CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 23, 2008

Bingkisan dari Perwakilan Tokyo 2008


Bingkisan di atas adalah kiriman daripada President Perwakilan iaitu Datin Jazliza serta ahli-ahli perwakilan yang lain . Kiriman ini mengiringi perjalanan saya nanti huhu sedihnya...untuk Datin Liza..terima kasih dari saya ..beliau sunguh baik dan begitu perihatin terhadap anak2 buahnya juga pada yang lainnya terutama Linda..terima kasih ye...atas kiriman dan hadiah yang dikirimkan melalui suami saya....insyallah panjang umur kita akan bertemu juga...makan asam pedas Melaka..hihi dan saya juga teringin makan opor kuantan.


kiriman dari Linda..

Buat teman2 di perwakilan..terima kasih semuanya walaupun ada diantaranya saya tak pernah pun berjumpa hanya berbicara melalui talipon tetapi kita bagaikan dah kenal bertahun lamanya..sampai jumpa lagi !

Arts..


Summer school holiday dah pun bermula pada 12hb Jun yang lalu..tetapi kak long ambil class summer selama seminggu.Dia ambil arts...dan hasilnya seperti di atas...selain mask dia juga buat mug dan piring tetapi saya terlupa pulak nak ambil gambar..hihihi
Saya kata pada kak long...mask ni menakutkan momlah kak long !
Apa pun kak long memang minat melukis dan saya senang melihat hasil seni dia yang cantik ini....

Monday, June 16, 2008

ABC..



inilah rupanya mesin kisar ABC...kami beli di Yamada...kebiasaannya di Jepun bila musim summer ni...mesin2 macam ni adalah...dengan berbagai bentuk tapi kami beli yang manual dengan bentuk old fashion sikit hihi



sedapnya ABC yang telah siap dikisar....yummy.yummy


tengok tu Sarah, Beena dan Amirul...makan sampai tak toleh ke belakang lagi...berebut-rebut makan...sedappp

Thursday, June 12, 2008

Graduation Elementary 2008..


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Mr Paul Neary ,pengetua elemantary
Biasalah Mr Paul Neary ni kelakar orangnya macam Mr Brown juga pengetua middle school....


kelihatan Amirul dicelah2 kawan2...menunggu sementara dipanggil untuk naik ke atas pentas.



tamat sudah pembelajaran di elemantary...selepas ini mereka akan menjejakkan kaki ke middle school pula...


dalam class...Ms Neadau dan Dennise menyampai bendera Japan kepada yang akan meninggalkan YIS...iaitu Gift yang akan kembali ke Niegira dan Amirul yang akan pulang ke Malaysia..kata mereka...semoga bendera ini mengingatkan mereka pada Japan..huhuh



ini pula semasa Ms Neadau memberikan seorang satu t-shirt buat kenangan ..lepas tu kat t-shirt tu bolehlah ambil tandatangan kawan2...hihi
bab menconteng memanglah seronok...





Dan di atas adalah pesembahan Koto dari grade 5...

Middle School Graduation 2008..

Pentas ringkas yang dibuat di dalam gim...



Kak long masih sempat bergambar kenang-kenangan bersama kawan2..
ada yang masih meneruskan persekolahan di YIS dan ramai juga yang berpindah balik ke negara masing2 dan negara2 lain..



Megahnya Jalur Gemilang di gantung bersama bendera negara2 lain



Sebelum acara bermula kak long dan kawan2 masih dipertanggungjawabkan
untuk bermain band bagi memulakan acara...

Sekitar majlis graduation kak long...seronok, gembira juga sedih....perasaan saya bercampur baur..sedih bila melihat gelagat kak long dengan kawan2 baiknya tapi apakan daya..life must be go on...kalau ada umur yang panjang mungkin kita boleh berjumpa lagi..hanya waktu dan ketika yang menentukan....buat Elise dan Elin selamat berangkat ke Qatar...semoga bergembira di tempat yang baru bersama kawan2 yang baru....dan kami...kami juga akan pulang ke tanahair bulan depan dan harapan saya Nadia dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang telah lama ditinggalkan....tabah dengan dugaan.

Sunday, June 8, 2008

Farewell Party Amirul...

