CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 29, 2010

Coret-coret lagi...


Alhamdulliah,
Kami semua telah berada di Kemaman, Terenganu sekarang..bercuti bersama-sama dad di rumah baru kami..
Alhamdulliah juga dengan keputusan peperiksaan yang sungguh membanggakan dari anak-anak dapatlah pelepasan sekejap..hehe tapi nampaknya dah salah guna ni...tido pukul 12 mlm, bangun pukul 1.00 tenghari...waaa
Dah banyak lemak semuanya...tapi tak apa, mum bagi semua rehat sampai hujung bulan ni sahaja..lepas tu back pada rules balik ye..
Kalau nak ikutkan tengok tv, tengok cd, main komputer sampai bila pub habis...
Ingat2 sokmo tahun depan tahun yang paling mencabar buat kita semua....semua sekali terlibat..kak long dengan spm, abang dengan pmr, sabrina n sarah juga kena mentain atau lagi lebih dalam pelajaran...mum...huhu driver bergaji besar..haha..berat tanggungjawabnya tu..
Duduk rumah baru yang bertingkat-tingkat ni mungkin satu pengalaman baru buat anak-anak semua, sekejap turun, sekejap naik...waa kita yang fobia..
Nampak gaya belum terasa penat...tak pe tengoklah nanti tahun depan...suka ke tidak naik tangga turun tangga....
Oklah...walau apa sekali pun nampaknya saya memang tak boleh berpisah dengan laut dan pantai, dengan selat dan kuala...
Rumah Melaka menghadap Selat Melaka, rumah Kemaman belakang ada kuala sungai...huhu..

Sunday, November 7, 2010

Coret-coret

Alhamdulliah,
masih diizinkan oleh NYA untuk bernafas di muka bumi ini...
Alhamdulliah juga kerana masih dikurniakan kesihatan seadanya untuk diriku juga keluarga semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia NYA.....
Alhamdulliah juga kerana saya masih mampu untuk melakarkan sepatah dua kata di sini.
Masih di minggu peperiksaan buat anak saya Nadia di MRSM sana....gud luck kak long...lagi2 paper maths,add maths,fizik dan bio yang masih berbaki...
Adik2 semuanya sudah merdeka...
Buku2 pinjaman juga sudah dipulangkan dan sudah pun dapat balik...itu untuk Abang Amirul kita yang akan menduduki PMR tahun depan...
Tahun depan adalah tahun yang saya tunggu dengan penuh debaran kerana seorang akan menduduki SPM dan seorang akan menghadapi PMR...
Apa maknanya tu???
Maknanya..tahun depan dengan saya2 sekali akan demam exam...waaa

Menarik dan mendebarkan...huhu
Apa pun kerterujaan itu sesungguhnya memerlukan satu pengorbanan...
Saya akan lakukan dan buat apa sahaja yang termampu untuk bersama-sama mereka menghadapinya...insyallah
Semoga saya diberikan lebih kekuatan dan semangat yang lebih lagi untuk bersama mereka.
Buat anak2 pula...cuti akhir tahun ini bukanlah cuti sepenuhnya....impian kita masih terlalu jauh untuk digapai...
Kita akan balik bercuti di rumah baru di Terengganu dan itu bukan bermakna kamu semua akan tutup rapat semua buku2....itu akan mum pastikan dengan sebaik mungkin...walaupun dad ada bersama2....itu bukan bermakna kamu semua boleh mengada lebih2 ye...hehe
Minta maaf juga kerana tahun ini...kita belum boleh bergerak jauh2 kerana banyak yang perlu mum n dad uruskan...dan lagi pun AIR -ASIA bulan 12 baru nak fly ke Japan..heee
Insyallah jika ada umur yang panjang, masa yang sesuai dan yang penting budget mesti cukup...hehe kita akan fly lagi...