CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 29, 2010

Coret-coret lagi...


Alhamdulliah,
Kami semua telah berada di Kemaman, Terenganu sekarang..bercuti bersama-sama dad di rumah baru kami..
Alhamdulliah juga dengan keputusan peperiksaan yang sungguh membanggakan dari anak-anak dapatlah pelepasan sekejap..hehe tapi nampaknya dah salah guna ni...tido pukul 12 mlm, bangun pukul 1.00 tenghari...waaa
Dah banyak lemak semuanya...tapi tak apa, mum bagi semua rehat sampai hujung bulan ni sahaja..lepas tu back pada rules balik ye..
Kalau nak ikutkan tengok tv, tengok cd, main komputer sampai bila pub habis...
Ingat2 sokmo tahun depan tahun yang paling mencabar buat kita semua....semua sekali terlibat..kak long dengan spm, abang dengan pmr, sabrina n sarah juga kena mentain atau lagi lebih dalam pelajaran...mum...huhu driver bergaji besar..haha..berat tanggungjawabnya tu..
Duduk rumah baru yang bertingkat-tingkat ni mungkin satu pengalaman baru buat anak-anak semua, sekejap turun, sekejap naik...waa kita yang fobia..
Nampak gaya belum terasa penat...tak pe tengoklah nanti tahun depan...suka ke tidak naik tangga turun tangga....
Oklah...walau apa sekali pun nampaknya saya memang tak boleh berpisah dengan laut dan pantai, dengan selat dan kuala...
Rumah Melaka menghadap Selat Melaka, rumah Kemaman belakang ada kuala sungai...huhu..

Sunday, November 7, 2010

Coret-coret

Alhamdulliah,
masih diizinkan oleh NYA untuk bernafas di muka bumi ini...
Alhamdulliah juga kerana masih dikurniakan kesihatan seadanya untuk diriku juga keluarga semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia NYA.....
Alhamdulliah juga kerana saya masih mampu untuk melakarkan sepatah dua kata di sini.
Masih di minggu peperiksaan buat anak saya Nadia di MRSM sana....gud luck kak long...lagi2 paper maths,add maths,fizik dan bio yang masih berbaki...
Adik2 semuanya sudah merdeka...
Buku2 pinjaman juga sudah dipulangkan dan sudah pun dapat balik...itu untuk Abang Amirul kita yang akan menduduki PMR tahun depan...
Tahun depan adalah tahun yang saya tunggu dengan penuh debaran kerana seorang akan menduduki SPM dan seorang akan menghadapi PMR...
Apa maknanya tu???
Maknanya..tahun depan dengan saya2 sekali akan demam exam...waaa

Menarik dan mendebarkan...huhu
Apa pun kerterujaan itu sesungguhnya memerlukan satu pengorbanan...
Saya akan lakukan dan buat apa sahaja yang termampu untuk bersama-sama mereka menghadapinya...insyallah
Semoga saya diberikan lebih kekuatan dan semangat yang lebih lagi untuk bersama mereka.
Buat anak2 pula...cuti akhir tahun ini bukanlah cuti sepenuhnya....impian kita masih terlalu jauh untuk digapai...
Kita akan balik bercuti di rumah baru di Terengganu dan itu bukan bermakna kamu semua akan tutup rapat semua buku2....itu akan mum pastikan dengan sebaik mungkin...walaupun dad ada bersama2....itu bukan bermakna kamu semua boleh mengada lebih2 ye...hehe
Minta maaf juga kerana tahun ini...kita belum boleh bergerak jauh2 kerana banyak yang perlu mum n dad uruskan...dan lagi pun AIR -ASIA bulan 12 baru nak fly ke Japan..heee
Insyallah jika ada umur yang panjang, masa yang sesuai dan yang penting budget mesti cukup...hehe kita akan fly lagi...

Monday, October 11, 2010

Happy Belated Birthday Beena !








Semoga adik semakin matang hendaknya ye..mum n dad doakan adik pandai belajar macam kak long, abang n kak sarah...n rajin2 tolong mum lap pinggang kat dapur eh...hehe

Riang ria di Aidil Fitri 2010



Dad memang macam tu...mesti nak kiss..
hehe..jangan cemburu ehh...









