CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 30, 2008

World Porter


Kami nak melintas zebra crossing untuk ke World Porter, nak makan
tengahari..

Masih sempat juga berposing walaupun angin agak kuat dan terasa sejuk...bila lagikan.....nilah peluang..hehe

Sarah N Juulia..


Sarah, Juulia n Beena tgh main2 dengan Chibi..our hamster..



This is Juulia....Sarah's best friend. She likes our hamster Chibi...

Monday, November 24, 2008

Bazzar Depan Rumah...Honmoku

Bazzar depan rumah, meriah sungguh..ramai pulak tu termasuk ler kita2 yang melayu2 ni...hehe sama2 sibuk memilih. Jumpa Ika kawan Indonesia saya...dia ni khawin Japanese. Jumpa juga Aunty Yati dan Aunty Nurul...
Ada macam2 barang tetapi kena berebut dan pandai memilih...murah2...



Tengah beratur nak masuk dewan....


Masuk kat dalam library sekejap....





Besarnya plastik ika..hehe..mesti banyak nak beli !

Orkid







Sebelum datang ke Japan, saya ada ambil gambar bunga Orkid di rumah mak.
Tak kurang cantiknya ! Mak memang dari dulu lagi suka sangat tanam Orkid, siap ada rumah Orkid lagi. Saya dulu ada juga cuba2 tanam tetapi tak menjadi..tak berbunga Orkid dibuatnya...hehehe.Ada sesetengah orang kata..Orkid ni nampak mudah nak tanam tapi kalau tak betul2 tak berbunga dia...



Friday, November 21, 2008

Jalan-jalan ke Homes





Cantik bunga2 Orkid ni....geram dibuatnya


Hari tu saya sempat jalan2 tengok bunga di Homes. Rindu dengan tempat ini kerana ada banyak bunga yang cantik2 serta perhiasan untuk garden yang banyak lagi pelbagai. Rambang mata dibuatnya.

Park depan rumah



Di sinilah petang2 saya dan anak2 melepak ambil angin


wah...yang ni lagi kawai ne....hihi




Dengan Shafiqah....sukanya dia ada kawan ramai..

Sebenarnya kami kesejukkan masa ni sebab tak sangka angin tiba2 bertiup kencang, ingat nak lama tapi sekejap saja sebab tak tahan kesejukkan....
Ajak pusing2 lagi pun Beena dah tak mahu, asyik kata ' jomlah balik mom, sejuklah..' Tadi sebelum keluar saya dah pesan berkali2 supaya pakai jaket tebal sikit tapi semuanya kata tak apa, tak apa...haaa lepas tu samui, samui..



Wednesday, November 19, 2008

Malam Di Sakuragicho....

Indahnya panorama malam di Sakuragicho yang menjadi tumpuan para pelancong baik dari negara itu sendiri mahu pun yang datang dari luar. Saya rasa bertuah sungguh kerana diberikan peluang untuk tinggal di Yokohama ini. Dari Grand Duo, Honmokuwada tempat tinggal saya ke sini perjalanan mengambil masa hanya 15 ke 20 minit memandu kereta manakala kalau menaiki bas perjalanan lebih kurang 30 ke 45 minit.Gambar ini saya rakamkan sewaktu pulang dari opis hubby .Biasanya di sinilah kami dok melepak sementara tunggu dad keluar dari opis..

Kapal Nippon Maru berlatar belakang Ferris Wheel

suasana indah dengan bangunan Pan Pacific Hotel

Sekitar pukul 5.30 petang, dah gelap dan dah nak masuk waktu Isyak
saya sempat rakamkan indahnya pokok dengan dedaun yang berwarna kuning
kemerahan disinari cahaya lampu neon.



Tuesday, November 18, 2008

Jalan-jalan ke Sakuragicho..



Depan Museum of Yokohama, sejuk terkena percikan air pancut..





Nippon Maru , Sakuragicho.

Saya dan anak2 berjalan ke Sakuragicho...janji dengan hubby untuk berjumpa pada pukul 5.30 di Landmark Tower..sementara itu kami pusing2 di Queen Tower dan Jackmall. Menuju ke Jackmall kami singgah di Museum of Yokohama...relax di situ sambil makan coklet dan snap gambar. Biasalah dengan budak2 ni...berlari ke sana sini...bukannya dia rasa sejuk...kira seronok sahaja...

Sunday, November 16, 2008

Balik Kampung...


Ramai2 masa di airport KLIA...



Sarah, Ain, Pia, Beena dan Ayuy...depa sempat lagi posing..


Besarnya hadiah tu...KLIA Airport

Alhamdulliah,
Saya dan anak2 dah selamat sampai ke Negara Matahari Terbit yang terkenal dengan Bunga Sakura..Horeee.
Anak2 seronok sangat, walaupun semasa mendarat di Narita keadaan suhu 14 c tapi tak terasa sejuk..punyalah seronok balik kampung !
Kami akan bercuti selama sebulan setengah, akan saya gunakan sepenuh masa untuk menikmati keindahan musim luruh dan musim sejuk di sini.

Thursday, November 13, 2008

Fenomena Luar Biasa......


pemandangan di bahagian hadapan ...
suspen sungguh bila melihat air semakin naik...


namun saya tak melepaskan peluang menghalakan lanse kamera merakamkan
detik2 mencemaskan...


keadaan air laut yang semain naik telahtenggelamkan kawasan pantai
kelihatan laut dan darat separas,tiada beza.....


Selang beberapa minit selepas itu,BOMBA dan Jabatan Alam Sekitar datang...mereka membuat pengumuman jika sehingga pukul 10 pagi keadaan didapati semakin berbahaya dan air semakin naik..kami di nasihatkan supaya meninggalkan kawasan rumah...Ya ALLAH....
Saya kelu untuk berkata2 dan hanya mampu berdoa ketika itu..mudah-mudahan
dilindungkan dari segala bencana.....amin.