CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 31, 2007

Memories 2007....

Alhamdulliah,
Tahun 2007 bakal melabuhkan tirainya....saya sungguh bersyukur kerana denga
n izinNYA saya dapat lagi melihat dunia,dapat bersama suami serta anak-anak tersayang dalam menempuh dan melalui kehidupan yang seribu macam rencah di dunia yang penuh dengan warna-warni kehidupan ini.....semoga saya tetap tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada anak-anak saya...Insyallah.....Bersama dalam melabuhkan tirai 2007 ini..saya ingin mengabadikan seribu kenangan di sepanjang tahun 2007 ini....




Ini di antara koleksi kesayangan saya yang telah saya kumpulkan di sepanjang tahun 2007, selain hadiah daripada hubby ada juga yang saya beli sendiri..tak tahulah, saya memang fanatik pada kepelbagaian rupa botol minyak wangi ini....


Ini sewaktu saya dan suami membawa anak-anak ke Muzium Anpanman





Inilah CHIBI si putih dan CHIKI si kelabu......hamster peliharaan kami sekeluarga....



Ini pula Projek Akhir Sarah sebelum cuti sekolah hari tu....Sarah buat rumah dari Biskut Cinnamon....lepas ambil gambar.....kami makan rumah ni ...hihihh



Inilah Benna dah Sarah .....keluar sahaja dari bilik saya tengok muka mereka dah jadi macam kucing.....rupanya mereka gunakan eye liner saya untuk menconteng muka mereka...hiihii.Di atas adalah satu lukisan yang Benna lakarkan......saya simpan agar menjadi kenangan buat Beena nanti....



Wednesday, December 26, 2007

Joget Berhibur.....

Gambar ini saya ambil sebelum mereka membuat persembahan TARIAN JOGET BERHIBUR...sempena Mother Tongue sebelum cuti sekolah tempohari. Ada 9 buah Negara yang mengambil bahagian termasuklah MALAYSIA.....nampak comel sahaja mereka....hihihi berpakaian sedondon....merah lagi.....




Kami mak2 pun sebuk juga berposing...mengabadikan kenangan......


Apa-apa pun...tahniah pada mereka semua kerana dengan berlatih hanya 2 minggu sahaja tetapi mereka dapat melakukan dengan baik......dan mendapat pujian daripada pihak sekolah.....

Tuesday, December 25, 2007

Aktiviti sebelum cuti sekolah....

Diam tak diam dah 12 hari anak-anak cuti sekolah....
Biasalah cuti-cuti sekolah ini.....bangun lambat,main games...macam-macam aktiviti mereka..Sebelum cuti tempohari....anak sulung saya Nadia...buat persembahan dalam Alice In Wonderland.....best ceritanya..menarik cara anak-anak melakonkan watak masing-masing tapi yang paling bestnya bila AUDIENCE bergerak seiring dengan pelakon....kami tidak duduk setempat...

cast Alice in Wonderland
At the Dance Studio, one of the locations for Alice in Wonderland with the Cheshire Cat.Beena dengan Queen
Me and my kids with Alice
This is also part of the scenes in Alice in Wonderland.
The White Rabbit and The Dodo

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Korban!


Create Your Glitter Text



Selamat Hari Raya Aidiladha... Dari kami sekeluarga di sini di Yokohama...

Buat keluarga dan kawan-kawan semua, kami memohon seribu kemaafan jika ada tersilap kata dan terlanjur bicara...

Kalau makan ketupat rendang, jangan lupa kami di sini!

Tuesday, December 18, 2007

Negishi Park..

Sebenarnya Negishi Park ini dekat sahaja dengan rumah kami tetapi disebabkan kedudukannya adalah selepas bukan sebelum dari rumah.....itu yang menyebabkan kami jarang2 ke sini....
Memang cantik di sini... kali pertama saya kemari sewaktu musim BUNGA/SPRING... Di sini banyak sangat pokok Bunga Sakura... cantik...
























Kami sempat lagi berposing....mengabdikan 1001 macam kenangan mengusik jiwa...hihihih




































Terasa tenang dan damai jiwa bila melihat keindahan pokok2 di sini.....macam selalu yang saya kata...rasa nak tidur sahaja di bawah pokok..

Saturday, December 8, 2007

Naik Cable Car di Owakudani,Hakone....

Banyak tempat yang kami kunjungi....rasa saya gambar di bawah ini dapat merungkaikan segalanya....begitu indah dan menariknya permandangan di atas bukit....


Tuesday, December 4, 2007

ke Hakone dan Gotenba...


Masa musim Autumn ini...dengan daun-daunan yang pelbagai warna....saya dan keluarga biasanya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat2 yang menarik....indahnya ciptaan Tuhan...amat menakjubkan....

Inilah warna daun Maple bila tibanya musim luruh......
















Rasanya macam nak tidur sahaja di bawah pokok.....Anak2 saya memang suka sahaja bila di suruh berposing...ehmmmm posing sakanlah ....














Sunday, December 2, 2007

Menaiki Cruise dan jalan2 di Yokohama..

Ni semasa bersantai kat tepi laut..

Semasa Cruise melintasi jambatan Yokohama...kami lalu betul2 di bawah jambatan....seronok juga ....sebab selalunya kami berada di atas jambatan tetapi kali ini di bawah pula...


3 beradik ni biasalah....posing sahaja..






Sayangnya, kak long tak dapat ikut pulak...


Apa pun semuanya seronok...sebab dah lama tak naik boat...