Anak mum yang seorang ni...memang rajin..pepagi
dah nak makan...tolong Tuk Wan

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri


Salam Lebaran,
Hari ini merupakan hari terakhir ramadhan, semoga di hari terakhir ini kita lebih mendapat keberkatan daripada NYA...insyallah..dan juga kita dapat dipertemukan lagi di ramadhan yang akan datang..
Diucapkan juga salam Aidil Fitri pada teman2 tidak kira dimana jua mereka berada semoga berbahagia dan bergembira bersama-sama keluarga tersayang.
Teman-teman yang jauh diperantauan di Jepun, Doha, Indonesia dan di mana sahaja mereka berada semoga tabah dan jangan sedih2 beraya jauh daripada sanak saudara...dunia dihujung jari....walau terpisah dek lautan api sekalipun...
Ampun dan maaf dari saya jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa..
Selamat Hari Raya !

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan ke 53

Selamat menyambut hari kemerdekaan buatmu Malaysia ke 53..
Satu Malaysia menjana kecemerlangan...positifkan minda sehabisnya agar kita sentiasa berada dilandasan yang betul, tidak terpesong atau tersilap langkah..
Berada di bumi bertuah ini membuatkan saya selalu berkata, " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.."
Salam Kemerdekaan untuk semua !

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan Ya Marhaban !


Alhamdulliah,
Dah hari yang ke 15 kita berpuasa dibulan Ramadhan ini..terasa sekejap masa yang berlalu..semoga disepanjang 15 hari kita berpuasa ini, puasa dan ibadah kita diterima oleh NYA.....insyallah...
Banyak2kan bersedekah dan merebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Tahun depan entahkan kita berpeluang lagi atau tidak...
Buat teman-teman walau dimana mereka berada, selamat menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya..
Ini merupakan tahun yang kedua saya dan anak2 berpuasa berjauhan dengan suami, seorang Melaka seorang Terengganu...sedih juga rasanya. Juga tahun pertama berpuasa tanpa kak long....yang menyambut puasa bersama-sama kawan2 di asrama. Nasib baiklah dekat...bolehlah jenguk2 selalu...kalau jauh nanti, tak tahulah macamana..


Sunday, July 25, 2010

Bowling N Telok Cempedak, Kuantan





Santai bersama-sama dengan staff Bumi Armada masa cuti sekolah tempohari..baru ini sempat nak post pic hehe....enjoy sesangat n nanti kita picnic lagi ye !.


Tuesday, July 6, 2010

Kampus Kota, Universiti Malaya..


04.07.2010

Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi rasa..lahir daripada hati yang ikhlas. Bertapa terujanya saya bilamana saya melangkah keluar dari sini...

Biasalah manusia...ada egonya dan saya tak terkecuali daripada itu...

Sebelum ke UM saya berkata di dalam hati...apa lagi yang aku nak, apa lagi yang tidak cukup...saya boleh diibaratkan sebagai seorang surirumah yang cukup sempurna ...santai selalu..ada banyak masa terluang untuk melilau ke sana dan ke sini tanpa perlu berfikir untuk mencari duit dan sebagainya. Apa tidaknya..semua yang saya inginkan ada tersedia didepan mata...dah begitu manja jadinya...tetapi di sana saya dapat melihat sekelompok manusia yang begitu cekal berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, keluarga juga ekonomi mereka...ada diantaranya telah pun melangkah dengan bangga kerana telah berhasil mencapai apa yang mereka inginkan...saya?? Saya yang masih leka ini? Saya rasa saya juga tidak dilahirkan untuk hidup biasa-biasa sahaja. Hanya dengan adanya matlamat yang jelas dan pratikal, usaha yang berterusan juga pengorbanan ....saya yakin saya juga seperti orang lain..pasti berjaya dan hebat !.


Thursday, July 1, 2010

01.07.2010



Happy Birthday Kak Long !
Menjangkau umur 16 tahun ini,mum harap akak lebih matang dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Semoga mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang ...insyallah dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kami semua, mum n dad juga adik2 mendoakan yang terbaik buat akak.
Happy
Birthday
To U....SAYANG !

Wednesday, June 30, 2010

Pantai Kemasik, Terengganu





Ada gua yang cantik di sini..




Budak2 ni memanjat sesaja aje...kita yang risau !






Sejuk memandang air laut yang tenang tapi riuh dengan suara
budak2 ni semua...hehe

















Aktiviti anak2 dara...




Huru-hara dibuat dengan cup cakes ni...
Apa2 pun inilah hasil kerjatangan Sabrina n Sarah....cup cakes kat atas ada penyu pun ada..hehe
Sukahatilah wahai anak2...lepas buat kena kemas..



