah yang terlalu sukar untuk saya gambarkan dengan kata2..Alhamdulliah..syukur



Ini Syuhada...kawan baik Nadia sejak dari sekolah rendah lagi..mereka berpisah pada 2005 kerana kami hijrah sekejap ke Jepun dan bertemu kembali pada 2009 dan sama-sama bertungkus lumus berusaha untuk menghadapai PMR !. Apa2 pun mum ucapkan tahniah pada Nadia dan semua kawan2 yang lain, nasihat dari mum n dad..jangan alpa dan jangan cuai dengan kejayaan pada hari ini. Ini merupakan langkah awal...perjalanan kamu semua masih terlalu jauh dan masih banyak lagi yang kamu semua perlu lakukan untuk lebih berjaya di masa akan datang. Kalau kita fikir kita dah jadi orang yang pandai sebenarnya ada lagi orang yang lebih pandai dan lebih cemerlang dari kita. Jadi sentiasa beringat, berusaha, berdoa dan bertawakal selalu. Insyallah kita akan menjadi seorang manusia yang berjaya....

Syukur, Alhamdulliah....

Alhamdulliah,
Saya dan anak-anak selamat sampai ke Melaka pada pukul 6 petang semalam.
Pertama kali saya memandu dari Terengganu ke Melaka tanpa hubby...
Penat dan letih dibuatnya...ialah 5 1/2 jam....
Lama tak menulis dan menghadap komputer...di Kemaman tempat hubby tinggal tak ada line internet....boleh sasau dibuatnya tanpa pc hehe...
Rasanya masih berkesempatan untuk saya mengucapkan salamat menyambut tahun baru hijrah....mudah-mudahan tahun baru ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita...insyallah.
Sebenarnya kepulangan saya ke Melaka semalam kerana pada hari ini keputusan PMR diumumkan....sejak hari pertama saya mendapat tahu PMR akan diumumkan pada 24hb, hati dan perasaan saya ini hanya ALLAH sahaja yang tahu. Betapa gusarnya saya untuk menghadap tarikh 24hb itu..ialah saya tak ada pengalaman lansung anak2 yang menduduki peperiksaan2 penting ini. Malam tadi sepanjang malam saya sukar untuk melelapkan mata.....hinggalah di saat Pengetua mengumumkan kira-kira pukul 11.45 pagi di Dataran Ilmu SMK Telok Mas, di mana 53 orang murid yang mendapat 8A1...straight A....
Ya ALLAH....berdebarnya hati....tak tahu nak kata..
Bila Pengetua berkata, murid ini datang dari Jepun, beliau baru setahun berada di sekolah ini dan beliau telah mendapat 8A...dipersilakan Syahiratunadiah binti Hishammuddian naik ke atas pentas....Ya ALLAH....anak aku ke????
Nadia naik atas pentas dengan mamai2 aje...macam tak percaya....
Apa pun Alhamdulliah dan tahniah untuk anak saya Nadia yang bersusah payah mengulangkaji pelajaran yang dia tidak belajar dari tingkatan 1 dan 2..
Congrats Kak Long !. Turun dari atas pentas saya diserbu oleh wartawan Sinar....yang ingin menemuramah...