CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

Kongsi kegembiraan....

Keratan daripada Akhbar Sinar keluaran Melaka dan Negeri Sembilan saya abadikan sebagai satu kenangan.

Saat-saat manis Nadia bersama kawan-kawan sewaktu mengambil keputusan PMR saya rakamkan sebaiknya untuk dijadikan kenangan dan ingatan buat dirinya, adik2 juga kami semua ahli keluarga. Bagi saya ianya terlalu indah dimana inilah pertama kali saya meraikan kejayaan Nadia sebagaimana ibubapa yang lain. Saya tak pernah merasakan saat semanis ini sewaktu kami di Jepun kerana ialah semuanya terlalu berbeza....


Nadia dan sebahagian daripada pelajar yang mendapat 8A...







Seramai 53 orang murid dari SMK Telok Mas mendapat 8A




Saat2 yang indah yang terlalu sukar untuk saya gambarkan dengan kata2..Alhamdulliah..syukur



Ini Syuhada...kawan baik Nadia sejak dari sekolah rendah lagi..mereka berpisah pada 2005 kerana kami hijrah sekejap ke Jepun dan bertemu kembali pada 2009 dan sama-sama bertungkus lumus berusaha untuk menghadapai PMR !. Apa2 pun mum ucapkan tahniah pada Nadia dan semua kawan2 yang lain, nasihat dari mum n dad..jangan alpa dan jangan cuai dengan kejayaan pada hari ini. Ini merupakan langkah awal...perjalanan kamu semua masih terlalu jauh dan masih banyak lagi yang kamu semua perlu lakukan untuk lebih berjaya di masa akan datang. Kalau kita fikir kita dah jadi orang yang pandai sebenarnya ada lagi orang yang lebih pandai dan lebih cemerlang dari kita. Jadi sentiasa beringat, berusaha, berdoa dan bertawakal selalu. Insyallah kita akan menjadi seorang manusia yang berjaya....