Saat2 perpisahan dengan kawan2 hanya beberapa hari sahaja lagi....hari jumaat nanti ialah hari terakhir persekolahan dan selepas itu dah bermula cuti panjang atau summer school holiday...saat terakhir persekolahan ini ramai yang berpindah dari Jepun samada ditukarkan ke negara yang lain dan ada juga yang pulang semula ke negara masing2....saya sendiri terasa sayu hati bila Marcos telah kembali ke negara asalnya iaitu Norway..dia diantara yang menamatkan sessi persekolahnan dengan lebih awal mungkin disebabkan tuntutan kerja bapanya...tak terkecuali anak saya..hari jumaat ini ialah hari terakhir dia bersama-sama dengan kawan2nya bilamana saya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air tercinta pada bulan Julai ini disebabkan tuntutan pelajaran anak2 walaupun hubby masih di sini mungkin dalam jangkamasa setahun lagi.. Saya rasa sedih sangat sebab kebanyakkan kawan2 amirul saya kenal dah biasa dengan mereka ..sebab itu saya dan hubby mengadakan majlis perpisahan ini dengan kawan2 rapat Amirul.Kami minta Ekumi bookingkan Surabaya Restoran untuk 18 orang..biasalah kalau di Jepun ni..mereka memang percayakan pelanggan..booking cam tu saja tak payah nak letak bayaran pun..tu yang bestnya di sini.Setelah kesemuanya ada, hubby bawa kesemua mereka bermain di Cosmo World.Saya tak ikut serta sebab tak larat nak mengusung hadiah2 tu ke hulu dan ke hilir..janji pukul 12.15 mereka semua datang balik ke tempat saya menunggu tetapi menghampiri jam 12.30 barulah sampai.Di sebabkan saya booking untuk makan pukul 12.30 dan semua budak2 tu masih lagi nak main, hubby kata saya terpaksa naik dahulu ke atas dan bolehlah pesan makanan apa2 yang patut.. Nilah rupanya makanan yang telah saya pesan itu....main agak2 sahaja...kata kat hubby kalau tak cukup ni...kita pesan lagilah....tapi rasa rasa dah banyak juga ni... All Boys nak pergi main...rollercoaster...

ini best friend anak saya Takeru,Hiro dan berbaju biru tu Daniel...mereka bertiga ni memang baik...


Ini pula Ellen, Saga, Melanie, Lauren dan Danielle..
Daniel n Hiro Sakura.....Hiro ni seorang muslim..bapanya warga Bangladesh dan ibunya orang Jepun...muka pun dah muka melayu...tq Hiro kerana bagi hadiah PSP untuk Amirul....mahal sangat benda tu..Amirul pun suka sangat.....


Nilah sebahagian hadiah2 yang diberikan buat anak saya...ada PSP, ada mainan UNO , Saga pula bagi sebiji bola Addidas...buku dan macam2 lagi...saya kata kata kat hubby..malunya..macam2 dan mahal2 apa yang diaorang bagi...kalau dulu sewaktu saya bersekolah...kawan baik saya bagi saya hadiah notebook sahaja...kat sini berbezanya...sebab itulah kalau ada yang invite anak2 ni ke majlis birthday party..saya dan hubby pening kepala dibuatnya memikirkan apa nak bagi.....
masa makan memang meriah sangat..si Lauren asyik tergelak bila dia tengok daging masak korma/rendang daging..saya tanya dia apa yang kelakar sangat...dia jawab..entahlah sambil tergelak...
macam2 gelagat bebudak ni..


rasa puashati bila semuanya berselera makan dan siap nak tambah lagi soft drink..Semuanya dah balik...parents masing2 ambil tinggal budak berdua ni sahaja..1/2 kemudian mak Takeru datang manakala Hiro saya bawa dia balik ke rumah.Petang tu mak dia datang dari Sagamihara....jemput dia balik...
Bila semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah kami rasa berbaloi bila mengeluarkan sejumlah wang...bila semuanya happy...hihi banyak juga dad kena pau.!

Sarah Consert.....



Salah satu daripada persembahan Sarah...dia juga berlaku rupanya....tetapi saya tak upload videonya di sini sebab terlalu panjang..apa pun seronok tengok Sarah berlakun jadi nurse..hihihi

Roses









Rose yang sudah sampai penghujungnya...saya sempat menjengah rose garden di depan sekolah anak2.....tapi banyak bunga yang sudah luruh disebabkan dek hujan...ni saki-bakinya..

