CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday !

kad ucapan dari anak2...

Happy Birthday Mom !
Ungkapan dan ucapan anak-anak saya pagi2 lagi. Saya yang sememangnya dah 2/3 hari badan tak tentu rasa ini agak terkilan juga sebab apa yang saya rancangkan seminggu sebelumnya tak dapat saya laksanakan. Ingatkan tengahari saya nak sajikan mereka dengan hidangan Nasi Tomato, saya nak bakar muffin coklet dan macam2lah saya nak masak...lepas tu ingat malamnya pulak saya nak celebrate dengan anak2 di luar tetapi akhirnya saya hanya terbaring lesu atas karpet. Terima kasih kepada semua anak2 yang telah menghadiahkan saya sekeping kad yang cukup bermakna bagi saya....walaupun dad jauh beribu batu nun di sana tetapi bagi saya dia tetap disisi dan sentiasa berada dekat dengan saya. Thank you HONEY !. Untuk segala-galanya..
Semoga ikatan kita semakin kukuh hingga sampai ke penghujungnya...




Kem Solat Bistari



Anak2 saya masih sempat disuruh berposing sebelum dihantar ke kem solat bistari. Tak silap saya sejak awal tahun termasuk yang ini rasa-rasanya dah 4 kali sekolah mengadakan kem solat bistari.

Wednesday, April 29, 2009

Ke Zoo Melaka...

Kami jalan-jalan melawat Zoo. Lama sungguh tidak ke sini. Semasa di Jepun kami melawat Zoorasia...best tempat tu..besar juga. Balik Malaysia saya bawa anak-anak ke Zoo Melaka manalah tahu sepeninggalan kami ada yang berubah atau bertambah...rupa2nya sama sahaja...kami menghabiskan masa di sini tak sampai pun sejam. Anak2 nampaknya tak berapa enjoy terutamanya Beena..akhirnya saya melencong ke Pantai Kelebang untuk bermain layang2. Barulah semuanya nampak happy sikit.


Saya suka pada burung ini. Warna-warna terang pada bulu2nya membuatkan
saya teruja dan menghabiskan masa yang agak lama di sini.


Eeeee gambar dengan Sang Buaya...takutttnya..


Laaa yang ini bergambar dengan Pak Belang pulak...
Takutnya mom tengok...tapi pulak Beena boleh tersengih tu?



Main Layang-layang di Pantai Kelebang


ni Si Minnie....layang2 Sarah.....


yang paling jauh dan tinggi mestilah layang2 mom...yang warna pelangi tu..
semua anak2 jealous kenapa layang2 mom paling tinggi !


Si Batman ni layang2 abang..kejap2 menjunam jatuh..hihi
kelakau betul...bukannya layang2 tu terbang kat atas tapi dia yang dok
terkejar-kejar layang2 kat bawah...


panas pun panaslah...janji enjoy...



ni layang2 mom..Sarah tolong pegang sekejap sebab mom
nak ambil gambar...


Sekitar aktiviti bersama-sama anak2 sewaktu hujung minggu...sebulan yang lepas. Hihi kira2 ni kes tak sempat nak upload gambar ler ni...tu sebab baru ni di post. Tak pelah..lambat pun lambatlah janji buat..


Indahnya Ciptaan MU..




Satu petang sewaktu pulang dari menjemput anak2 dari tution, saya terpegun seketika dihalaman apabila melihat keindahan senja...


Coret-coret...

Lama juga saya tidak menjenguk ke sini...bukan tidak ada bahan untuk bercerita tetapi keterbatasannya masa dan waktu menyebabkan saya tidak berpeluang untuk mencoretkan patah-patah bicara. Anak2 yang perlu diutamakan menuntut saya mengorbankan masa dan waktu yang lebih untuk bersama mereka. Tatkala hubby bertanya pada saya ' Lama awak tak update blog Hon....' tak ada cerita menarik ke ?
Barulah saya perasaan dah sekian lama dan April hampir melabuhkan tirainya...dan dipenghujung April juga umur saya menginjak setahun lagi.....
Wah, dah semakin tuanya aku......masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki...
Esok bertambahlah setahun lagi umurku...




Thursday, April 9, 2009

Indahnya Sakuragicho


Di sini saya akan melepak dengan anak2 sementara tunggu hubby keluar office
tapi kali ini saya minta hubby pergi ke hard rock cafe kerana kami pesan baju !

ini pula Minatomirai...banyak permainan di sini...anak2 suka tempat ni.



Queen Tower



Dockyard Garden....ada kawan2 saya suka menjamu selera di sini.

Beginilah rupanya di sepanjang jalan Sakuragicho yang penuh dengan pepohon Sakura . Saya dapat membayangkan keindahan Yokohama dikala ini.Bilalah saya berpeluang untuk datang kembali ke Negara Matahari Terbit ini.


Yokohama n Sakura..



pemandangan di bahagian depan tempat tinggal kami...



ini pula hubby snap dari balkoni...
memutih kelopak Sakura...apabila di lihat dari atas.



Depan 7 eleven....



ini juga pemandangan disepanjang laluan untuk ke rumah kami..


Di depan main entrance....sebelahnya tu kedai dobi..


Akhirnya...
kiriman gambar2 dari hubby menjadi pengubat rinduku pada Yokohama...
walaupun saya hanya dapat menatap gambar2 tapi sekurang-kurangnya rindu terubat jua...huhu sedih ni...
Selama 3 tahun bila tiba musim Sakura, sayalah orang yang begitu sibuk mengusung kamera ke hulu dan ke hilir bersama-sama dengan orang2 Jepun.
Walaupun kami saling tidak mengenali tapi saya masih boleh tolong ambilkan gambar mereka dan mereka juga sebaliknya. Entahlah mungkin keadaan dan pengalaman ini saya hanya perolehi di Jepun sahaja. Kini....semuanya menjadi kenangan indah buat saya dan akan saya ingat hingga ke akhir hayat. Sakura kali ini nampaknya hubby pula yang kena usung kamera, ambilkan gambar untuk saya..hihi