CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 14, 2010

International Competitions...

Hari ini kak long ada mengambil International competitions and assessments for schools computer skills dari University of New South Wales UNSW, Sydney, Australia. Ada 45 soalan dengan masa 45 minit. Di antara negara yang turut serta ialah Australia sendiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Pacific dan Singapore. Kertas ujian akan dikembalikan ke Australia semula dan keputusan hanya akan diketahui kemudiannya. Tak silap saya seramai 20 orang pelajar termasuk kak long yang mengambil ujian ini. Kata kak long soalannya agak senang...tak tahulah..kita tunggu keputusannya nanti...

Tuesday, April 13, 2010

Program bersama rakyat

Sebelum dan selepas di suntik...tak sakit tapi petangnya tu...tangan dah
tak boleh angkat...berat semacam...


Adik ini dapat tempat pertama...lukisan...



Tabika Perpaduan Crystal Bay...kawasan Melaka Tengah

Semalam Tabika Perpaduan di Crystal Bay telah dijadikan anak angkat kepada perpustakaan awam Pernu, Telok Mas. Disamping itu juga anak2 di Tabika berkenaan telah diajarkan cara2 yang betul untuk menjaga kebersihan diri, cara2 membasuh tangan yang betul dan berbagai acara lagi. Pada hari itu juga vaksin H1N1 telah diberkan secara percuma untuk penduduk setempat. Saya telah mengambil peluang ini untuk mendapatkan suntikan tersebut. Doktor yang bertugas iaitu Doktor Aishah yang juga merupakan penghuni Crystal Bay telah menjelaskan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang H1N1 ini. Keperihatian masyarakat kita tentang menjaga kebersihan masih ditahap kebimbingan...

Monday, April 12, 2010

Menu minggu ini..

Onigiri yang siap dipotong...nak hantar pada kak long !
kalan bawa panjang2 cam ni...susah pulak nak makan..hihi


menu minum pagi dengan hubby...


lama dah tak masak ayam masak merah ni....



dalca selalu buat sebab anak2 suka makan dengan Nan atau roti canai


Onigiri saya buatkan untuk kak long...dah 2 minggu ni cal n berbalas msg sahaja. Tak sempat nak jenguk dia ....di sebabkan hubby balik minggu ini maka saya usahakan juga masak Nasi Tomato dan seangkatan dengannya...tak tahulah kenapa minggu ini malas sungguh nak upload gambar, nak jenguk blog...agak2 kalau malasss nak masak ....macamana agaknya ye ?? Hehe..










Thursday, April 8, 2010

Sakura 2010



Saya jatuh cinta pandang pertama sejak mengenalinya pada tahun 2006 lagi..sebab itulah bila tiba musimnya...saya memang tak lepaskan peluang mengusung camera ke hulu dan ke hilir mengabadikan panorama yang indah untuk dijadikan kenangan. Kini walaupun saya tidak dapat melihat sendiri di depan mata saya tetap mengikutinya dan melihat daripada rakan-rakan yang lain. Pic di atas saya ambil dari seorang rakan yang masih berada di bumi matahari terbit itu. Cantiknya......tak terungkai oleh kata2...
Insyallah...jika ada lagi pic2 yang menarik akan saya kongsikan di sini.














Pandai sangat...padan muka !


Sepanjang seminggu ni dah macam2 benda yang saya tempohi dan lalui...memang betulkan kata pepatah luas berjalan maka luaslah pandangan. Lagi ramai orang yang kita jumpa dan kenal maka berbagailah ragam yang dapat kita lihat..
Kekadang tukan hanya kesabaran sahajalah yang mampu membataskan perasaan marah, benci, meluat atau pun sakit hati...tapi dah namanya manusia....sesabar mana pun kalau dah melampaui batas...mahu saja saya hayunkan Pedang Samurai yang saya angkut dari Jepun ni...sabar, sabar bawa2 lah bersabar...
Susah nak melawan orang yang cetek akal dan tak berfikir panjang ni...
Hanya satu sahaja cara yang boleh saya buat untuk melindungi diri ialah..UNDANG-UNDANG atau pengesahan daripada pihak yang berwajib...
Haaa mari sini..ambik kau !....Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....haaa jawablah sendiri. Saya tak bermaksud menyombong diri tetapi lain kali kalau bercakap fikir dahulu barulah boleh bercakap macam2...jangan suka2 menyebut soal hukum-hakam kalau diri sendiri berjalan pun tak betul !