Mangga

Aktiviti dad bila nampak buah mangga ni mulai masak...
Dialah orang yang paling sibuk bawa gunting, bawa mangkuk...nak tuai hasil walhal orang yang menanam ada kat sebelah...hehe
Sukahatilah...lagi senang, dah petik boleh terus makan..ee



Tuesday, June 29, 2010

Jenguk2 rindu..

Amboi,amboi,amboi...
punyalah lama tak mengupdate blog..huhu..sebenarnya ada banyak pic menarik masa balik bercuti ke Terengganu masa cuti sekolah hari tu..
Masa kat Terengganu..broadband ada satu..notebook ada 2....orang yang berebut nak guna ada 5...habis macamana?? Terpaksalah mum mengalah...bagi kat anak2 specially kat kak longlah sebab dia ada banyak homework. Bila kala pc tu free...bila dah larut malam n mata mum pun dah macam Mr Bean tongkat mata dengan batang mancis..hehe..tak larat nak tunggu.
Balik Melaka lagilah..bila anak2 dah mula bersekolah dan saya pulak bekerja sebagai driver sepenuh masa ...ada waktu terluang tu dari menghadap pc ada lagi baik saya lelapkan mata..huhu.
Ini pun baru balik dari sekolah agama Sabrina..sain report card dia. Alhamdulliah dari no 10 turun ke no 2...tahniah dari mum.
Sembang2 dengan guru kelas dia....cikgu bagitahu supaya exam kali ini buat betul2 kalahkan Zulaikha dengan Salman...tapi Salman tetap dapat no 1...
Tak pe...next time cuba lagi ye Beena...

Tuesday, June 8, 2010

06.06.2010

06.06.2010 adalah ulangtahun perkahwinan saya yang ke 17 tahun ! 17 dah berlalu macam sekejap sahaja....kebetulan kami balik ke Terengganu..kat Binjai ni tak ada line internet...tak tahan n tak sanggup dan tak boleh hidup tak ada internet ni..hehe tu yang gi Maxis cari broadband.
Alhamdulliah dan kami berharap agar ikatan perkahwinan ini berkekalan dan berpanjangan hingga ke akhirnya...amin.
Terima kasih buat suami tercinta di atas segala yang saya miliki hari ini. Tq juga buat Pak Uda kerana belanja makan pada hari ulangtahun saya tempohari...
Lain kali belanja lagi ye .....hehe

Tuesday, June 1, 2010

Happy Birthday Honey !

Lama sungguh saya tak menjenguk ke sini...sibuk sangat agaknya. Sedar2 dah masuk bulan June....Wah ! Hari ini ulangtahun kelahiran suami tercinta...
Happy Birthday Honey !
Semoga dipanjangkan umur dan jodoh kita hendaknya..
Dimurahkan rezeki selalu supaya saya dan anak2 senang nak mintak apa2 hehe
macam ni pun ada...waaaa
Oklah kita cakap yang betul2 eh...
Terima kasih kami yang tidak terhingga kerana memberikan dan menyediakan yang terbaik buat kami semua...tak terbalas pengorbananmu itu. Kami tidak dapat nak bagi kat dad hadiah yang mahal2....maybe target saya untuk menjadi jutawan sebelum 3 tahun ini...insyallah...masa tu saya mampu belikan awak sebiji big bike baru kot...hehe doa2kan ye...mudah-mudahan tercapai segala impian.
I ' will always treasure each moments with u, as the best time in my life..
Mudah-mudahan jodoh kita berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga terus menjadi seorang suami dan daddy yang terbaik buat kami di dunia dan di akhirat kelak....amin

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day atau Selamat Hari Ibu buat semua teman2 walau di mana jua mereka berada kiranya belum terlambat untuk saya mengucapkannya....enjoy ur life, have a good time and be a good mum....
Walau apa jua yang orang tafsirkan mengenai Hari Ibu tetapi bagi saya pula saya hanya memandang pada perkara yang positif sahaja. Kami sebagai seorang ibu tidak menginginkan sebarang hadiah yang mahal...tapi kalau bagi ambillah jugakan...hehe cukuplah sekadar ucapan TERIMA KASIH SAYANG atau THANK YOU MUM dari seorang suami dan anak2 tersayang...Hadiah itulah yang sebenarnya Hadiah yang paling mahal bagi kami sebagai seorang ibu.
Untuk my dearest hubby...thank u for everything ...kerana memahami dan melayani kerenah saya dan menyediakan yang terbaik buat kami. Buat anak2 tersayang pula doa dari mum agar kamu semua jadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dalam pelajaran juga di dunia dan di akhirat...Amin....

