CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 23, 2008

Akhirnya YUKI turun di Yokohama....

Lama sudah saya tak menjengah di sini....sejak anak-anak memulakan sessi kedua persekolahan masa saya bergitu terbatas, macam-macam perlu diuruskan...
Dalam seminggu lepas pun suhu disini tak menentu, adakalanya terlalu sejuk dan snow juga di jangka turun......tapi tak jadi..
Semalam akhirnya sekitar jam 6 pagi waktu di sini snow mulai turun sikit-sikit dan sekitar jam 8 pagi agak lebat juga tetapi jam 9 dah berhenti dah dan di sambung pula dengan hujan sampailah ke petang...
Sejuknya bukan kepalang....tetapi jam 12 tengahari tu saya keluar juga ke Saty dengan anak untuk membeli barang2 dapur....
Bayangkan dengan suhu 2 c sahaja kami berdua berpayung meredah kesejukkan....bercakap pun mulut keluar asap..hihihi sebab terlalu sejuk....kami sempat lagi menikmati tea panas dan makan donat di Saty sementara menunggu hujan reda sedikit...
Apa-apa pun walaupun yuki turun cuma sekejap tetapi saya rasa seronok sangat sebab di yokohama ini kali terakhir yuki turun pada tahun 2005...dan
dah 2 tahun berlalu tanpa yuki....ehmmm..mungkinkah ini snow terakhir bagi ku....hihiihi
Gambar nanti ye..belum sempat upload....


Monday, January 7, 2008

Sea Paradise..

Jalan-jalan ke Sea Paradise sebelum naik sekolah.....
Kebetulan hubby pun cuti so hari khamis yang lepas kami bawa anak-anak berjalan.....kali ini kami membawa anak-anak ke Sea Paradise sahaja...lama juga tak ke sini....asalkan anak-anak rasa seronok.....kami pun tumpang happy....lepas ini dah naik sekolah, dah mula belajar dah banyak homework....



Wah, Dad....enjoy..siap angkat tangan lagi..tak tahu lepas ni basah semua baju hihihih..



Saya suka ke sini sebab di sini banyak sangat boat...cantik!



Masuk dalam Open Aquarium ni kita boleh tengok dan memegang Dolfin....



Berlatar belakang ikan-ikan comel !




Pemandangan Sea Pradise dari atas..


Baru pukul 5 petang..dah gelap tetapi suasananya sungguh tenang , damai dan menyejukkan hati.....memang sejukk pun...hihihihih.

Tuesday, January 1, 2008

Buah Berangan...

Awal-awal tahun baru, di Jepun banyak sekali orang menjual Buah Berangan...kalau balik bercuti di Malaysia...kalau jalan2 ke Jusco saya mesti membeli buah ini....dengan aromanya yang harum apa lagi rasanya yang enak...menjadikan saya dan anak ketiga saya...SARAH peminat setia pada buah ini....Semalam sewaktu jalan2 di Saty kami terjumpa dengan Buah Berangan ini...apa lagi...satu palstik isilah banyak mana pun...asalkan jangan tumpah , harganya 500 yen atau kalau dalam ringgit harganya dalam rm 15 ..saya cuba kembang-kembangkan palstik tu...supaya dapat isi buah dengan lebih banyak lagi dan tengahari ini sambil duduk2 menonton tv kami makan Buah Berangan...ehmmm sedap...



.

Kad Ucapan Tahun Baru....

Inilah kad ucapan tahun baru dari Amirul dan Sarah...kak long punya...dia lupa nak post...hihihiih



yang atas ni dari AMIRUL....siap tulis dalam Nihongo lagi....dan di bawah ni kad dari Sarah...ada gambar Tikus lagi....ni mesti gambar CHIBI DAN CHIKI ni...Apa-apa pun ARIGATO GOZAIMASU...


Selamat Tahun Baru 2008..

Alhamdulliah,
Syukur di atas nikmat yang di berikan oleh NYA...saya masih diberikan peluang untuk melihat dunia bersama suami dan anak-anak tersayang...alhamdulliah.
Semoga saya sentiasa tabah dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri juga seorang ibu kepada anak-anak saya......bersempena dengan kedatangan tahun baru ini masih banyak lagi yang perlu saya lakukan/laksanakan.....apa yang belum tercapai perlulah diusahakan....semuanya perlukan pengorbanan dan pengertian.Buat sahabat handai, kaum keluarga ampun dan maaf saya pintakan seandainya ada perilaku, tutur bahasa yang menyinggung perasaan...apakan daya saya hanyalah insan biasa yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan...yang buruk datangnya dari saya dan yang baik itu hanya datang dari ALLAH S.W.T...
Apa pun bersyukurlah kita di atas nikmat yang di berikan oleh NYA....