CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 9, 2008

Promosi Kek Lapis Serawak dan Lapis Tikar Strawberry

Promosi Crystalyokohama Kek Lapis Serawak
Saiz 8 x8 rm 65.00
Saiz 8 x 4 rm 35.00


Kek Lapis Tikar Strawberry
Saiz 8 x 4 rm 45.00


Kek Lapis ini tahan sehingga 1 tahun dengan syarat disimpan di dalam dingin beku/freezer.Caranya keluarkan kek ini 1 jam sebelum dipotong.Setelah lembut barulah dipotong dan bakinya disimpan kembali di dalam freezer.
Penghantaran menggunakan pos laju dan kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.Marilah cuba ! Rasa sekali pasti tertawan !

Tuesday, September 2, 2008

Meriahnya masa musim buah..


Meriahnya masa musim buah-buahan hari tu...tiada kata secantik bahasa untuk mengungkapkan bertapa bestnya...hihihi...sampai tak termakan, macam-macam ada...pilih sahaja.Dapat juga petik rebung fresh sedap dan manisnya tak terkata bila dimasak lemak cili padi..




Ni atuk ayah....kutip buah durian yang jatuh berdebak-debuk..hehe



miang2 rebung dah kena siang semuanya berebut nak...eee


cucu2 yang sesekali masuk kebun..nilah dia..asyik garu sana,garu sini
kena gigit dengan sang nyamuk...





Inilah dia hitam,hitam si tampok manggis,sungguh hitam tapi
alahai manisnya...

Salam Merdeka dan Salam Ramadhan

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Salam Ramadhan Almubarak untuk seluruh rakyat Malaysia dan juga buat rakan-rakan diperantauan.
Alhamdulliah setelah 3 tahun saya menyambut Merdeka dan menyambut bulan ramadhan diperantauan, permulaan puasa kali ini saya dapat menyambutnya di tanahair sendiri. Cuma yang berbezanya kali ini tanpa suami tercinta disisi.Hubby masih di Yokohama....saya dan anak2 sudah berada di tanahair tercinta.
Sedih rasa dihati..maklumlah bila menghadap juadah,kami pasti teringatkan dad yang keseorangan di sana...terdetik dihati sambil berkata, entah apalah yang dad masak untuk berbuka puasa nanti...huhu.Apa pun perpisahan yang perlukan pengorbanan ini sebenarnya amat bermakna demi masa depan bersama terutamanya untuk anak2.Insyallah kemudahan teknologi terkini selalu menghubungkan kita....