Tuesday, May 4, 2010

My Birthday


Alhamdulliah...30hb April yang lepas maka genaplah umur saya 41 tahun...Yeah...dah tua rupanya..hehe dan hari ini 41 tahun 4 hari...dah berlalu. Birthday kali ini memang dah plan macam2 dan kebetulan mak dan ayah datang, kak long balik bercuti tapi yelah sekadar merancangkan....
Sehari sebelum hari lahir jari tangan anak lelaki saya terseliuh, lepas tu keesokkan harinya pula tulang belakang dad pula tergeliat..jalan dah macam robot...tegak aje...kiranya macam2 dah jadilah...
Tak kisahlah apa2 pun..yang penting hadiah mesti ada wakaka....
Anak2 ada yang bagi kad dan ada yang bagi buku. Dad pulak....macam biasalah...dia dah tahu apa yang saya inginkan setiap kali birthday....dan ianya merupakan hadiah yang ke 11 saya dapat...tapi saya tak pernah jemu . Mungkin dah minat maka jadilah ia sebagai satu koleksi peribadi yang cukup mahal buat diri saya. Erm...dok congak2 dalam kepala ni...agak2 aniversary kami pada 6/6 ni nanti...dad nak bagi apa ye....Lagi pun tarikh tu kami nanti dalam perjalanan untuk balik bercuti di Kemaman. Kita celebrate kat Terengganulah kali ini nampak gaya. Seronok juga ada pantai dan permandangan yang indah...
Buat Siti Sarah, tq very much kerana bagi sebuah buku yang cukup menarik untuk dibaca dan dijadikan pedoman. Buku karya Sahrulazmi Sidek yang bertajuk " Apabila Haiwan Menjadi Guru " ini telah diolah dengan gaya bahasa yang cukup santai dan sesuai difahami dan dibaca oleh sesiapa sahaja. Menggabungkan konsep agama dan motivasi yang dapat kita jadikan teladan dalam melayari sebuah kehidupan. Tq my dear Sarah...
Semoga saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga sehingga ke akhir hayat. Amin...

Wednesday, April 14, 2010

International Competitions...

Hari ini kak long ada mengambil International competitions and assessments for schools computer skills dari University of New South Wales UNSW, Sydney, Australia. Ada 45 soalan dengan masa 45 minit. Di antara negara yang turut serta ialah Australia sendiri Brunei, Malaysia, New Zealand, Pacific dan Singapore. Kertas ujian akan dikembalikan ke Australia semula dan keputusan hanya akan diketahui kemudiannya. Tak silap saya seramai 20 orang pelajar termasuk kak long yang mengambil ujian ini. Kata kak long soalannya agak senang...tak tahulah..kita tunggu keputusannya nanti...

Tuesday, April 13, 2010

Program bersama rakyat

Sebelum dan selepas di suntik...tak sakit tapi petangnya tu...tangan dah
tak boleh angkat...berat semacam...


Adik ini dapat tempat pertama...lukisan...



Tabika Perpaduan Crystal Bay...kawasan Melaka Tengah

Semalam Tabika Perpaduan di Crystal Bay telah dijadikan anak angkat kepada perpustakaan awam Pernu, Telok Mas. Disamping itu juga anak2 di Tabika berkenaan telah diajarkan cara2 yang betul untuk menjaga kebersihan diri, cara2 membasuh tangan yang betul dan berbagai acara lagi. Pada hari itu juga vaksin H1N1 telah diberkan secara percuma untuk penduduk setempat. Saya telah mengambil peluang ini untuk mendapatkan suntikan tersebut. Doktor yang bertugas iaitu Doktor Aishah yang juga merupakan penghuni Crystal Bay telah menjelaskan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang H1N1 ini. Keperihatian masyarakat kita tentang menjaga kebersihan masih ditahap kebimbingan...

Monday, April 12, 2010

Menu minggu ini..

Onigiri yang siap dipotong...nak hantar pada kak long !
kalan bawa panjang2 cam ni...susah pulak nak makan..hihi


menu minum pagi dengan hubby...


lama dah tak masak ayam masak merah ni....



dalca selalu buat sebab anak2 suka makan dengan Nan atau roti canai


Onigiri saya buatkan untuk kak long...dah 2 minggu ni cal n berbalas msg sahaja. Tak sempat nak jenguk dia ....di sebabkan hubby balik minggu ini maka saya usahakan juga masak Nasi Tomato dan seangkatan dengannya...tak tahulah kenapa minggu ini malas sungguh nak upload gambar, nak jenguk blog...agak2 kalau malasss nak masak ....macamana agaknya ye ?? Hehe..