
Cuti sekolah sudah pun bermula....riuh sakan rumah saya melayan kerenah budak2 ni...kejap baik, sekejap gaduh....aduhai....
Hari Khamis yang lepas Sek Keb Alai telah mengadakan Hari Q di Dewan SK Alai. Di majlis itu juga acara penyampaian hadiah bagi kedudukan terbaik 2009, hadiah peningkatan akademik terbaik juga hadiah bagi matapelajaran terbaik bagi sessi 2009. Kedua-dua orang anak saya iaitu Sarah n Sabrina turut sama menerima hadiah...alhamdulliah. Sabrina menerima hadiah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris manakala Sarah menerima hadiah bagi matapelajaran Sains dan tempat ketiga di dalam kelas...