CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day atau Selamat Hari Ibu buat semua teman2 walau di mana jua mereka berada kiranya belum terlambat untuk saya mengucapkannya....enjoy ur life, have a good time and be a good mum....
Walau apa jua yang orang tafsirkan mengenai Hari Ibu tetapi bagi saya pula saya hanya memandang pada perkara yang positif sahaja. Kami sebagai seorang ibu tidak menginginkan sebarang hadiah yang mahal...tapi kalau bagi ambillah jugakan...hehe cukuplah sekadar ucapan TERIMA KASIH SAYANG atau THANK YOU MUM dari seorang suami dan anak2 tersayang...Hadiah itulah yang sebenarnya Hadiah yang paling mahal bagi kami sebagai seorang ibu.
Untuk my dearest hubby...thank u for everything ...kerana memahami dan melayani kerenah saya dan menyediakan yang terbaik buat kami. Buat anak2 tersayang pula doa dari mum agar kamu semua jadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dalam pelajaran juga di dunia dan di akhirat...Amin....

Tuesday, May 4, 2010

My Birthday


Alhamdulliah...30hb April yang lepas maka genaplah umur saya 41 tahun...Yeah...dah tua rupanya..hehe dan hari ini 41 tahun 4 hari...dah berlalu. Birthday kali ini memang dah plan macam2 dan kebetulan mak dan ayah datang, kak long balik bercuti tapi yelah sekadar merancangkan....
Sehari sebelum hari lahir jari tangan anak lelaki saya terseliuh, lepas tu keesokkan harinya pula tulang belakang dad pula tergeliat..jalan dah macam robot...tegak aje...kiranya macam2 dah jadilah...
Tak kisahlah apa2 pun..yang penting hadiah mesti ada wakaka....
Anak2 ada yang bagi kad dan ada yang bagi buku. Dad pulak....macam biasalah...dia dah tahu apa yang saya inginkan setiap kali birthday....dan ianya merupakan hadiah yang ke 11 saya dapat...tapi saya tak pernah jemu . Mungkin dah minat maka jadilah ia sebagai satu koleksi peribadi yang cukup mahal buat diri saya. Erm...dok congak2 dalam kepala ni...agak2 aniversary kami pada 6/6 ni nanti...dad nak bagi apa ye....Lagi pun tarikh tu kami nanti dalam perjalanan untuk balik bercuti di Kemaman. Kita celebrate kat Terengganulah kali ini nampak gaya. Seronok juga ada pantai dan permandangan yang indah...
Buat Siti Sarah, tq very much kerana bagi sebuah buku yang cukup menarik untuk dibaca dan dijadikan pedoman. Buku karya Sahrulazmi Sidek yang bertajuk " Apabila Haiwan Menjadi Guru " ini telah diolah dengan gaya bahasa yang cukup santai dan sesuai difahami dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Menggabungkan konsep agama dan motivasi yang dapat kita jadikan teladan dalam melayari sebuah kehidupan. Tq my dear Sarah...
Semoga saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga sehingga ke akhir hayat. Amin...