CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan buat semua teman-teman dimana juga berada semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dari Ramadhan2 yang lalu....insyallah. Sama-samalah kita mengejar pahala yang berganda-ganda ini...

Walau dimana jua kita,
walau lama pun tak jumpa,
Tapi
Kita tetap memandang bulan yang sama....
Berakhirnya Syabaan, hadirnya Ramadahan
Sama-samalah kita melipat gandakan ibadah, menambahkan pahala
di bulan yang mulia ini...panjatkan kesyukuran pada illahi semoga
ibadah ini lebih bererti.....insyallah



Tuesday, August 18, 2009

Noritake N China Pete











Noritake dan China Pete ni menjadi kegilaan saya semasa di Jepun. Rasanya bukan saya sahaja tetapi kaum hawa yang tepatnya. Hubby pula nampaknya mula menunjukkan minat terhadap Noritake ni. Malah dia juga ada pilihan sendiri. Sebenarnya koleksi di atas adalah sebahagian daripada koleksi saya. Sebahagian daripadanya masih di dalam kotak atau yang lebih tepatnya masih di bawah katil !. Saya dah tak ada tempat atau ruang nak diletakkan.. Nasib baik LORENZO saya sampai tepat pada waktu dan ketikanya. Kalau tidak....nahas dibuatnya.....alamatnya tersadailah Noritake saya. Di Jepun kita masih boleh membeli dengan harga yang agak munasabah. Kalau di Malaysia sudah tentu saya tak sanggup untuk membelinya. Tengok harganya sahaja saya takut. Apa tidaknya ada diantara harganya mencecah berpuluh ribu ringgit !.
Di Jepun ada diantara koleksi Noritake yang masih boleh kita beli dengan harga serendah 4 k... Terima kasih pada my honey yang membelikan LORENZO untuk saya dan terima kasih juga pada honey saya yang memahami minat saya....tq hon !. Kata suami saya..." koleksi awak nikan dah boleh beli sebiji kereta..." . Lepas ni dah tak boleh beli pinggan lagi tau...hehehe


Crystal Bay, Melaka Malaysia



Maka sampailah ia ke Crystal Bay....
masa ni tak nampak apa2 lagi....so masih cool lagi...


Baru sikit aje ni....ok jer nampaknya...


Dah mula dah....mana yang kotak bertanda fragile dah mula diletakkan
dalam rumah ....mata saya dah mulalah berkelip-kelip ni...


Sabar saja saya tengok orang yang angkat barang tu...
keluar masuk rumah saya dengan berkaki ayam....


Masa ini saya dah mula terdiam, tak boleh nak kata dah.. tangan pun
dah mula letak atas kepala, dah mula picit2 dahi dah.....pening2
mana tak pening kalau dah ada 206 kotak kat rumah..huhu



Ini ke yang aku shopping ni.....banyaknya barang !



Aduh ! Macamana nak kemas ni...nak mula yang mana dulu pun saya dah tak tahu. Hubby masih boleh tersenyum bila dia terpandang muka saya. Agaknya dalam hati dia mestilah dia kata..." Haa..abang dah kata dah....tapi masih nak beli itu, beli ini....dah tu dah mula pening kepala ". Sebenarnya saya betul-betul tak sangka betapa banyaknya barang yang kami bawa balik dari Jepun ni. Masa kat Jepun dulu...saya asyik beli dan beli..hubby pulak tak banyak hal dan tak kata apa-apa pun...maka inilah hasilnya. Malam pertama semasa kargo kami sampai, saya dan hubby telah buka lebih dari 100 kotak....
Keesokkan harinya saya buka pula kotak yang bertanda fragile yang dah penuh sarat-barat kat dalam rumah. Kalau boleh saya nak habiskan cepat2 sebab saya rasa lemas dan tak selesa...hari ke 3 saya dan hubby dah mula rasa macam nak demam. Akhirnya hubby demam mungkin disebabkan kepenatan kerana membuka kotak2 yang banyak ..Percaya atau tidak dalam seminggu sahaja semuanya kembali normal.....dah cantik balik rumah saya....hehe
Iktibar dari apa yang dah saya lalui ini ialah pesanan saya kepada kawan2 yang masih di Jepun atau dimana sahaja...selain beringat sewaktu shopping kita juga kena fikir samada barang2 yang kita beli itu nanti akan kita gunakan semasa kita di Malaysia atau tidak....


Honmokuwada, Yokohama.



Alamak ! Berat jugak motor ni...hehe. Biasalah kalau diaorang ni yang buat
kerja. Saya dah terbiasa dengan keadaan ni lebih dari 3 tahun. Tak
perlu nak risau dan tak payah nak fikir...gerenti tip-top. Selamat,
tak pecah dan tak calar...hehe.



Tunggu giliran nampak...


Dah pun penuh satu lori...ingat saya satu lori rupa-rupanya
3 lori....alamak!! Biar betul ni...



Semua gambar2 di atas adalah gambar sewaktu di Yokohama. Hubby rakamkan sewaktu packer datang untuk mengemas barang2 kami di rumah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saya sebenarnya tak sempat nak update..tak apalah biar pun lambat dan agak lama nak update...saya tetap akan postkan ke dalam blog ini kerana inilah memori indah yang akan kami sekeluarga kenang dan ingat hingga ke akhir hayat kami. Sekali tengok macam tak banyak tapi 2 kali tengok....alamak!
Saya tak dapat nak bayangkan macamanalah bila sampai kat Melaka nanti... Ok..tak apa...kita lihat episod seterusnya...hehe. Memang kalut...macam kata hubby kat saya, " Tulah, masa shopping tak ingat-ingat...haaa tengoklah punyalah banyak....".



Sunday, August 9, 2009

Alhamdulliah...


Alhamdulliah,
Kami semua satu keluarga dah semakin sihat. Tinggal saki-baki batuk n flu yang masih liat n susah nak hilang...Badan pun agak lemah dan kekadang masih menggigil. Mungkin tak ada selera makan agaknya... Dah terlalu lama juga saya tidak tinggalkan jejak di blog. Catatan akhir saya pada 25hb Jun....bermakna dah sebulan lebih saya tidak menjengah blog. Berbagai-bagai cerita dan peristiwa dah terjadi. Namun saya percaya pada ketentuan yang telah ditetapkan....mesti ada hikmah disebaliknya.