CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 28, 2008

Concert Akhir Semesta....


Wajah Amirul yang agak kepenatan selepas show....tapi masih boleh di ajak
bergambar dengan dad...
Dan gambar bawah pula Amirul bersama dengan kawan2 ada yang join Koto
dan ada yang join band....

Well done boys...


Ini Sakurako...salah seorang famous girl di grade 5.....
mengenakan pakaian tradisional Jepun..iaitu KIMONO...
Sakurako buat persembahan ' KOTO ' alat muzik tradisional Japan.


Tengoklah Amirul.....alat muzik lebih besar dari dia..hihihi


Persembahan muzik Koto di bawah pimpinan Dr Amato

Friday, May 23, 2008

MISC/PETRONAS FAMILY DAY...


Sekitar Family Day MISC/PETRONAS yang berlansung dengan meriahnya....Lama sungguh merancang tetapi tertangguh disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi akhirnya terlaksana jua pada 18hb Mei yang lepas.
Berbagai juadah dan acara diadakan....semuanya tak kira menang atau kalah tetap membawa pulang hadiah..hihih..seronok sangat.
Pagi sebelum acara dimulakan...kami menjamah nasi lemak dengan accessoriesnya...ikan bilis,kacang goreng,telor ayam juga telor puyuh,timun dan sambal bilis..menu dari saya..hihi manakala aunty yati membawa mee goreng,kewtiau goreng dan agar2 juga aunty nurul dengan fries, bun manis beserta nugget ayam...ehmm meriah dengan makanan.Makan2 ala2 breakfast beramai-ramai gitu...kenyang sungguh..laaa pas ni nak masuk acara, mesti tak menang...hahaha...Dahlah kekenyangan...tadi panjat bukit tinggi lagi huhuh..berpeluh den !..
Acara kanak2 bermula sekitar pukul 10.15 pagi...seronok tengok gelagat anak2 yang mengambil bahagian ...mak dengan ayah pulak yang terlebih sorak..bagi sokongan...Amirul, Shahmina dan Nabila dalam kumpulan ' PRINCESS ', Syafiq, Naimi and Sarah dalam kumpulan ' MALA ' dan Kak Long, Beena dan Hariss dalam kumpulan ' Coklet Banana Delight ' panjangnya..maka dipendekkan kepada ' Chibidi '...oleh uncle Rozaimi. Bersungguh mereka berlawan...semangat kesukanan dan berkumpulan yang bagus..saling berkerjasama diantara mereka..
Semua mendapat hadiah ....semua enjoy..
Bila tiba giliran mom n dad berlawan....haahha ' Berjalan Kaki Tiga ' huhuhu kami kalah..last sekali...ni mesti tak cukup latihan tak pun mesti tadi dah penat mendaki bukit tinggi perkena lagi dengan nasi lemak ! Acara ' Kepit Bola ' juga kalah ...tak apalah kalau ada umur panjang next time kita cuba lagi ye dad..

Setelah selesai semuanya hadiah pun masing2 dah dapat..kami makan2 lagi..
Menu untuk lunch kita ada ikan masak kicap, sambal tumis udang dengan petai dari aunty Jun.Aunty Jun juga bawa ' Serawa ' kuah durian cicah roti..sedappp
lama tak rasa durian.Selain itu ada lauk kari ayam,ulam-ulaman serta sambal belacan serta puding roti dari aunty Tini dan aunty Sue pula bawa ayam goreng serta sayur campur dan puding karamel..tq semuanya...banyak sungguh makanan..ermm tak lupa budu ada jua....manalah dapat budu ni ye....hihihi ni dad punya kerja lah ni...Saya pun sampai tak tahu nak makan yang mana satu dulu semuanya sedap2 belaka..huhu



ini mesti semua dah keletihan....berterabur semuanya hihihi



Kaum bapa dan anak lelaki pula nak berposing !


Dan giliran ibu-ibu dengan anak perempuan !

Semoga silaturrahim kita semua berpanjangan dengan adanya perjumpaan atau outing beramai-ramai ini.Mengukuhkan lagi tali persahabatan/persaudaraan.
Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menuai padi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi !. Andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara sebelum atau semasa acara harapan saya semoga dapat di maafkan..ye.

Thursday, May 15, 2008

Kuih Sasa Dango...

