PMR masuk hari kedua.....
Alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancar. Hari pertama exam benar-benar menguji saya...apa tidaknya sekitar pukul 6 pagi kak long dah pun bersiap-sedia dengan beg dan apa2 yang sepatutnya dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Adik-adik yang lain pun semuanya siap awal pada hari itu. Tiba-tiba sekitar pukul 6.15 pagi....kak long kata dia sakit perut nak masuk bilik air....Pada saya biasalah tu...agaknya mesti kak long gementar ...yelah nak pergi exam apa tah lagi ini merupakan exam besar yang pertama dia duduki di Malaysia.
Tiba-tiba..
Saya terdengar suara dia terjerit-jerit memanggil saya dari dalam bilik air...bergegas saya ke belakang..apa pulak yang berlaku ni...adus !.
Alamak ! Rupa-rupanya hari pertama nak ambil exam, hari pertama jugalah dia " period "..
Laaa salah time ni..hehe agaknya dia pun panik bila kena tiba-tiba macam tu. Dah selesai segala urusan yang berkaitan saya pun hantar dia ke sekolah.
Sekitar pukul 9.00 pagi saya dah rasa tak sedap hati. Saya mengambil keputusan untuk maklumkan hal ini kepada Pengetua sekolah... Bila Pengetua dapat tahu dia pun risau semacam dan meminta supaya saya dapat datang ke sekolah....saya sampai di sekolah sekitar pukul 9.10 pagi dan tak lama selepas itu kelihatan pelajar2 keluar dari dewan peperiksaan. Selesai sudah satu paper...Bahasa Melayu kertas 1.
Sedang saya tertinjau-tinjau mencari kak long...saya nampak dia dari jauh menuju ke arah saya sambil tersengih-sengih.....pada firasat saya agaknya oklah tu....dah menyengih jer...
Alhamdulliah semuanya ok dan under control...hehe..
Melakar sejarah betul..hehe
Thursday, October 8, 2009
Bermulanya PMR....
Posted by RinaHisham at Thursday, October 08, 2009