CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

Park Royal Batu Ferringhi





Ramainya penumpang motor dad....


Sebelum masuk ke kawasan hotel kenalah basuh kaki dulu..



Gambar2 ni dah cukup untuk menceritakan bertapa enjoy dan meriahnya percutian kami.

Pulau Pinang / Penang

Gambar di atas semasa kami nak menaiki feri...
Akhirnya sampailah kami di Penang...
nilah jambatan kebanggaan orang Penang



kami menginap di Park Royal Hotel Penang di Batu Ferringhi


saya sempat lagi snap panorama petang di balkoni hotel..




Ada banyak cerita dan gambar menarik kami semasa di Penang. Hubby dah pernah sampai di Penang sebelum ni manakala saya dan anak-anak ni merupakan kali pertama kami ke sini. Saya bergitu teruja nak makan laksa Penang. Cari punya cari...akhirnya saya dapat makan laksa Penang di KOMTAR...alahai punya ler sedappp. Tak terkata sedapnya, sampai 2 bowl saya makan. Saya bagitahu kat hubby, saya tak puas berada di sini dan satu hari nanti saya nak datang balik ke Penang menginap di Batu Ferringhi dan makan laksa Penang !. Ok...entry seterusnya saya akan postkan gambar2 kami di pantai Batu Ferringhi. Cantik dan kalau ada peluang bolehlah berkunjung ke sana. Cuma pesan saya...kalau nak ke sana kenalah booking hotel awal2 jangan jadi macam kami. Disebabkan masa tu cuti sekolah juga dengan kedatangan pelancong2 dari Eropah dan Timur Tengah, maka ada satu bilik sahaja lagi yang tinggal facing menghadap ke laut tapi alahai punya ler mahal....sehari menginap kurang rm 10 sahaja lagi rm 1,000. No choice...pejamkan sahaja mata.sebab dah sampai...nasib baik sehari..huh! tak boleh buat 2 kali ni....nanya dibuatnya.


Bukit Tinggi N Ipoh City...


Tempat ni ala-ala Perancis gitu..


Orchird gergasi di Bukit Tinggi




Ok lepas Genting kita turun ke Bukit Tinggi pula. Ni lagilah menakutkan. Jalan2nya kebanyakkan semua selekoh2 yang tajam dah tu agak sempit untuk laluan 2 hala. Tapi disebabkan dah dekat dan kata orang tu ' Alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan ' akhirnya kami harungi juga...
Sepanjang perjalanan saya tak henti2 berdoa semoga perjalanan kami ini selamat sampai ke destinasinya. Boleh dikatakan cantiklah juga tempat ini. Setelah berbincang dengan hubby kami merasakan tempat ini tidak begitu sesuai untuk dijadikan tempat penginapan kami untuk malam nanti...sebab kawasan pesekitarannya adalah hutan...anak2 pun tak berapa enjoy. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke bandar Ipoh. Kami dah sampai agak lewat di Ipoh dan begitu kepenatan. Terus cari hotel di sana dan akhirnya kami menginap di Hotel Ipoh City....family room dia punyalah besar...berbaloi-baloi hehehe
nilah ruang tamu....tu tak tengok katil lagi....malamnya
semua dapat tidur dengan selesa...pagi kena bangun awal dan kami akan
teruskan lagi perjalanan...nak ke mana pula ye ?


Sunday, June 21, 2009

Cuti-cuti Malaysia


Waktu2 ceria di Genting Highlands...hihi


Time breakfast....semua kena habiskan makanan sebab mahal...
sekeping roti canai kalau tempat lain dah boleh dapat 15 keping...huhu
Abang Ayuy makan sepinggan nasi lemak pun harganya dekat rm 24.00
Disebabkan kelaparan n makanan pun sedap2 maka berbaloi jugalah..



lama tak enjoy dengan suasana macam ni...nyaman !


Agak cemas masamendaki bukit sebab cuacanya yang terlalu berkabus..
Alhamdulliah, selamat sampai..

Lama dah tak bercuti-cuti Malaysia ni...
Saya dan hubby memang dah plan lama untuk bawa anak-anak bercuti ni. Saya sedari awal dah booking bilik di Genting...sebab kebiasaannya kalau cuti sekolah memang penuh.Teruja juga....sebab nak tengok camana lah agaknya ....anak2 lagilah.Hehe..ambil kesempatan sementara hubby bercuti panjang ni...



Tuesday, June 2, 2009

Happy Birthday Daddy!



Happy Birthday H
oney !
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hendaknya...insyallah dan semakin matang dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang nanti. Kami sentiasa berada disisi disaat suka dan duka....susah dan senang kita harungi bersama.Tiada hadiah yang paling berharga dari kami semua selain daripada limpahan kasihsayang....amin