Balik daripada field trip semalam...Amirul bawakan saya hasil daripada kerjatangan dia.Ada segugus kuih jepun...dia buat sendiri..yang di bungkus dengan daun ..katanya..ni kuih abang buat untuk mom....mom makan tau..hihiihi
tahulah tekak melayu saya ni...hihihi..tapi akhirnya kerana tak mahu menghampakan anak...walaupun dia sendiri tak makan...saya buka juga satu kuih..dan dengan lafaz Bismillah...saya makan perlahan2...
Rasanya ? Erm..bolehlah....kuih yang luarnya berwarna hijau sebab tepung pulut tu di campur dengan green tea dan isinya kacang merah...rasanya seakan-akan kuih koci pulut hitam...tapi ia tidaklah manis....


Ini pula hasil kerjatangan Amirul... sepasang selipar daripada jerami padi yang kering...lepas ni bolehlah mom gantung kat dinding...buat perhiasan..tq ye Ayuy




Nilah rupanya..kuih tu... seakan2 kuih koci...Namanya ' SASA DANGO '

Ini pula sebiji mug dengan piring....sama cantik sama padan dengan noritake saya kat sebelah....hihihi

Amirul Field Trip...


Amirul, Syafiq dan Benna yang turut sama untuk hantar abang ke Yamate St.




with Daniel....kat station..



dengan Eric n Yoru...


beginilah pemandangan budak2 grade 5..mengusung beg masing2 .Perjalanan ke Shinazawa selama 3 hari 2 malam...

Sunday, May 11, 2008

New Bike !




Ini motor lama kami Suzuki GSR 400 model 2006
baru 950 km...



Dan ini pula our new bike...Honda VFR 800 2008...
dengan plat number 44-66....dan modelnya dah orang lain hihihi..


Actually saya dan hubby menggemari number itu sebabnya...3466 adalah number
kegemaran kami ...ada maksud tersirat di sebalik number 3466 tu hihihi..sebab itu 3466 kami daftarkan ke atas kereta kami di Malaysia...tiba2 semalam tengok motor baru ni diaorg daftarkan dengan number 44-66....ermm...cantik !

Happy Mother Days....

Selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ini..dan teristemewa sekali ucapan ini saya tujukan buat ibunda tercinta,bukan sahaja menyambut hari ibu tetapi juga menyambut hari lahir...Selamat Hari Ibu dan Harijadi Mak !
Betapa besarnya sumbangan mu kepada insan kerdil seperti diriku ini.Betapa besarnya pengorbanan yang telah kau lakukan untuk menjadikan diriku seorang yang bergelar manusia...terima kasih mak kerana mengandungkan saya selama sembilan bulan dengan penuh susah payah dan tak dapat saya balas segala pengorbanan mu sepanjang membesarkan dan mendidik diriku..
Dan ampunkanlah daku ibu sekiranya ada tutur kata dan salah laku yang menyinggung perasaan mu..
Ya Allah berikan lah rahmatmu terhadap ibuku, ampunilah dosa2 nya dan permudahkanlah perjalanan hidupnya...

Buat teman2 yang titipkan jambangan bunga terima kasih diucapkan...semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat..
Buat anak2 dan suami ..terima kasih kerana bagi mom kuntuman2 cornations yang cantik...tq Benna,Sarah,Kak Long n Abang Ayuy...untuk dad...kesian kat dad...asyik kena pau sahaja ye..hihihi...thanks Hon..lov u so much.

Dan paling istemewa HARI IBU tahun ini ialah bila petangnya...saya dan hubby menjemput big bike baru kami hihihi...cantiknya....

Friday, May 9, 2008

Aloha...





Inilah Sabrina Aloha....dia kata bila dia pakai bunga di kepala...Aloha lah mom...
Aksi dia saya rakamkan sewaktu dia ' BELANJA ' saya dan hubby makan2 di Surabaya sempena harijadi saya tempohari......yang lain2nya kebetulan sekolah..so Beena hanya bawakan kad2 ucapan dari kak long,Abang Ayuy dan kak Sarah dia...tq semuanya...
Thank you ..Beena...we always luv you....

Thursday, May 8, 2008

Sekitar YIS Food Fair 2008..



ni kawan2 Amirul....Ken,Daniel, Robin and...that girl saya lupa nama dia..
mereka sedang duty...Amirul saya tak nampak di mana dia bertugas..
sebab terlalu ramai orang...



Saran n Beena di booth kraftangan...tunjuk bakat seni mereka...



inilah hasilnya...cantik Benna buat...




ini pula hasil seni Amirul...yang ditampal di board...


Beginilah sesaknya playground di YIS...penuh selain dengan pengunjung
juga penuh dengan gerai2 jualan...Malaysia tak ada wakil hihihi..



Kak Long sedang duty...nampak sangat penat !


ini pula Fatim..kawan saya...dia buka booth Moroco...