6/6 2008


Sebenarnya coklet kek yang saya buat ni ni Beena yang rasmikan dulu coz tak sabar2 tunggu dad balik..
dan disebabkan hubby yang sepatutnya ada di rumah pada waktu dan ketika ini tetapi disebabkan kapal delay..maka dia tersangkut di Sendai.....maka dapatlah saya siapkan makan malam dengan menu nasi tomato dan seangkatan dengannya..lebih meriah bilamana saya hidangkan bersama Royal Orchid...




Selamat menyambut ulangtahun perkhawinan yang ke 15..
Alhamdulliah..masih lagi berpeluang dan diberikan kesempatan untuk bersama suami dan anak-anak.Semoga kami diberkati hendaknya, berbahagia hingga ke akhir hayat , dan sentiasa di rahmati oleh NYA....amin.

Thursday, June 5, 2008

Imperial Palace,Tokyo

Imperial Palace adalah tempat bersemayamnya Raja Jepun...Indah sungguh istana Raja ini kerana kawasannya luas dan penuh dengan pokok-pokok bonsai.
Pelawat dibenarkan melawat di sekitar kawasan luar istana...pada pandangan saya kawasan di sekeliling istana ini tentunya lagi cantik pada musim luruh/auntum...dengan dedaun yang menguning...sayang saya terlepas peluang itu..Di bawah kelihatan anggota polis yang bertugas...di gate no 2...ini bukannya pintu utama untuk masuk ke dalam..


Sebenarnya gambar di atas ini bukanlah Istana Raja..tetapi ialah salah satu dari Guard House...di Imperial Palace.Saya tidak sampai di pintu utama disebabkan kawasan yang begitu luas sementelah lagi kaki saya yang sakit dan lenguh disebabkan dah jauh berjalan sehari suntuk.Saya hanya pandang hubby dan anak-anak yang berjalan jauh ke hadapan..tetapi akhirnya semuanya berpatah balik sebab mungkin mereka kesian kat mom yang dah tak larat tu..hihihi.Nantilah..kalau ada lagi kesempatan saya ingin berkunjung lagi ke sana..



Sebahagian daripada pemandangan pepohon bonsai yang cantik...sungguh cantik dan amat mengkagumkan..kalau ada peluang saya ingin ke sini lagi pada musim luruh...

Tuesday, June 3, 2008

Akiabara Tokyo..


Akiabara , Tokyo....ke sana sepanjang saya menetap di bumi Nihon ini...baru 2 kali. Di sini macam2 boleh kita lihat dan macam2 boleh kita jumpa dan beli.Bagi saya banyak benda2 pelik ada di sini....saya tidak begitu menggemari tempat ini kerana ianya terlalu sesak dan padat dengan manusia yang berbagai ragam...kebiasaannya sesetengah laluan/jalanrayanya akan ditutup pada lalulintas.Seperti di dalam pic kami ini....bergambar di tengah2 jalanraya..hihi
tetapi di sini anak2 saya boleh beli games DS dengan harga yang murah.....sekitar 3 ribu lebih yen..jauh lebih murah berbanding Yokohama.


Budak2 perempuan yang memakai pakaian sebegini biasanya boleh kita lihat dan nampak terutama pada hujung minggu..mereka tak kisah dan tak ada sesiapa pun yang mentertawakan cara mereka berpakaian malah menjadi buruan kamera para pelancong asing..macam saya ni hihi...tak kisah bila saya halakan kamera saya malah mereka begitu sporting lagi....kalau mereka berada di tempat kitalah , saya ingat tentu mereka dah dijadikan bahan ketawa...


Anak2 begitu kepenatan tetapi jadi bersemangat semula bila dad ajak ke Book Off..di sini kita boleh jumpa buku2 Bahasa Inggeris...hanya satu floor..itu pun tak banyak...tapi bolehlah...banyak juga yang anak2 dapat...2 beg plastik jugalah...
Anak2 saya kalau dah dapat buku..penat pun
tak kisah dah.....
Apa-apa pun bila semuanya happy..saya pun tumpang sekakilah...