CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 29, 2010

Kad Birthday...




Tengahari tadi dapat kad daripada Nissan...tengok ada MBR 3466...apa pulak ni. Bila buka..oooo rupanya Nissan hantar kad birthday untuk saya..Esok baru 30hb Mac...birthday saya 30hb April...sebulan lagi tu...hehe
Tapi hari ini birthday Taty...kawan kat Kemaman..." Happy Birthday buat Taty ", semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki selalu. Wah ! bestlah...makan ramai2 kat pizza ye....nanti akak pun nak tunggu Boss Taty belanja akak pulak...hehe. Tak sabar rasanya nak tunggu tarikh 30hb tu...nak mintak apalah pulak kali ni....tapi memang kegilaan saya pada jam tangan ni....dah ada 10 pun rasa macam tak cukup lagi...hehe. Manalah tahu kot2 tahun ni saya dapat Chopard ke..wakaka...follie2 yang ada pun sayang nak pakai...kalau dapat Chopard eee simpan dalam peti besi kot...

Sunday, March 28, 2010

My Bike !

My bike....ni motor saya..haha..kenapa tak percaya? Ermm ingat hubby aje ada motor, saya ada juga tapi since saya accident kereta tempohari saya lagi jadi takut nak bawa motor ni. Lagi pulak bila tengok orang Malaysia dengan cara pemanduan yang kelam-kabut tu...eee ngeri dibuatnya...
Tapi sekitar Crystal Bay, jalan2 di pantai tu...beranilah.


Pokok Mangga n Bunga Raya

Sudah lama saya menunggu pokok mangga ni berbunga...jenuh dibuatnya. Hampir 9 tahun saya menanam jangan kata nak berbuah, berbunga pun dia tak mahu...niat nak menebang pun ada....akhirnya...penantian saya berbaloi juga..
Harap-harap biarlah dia terus-terusan berbunga...kesianlah kat saya yang penat menanam ni..hehe





Pokok Bunga Raya Putih ni pun sama...liat nak keluar bunga...tapi akhirnya dia berbunga juga. Saya suka pokok ni sebab bunga dia cantik !.

Open Swimming Tournament di Greece..

Dua minggu lepas anak neighbour saya ke Denmark kerana menyertai open swimming tournament. Selain ke Denmark dia juga ke Greece dan beberapa negara Eropah yang lain. Di Greece dia mendapat 1 Gold, 2 Silver and 2 Bronze ...
Tahniah untuk Dik Min...walaupun ada kecacatan di bahagian kaki tapi kita yang tak cacat ni pun kalau berenang belum tentu menang...hihi. Cik Ina doakan supaya berpeluang ke Jerman pada bulan Mei ini nanti....insyallah




Jom makan2..

Telor Itik masak kicap ni memang kesukaan Nadia..



Menu biasa2 sahaja....bukannya ramai yang nak makan...saja bagi kak long happy2...yang pasti telor Itik ke telor Ayam ke..tak apa, janji masak kicap sure dia makan banyak..hehe. Rugi minggu tu...dad tak balik Melaka...


Majlis Anugerah Kecemerlangan

Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Telok Mas 2009





jumpa Adah..geng baik kak long..juga jumpa balik kawan2 yang lain





Maulud Nabi

Sekitar majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau As-Salam Taman Alai Perdana, atau lebih dikenali sebagai Crystal Bay. Majlis dimulakan dengan ceramah dari Ustaz yang dijemput khas dari Masjid Selat Negeri Melaka. Selesai solat Isyaq berjemaah..sekumpulan wanita dari Permatang Pasir yang dijemput khas meneruskan dengan Zikir dan Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W....
Amin Ya Rabal Al-amin...semoga majlis kita mendapat keberkatan hendaknya.


tak tahulah kenapa dengan mata Sarah yang tertutup rapat ni..


Tinggi Bunga Pahar ni sama dengan Beena...tinggi lagi kot hehe



Ini pula Bunga Pahar yang saya buat dari rumah untuk hantar
ke surau..hehe cantik tak..




Masa nak pergi tu masih sempat posing dengan Beena..







Aktiviti minggu ini

Sepanjang minggu ini penuh dengan pelbagai aktiviti. Selain di surau taman perumahan saya menganjurkan Majlis Maulidur Rasul, hari Khamis yang lepas, SMK Telok Mas mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar2 PMR dan SPM 2009. Kak Long dan 2 orang kawan dari MRSM Tun Ghafar Baba serta kawan2 yang lain dari Sek Sains Muar turut sama menghadirinya. Saya sediakan apa yang patut di rumah....maklumlah anak nak balik...sediakan ketupat rendang ayam dan tak lupa juga telor itik masak kicap favourite kak long..tak ketinggalan juga donat coklet serta kuih koci....

