CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

Manisnya jambu ku....

Lihatlah gugusan jambu manis ni...
pertama kali dapat saya rasai. Sebelum ni dia berbuah juga tapi masa tu saya masih di Jepun, taklah dapat merasa tetapi kali ini yam,yum....oishi.
Pokok jambu ini saya tanam di belakang rumah..ermm nak petik pun sayang.

Salam Lebaran 2008




Salam Lebaran dari kami di Malaysia...
Walaupun agak terlambat
untuk saya mengucapkannya...saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan terutama buat hubby tersayang yang jauh di perantauan sana...insyallah kita akan bertemu lagi pada 15hb Nov ni...
buat teman2 sepejuangan yang masih di Jepun juga dimana sahaja mereka berada andai saya terlanjur bicara terlebih laku dan kata, saya memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..halalkan segala makan minum dan apa sahaja...sesungguhnya ramadhan dan shawal kali ini memberi seribu pengertian buat saya juga keluarga. Saya kehilangan seorang adik lelaki yang menyambut panggilan ilahi pada 15hb ramadhan yang lalu...meninggalkan seorang isteri dan 2 cahayamata yang masih belum mengerti erti kehidupan..
Tiada kata yang dapat saya ungkapkan bagaimana sayu dan perasaan saya di kala itu tetapi kami semua redha dengan pemergiannya...alhamdulliah segala urusannya dipermudahkan oleh ALLAH dan semoga perjalanannya diberkati dan tergolong di dalam lingkungan orang2 yang beriman...amin...
Kami sentiasa mendoakan untuk mu NGAH....insyallah