Monday, March 22, 2010

Aktiviti menembak di Crystal Bay


saya tak tahu nama pokok ini...tetapi bunganya cantik dan tahan lama.
Kalau tak silap bunga ini dah lebih 2 bulan kembang...
Ini pula spesis pokok Berlian putih yang kecil...Baunya
sangat wangi dan biasanya bertambah wangi pada waktu malam...

Ini ialah pokok Kaktus saya yang amat rajin berbunga..Bunganya
juga sangat cantik dan besar...tak padan dengan pokok.



Pokok Orkid juga...tapi tak tahu spesis apa..






Inilah pokok Orkid hutan yang mula berkembang bunganya
tengahari tadi...Baunya sangat wangiii...





Tengahari tadi saya zoomkan Nikon D60 saya pada bunga2 yang mula berkembang di Crystal Bay. Bau bunga Orkid hutan yang begitu menusuk hidung menggamit saya untuk lakukan aktiviti menembak di waktu tengahari...perut yang lapar jadi kenyang bila melihat pokok yang ditanam hidup subur di taman. Tq kat hubby yang tolong belikan dan tolong pasangkan gantungan2 saya ini. Kami borong besi2 bunga ini sewaktu kat Jepun....banyaklah yang dibeli termasuklah pasu2 kayu yang cantik ni...





Aktiviti menembak di Kemaman







Buah Belinjau...kalau dibuat kerepek rasanya agak pedas
dah baunya agak maung...tu tekak sayalah hehe


Aktiviti menembak apa yang ada disekitar rumah hubby ni saya lakukan pada waktu petang. Tak dapat banyak benda yang menarik sebab penyakit malas nak keluar rumah. Tengok pokok Jering pun saya tembak..hehe menarik jugakan. Manalah tahu kot2 ada kengkawan kat Jepun tu yang tak pernah tengok pokok Jering. Hari tu saya ada pergi ke Kerteh dan singgah di Pantai Kemasik tetapi sayang sebab tertinggal camera...saya nampak dari jauh pantainya sungguh cantik dengan air laut yang berwarna biru. Tak apalah...nanti bulan 6 cuti sekolah saya akan datang lagi ke Kemaman...nak tinjau pantai pulak. Datang kali ni kerjanya asyik masak dan masak dan makannn....ada saja nak makan...kalau lagi lama duduk Kemaman saya dengan hubby sekali sure gemuk..

AF ??

Cuti sekolah selama seminggu sudah pun berakhir..hari ini hari pertama persekolahan. Cuti seminggu kami habiskan di Kemaman, Terengganu ...balik rumah hubby..selama itu jugalah saya tak jumpa dan menghadap pc ni. Kat rumah yang hubby sewa tu line internet jap ok jap tidak....malas nak berangkut dengan pc ni...kang kalau saya bawa, anak2 pun nak bawa juga...eee leceh.. Gambar kat bawah ni saya ambil sewaktu menjemput kak long balik dari asrama untuk cuti seminggu hari tu....nak balik..sengih ajelah..seronok. Macam Akedemi Fantasia pulak bila mengusung beg..hehe


Kalau nak tahu...dia bukan bawa 2 beg ni sahaja tapi 5 beg...hiss...ni nak balik bercuti atau nak pindah ni kak long ???

Thursday, March 11, 2010

Sukan Tahunan S.K Alai 2010

Hari ini merupakan sukan tahunan SK Alai..majlis berlangsung dengan penuh meriah dan alhamdulliah cuaca pada hari itu agak berangin walaupun panas..
Seronok saya tengok gelagat anak2 kita yang mengambil bahagian baik di dalam perbarisan atau pun dalam acara sukan...semuanya menunjukkan kesungguhan dan bersatu padu agar pasukan mereka menang...lama sudah saya tinggalkan alam persekolahan ni....kata orang nostalgia tu dengan sendirinya datang semula..dalam hati tu berkata-kata...laju2 budak2 ni berlari kalau saya yang berlari....dah tahu dah dapat nombor berapa hehe



yang tersengih tutup mata tu tentulah Sarah anak saya...seronoklah dia kerana rumah pasukannya iaitu rumah kuning dapat tempat pertama..


beratur setelah selesai berbaris..



Ni Sabrina yang mengambil bahagian dalam acara bawa bola dalam
gelung rotan...sian dia..punyalah nak menang dia berlari laju bawa gelung
rotan sahaja tetapi bolanya tertinggal di belakang...hehe tak nak gelak
tapi saya gelak juga...tak tahan..
pasukan Sabrina iaitu pasukan merah dapat tempat terakhir...tu yang
dia sedih sesangat...huhu



menyanyi beramai-ramai...kesungguhan menempatkan mereka sebagai
kumpulan perbarisan yang terbaik ! Tahniah ye..