CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru Islam 1430 dan Tahun 2009

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 !
Alhamdulliah, esok kita akan memulakan tahun 2009. Sesungguhnya saya merasa begitu bersyukur kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk menikmati kehidupan seadanya.YaALLAH..Di tahun hijrah yang baru ini KAU muliakanlah, dan sayangilah kami, bahagiakanlah kami, sihatkanlah keluarga kami serta berkatilah rezeki yang kami perolehi, kuatkan dan teguhkanlah iman kami, berikanlah kami kenikmatan ibadah dan jauhkanlah kami dari FITNAH DUNIA....Amin Ya ALLAH Amin......




Sunday, December 28, 2008

Selamat Sampai Ke Malaysia

Alhamdulliah, kami semua sudah selamat sampai ke tanahair. Perjalanan semalam selama 7 jam lebih agak memenatkan saya. Apa tidaknya seawal jam 3 pagi saya dah bangun dan mula kejutkan anak2....dahlah memang malam tu mata tak boleh nak lelap, sekadar tidur-tidur ayam kata orang. Jam 5.30 pagi cab dah tunggu di bawah. Ke Ycat ambil bus pada pukul 6.10 pagi untuk ke Narita Airport. Kami keluar awal sebab ditakuti jalan akan jem. Alhamdulliah semuanya berjalan dengan lancarnya.
Sampai masa berpisah dengan hubby terasa sedihnya tapi saya cuba control perasaan hihi..buat2 kuat katakan..kalau tidak nanti anak2 akan rasa sedih. Apa pun Sarah semasa peluk dad, dia dah meleleh airmata. ...anak dara seorang tu memang sensitif orangnya. Dalam Flight kami jumpa krew yang baik. Azman namanya. Mintak kacang...berbungkus dia bagi bawa balik. Lepas tu dia tanya nak itu ke, nak ini ke....ehh pelik pulak rasanya. Yelah sepanjang saya naik kapalterbang tak ada satu pun barang2 hak MAS saya ambil....dia tanya anak saya Amirul, ' adik nak ke ear phone tu...ambillah, kata dia lagi...' . Anak saya tesenyum sambil angguk2kan kepala. Lepas tu sebelum kami mendarat dia bagi saya 2 helai blanket MAS yang baru masih berbungkus lagi. Mulanya saya terkejut juga..tapi dia kata..tak apa, tak ada masalah puan, krew yang bagi, kata dia sambil tersenyum. Erm...ambil sahajalah kalau dah orang bagi.
Apa pun terima kasih...arigato ne...di atas layanan yang baik itu. Semoga berjumpa lagi..insyallah.



Friday, December 26, 2008

Kyoto






Gambar2 di atas adalah pemberian seorang teman yang berkunjung ke Kyoto melawat keluarga angkatnya di sana baru-baru ini.Saya tak pernah sampai di sini tetapi mengikut kata teman-teman yang dah sampai di sini Kyoto ni memang cantik terutama semasa musim momiji...musim luruh. Kyoto ni boleh dikata tempat bersejarahlah macam negeri Melaka . Thank you Nurul n Mizam kerana sudi share gambar2 ni.

Shopping with hubby

Hari ni last day keluar berdua-duaan dengan hubby. Budak2 ajak pergi semuanya tak nak ikut..ermm mom dating berdualah dengan dad. Kami pergi Jack Mall cari stationary budak2. Lepas tu singgah cari baju di Hard Rock Cafe. 4 helai baju juga saya sambar dengan satu cap untuk Amirul. Selesai beli baju kami singgah basahkan tekak di Starbuck Coffee. Sebelum balik saya dan hubby singgah sekejap di office..lambai2 tangan dengan Ekumi. Sayonara semuanya...selamat tinggal Nihon. Esok saya dan anak2 akan terbang untuk kembali ke Malaysia. Buat hubby yang masih tinggal di sini..pandai2lah jaga diri di tempat orang. Insyallah bulan January nanti kita jumpa pula di Malaysia. We miz u so much !

sejuk sangat masa ni..



kat office hubby...


Hard Rock cafe Yokohama



Jack Mall





Playdate..



Playdate terakhir di Yokohama...tiba2 sahaja Amirul tanya saya, boleh tak dia main ping pong dengan Haris di library ? Kebetulan saya nak ke saty...saya kata ok sahaja kat budak2 tu lagi pun kak long ada dan insyallah dia boleh tengok2kan adik-adik yang lain. Tak tahulah bila dapat peluang untuk mereka bermain bersama-sama.Semoga kita bertemu di lain kali. Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi dan kalau ada umur yang panjang, insyallah ada masa kita boleh jumpa lagi. Bye semua !



Thursday, December 25, 2008

Sarapan pagi

Sarapan pagi hari ni..jeng jeng..macam sedap jer..hihihi. Memang sedap pun, nilah lempeng pisang..kalau letak kelapa muda lagi sedap.Pagi2 kalau breakfast makan yang manis2 hubby cukup enjoy.


Semalam terlebih rajin agaknya dan kebetulan bahan2 semua cukup maka breakfast pagi kami pun cukup meriah. Atas meja adalah 2 - 3 jenis kuih. Ada kuih keria, kuih kesukaan Beena ni. Ada kuih popia dan juga cucur badak. Banyaklah pilihan anak2. Penat pun hilang kalau kuih2 yang dibuat semua habis dimakan. Kat sini sahaja mom sempat nak buat beranika kuih ni..hihi kalau di Malaysia memanjang yang sibuk dan tak sempat.

Makan malam


Nilah rupa Salmon panggang cicah dengan sambal kicap dan perahan lemon...
makan malam kami...sedappp sehingga menjilat jari walaupun pedas.
Masa nilah dapat makan ikan Salmon yang segar dengan puasnya. Oishii ne !

Tuesday, December 23, 2008

Makan malam di Surabaya.

Sebenarnya selepas kami penat melilau shopping, kami rehat sebentar basahkan tekak dengan coffee panas ! Perut memang lapar tapi tak tahu apa yang boleh dimakan. Nasib baiklah saya ni kalau kata nak keluar berjalan2 ke shopping ke biasanya dalam handbeg atau beg anak2 saya mesti bawa makanan. Tak kiralah apa yang ada kat rumah tu..kalau coklet, cokletlah kalau tak pun biskut mesti ada selain itu kalau ada senbei pun saya bawa juga...senbei ni sejenis makanan ringan orang Jepun.Apa sahajalah janji HALAL boleh dimakan.


Hihi ..sempat lagi posing tu...pasangan bahagialah katakan..haha

Akhirnya dalam bus saya dan hubby buat keputusan untuk terus sahaja ke Sakuragicho. Bagus juga tu, dalam hati dah berkata-kata ni....penat dan malasnya nak masak. Akhirnya kami pun mengambil keputusan untuk dinner sahaja di Surabaya Restoran. Sesampainya kami..alahai panjangnya beratur nak masuk...huhuhu. Terlupakan yang hari tu hari Sabtu...biasalah kalau hujung minggu memang ramai. Dad cuba juga ' kecek ' budak2 ni..ajak balik sahaja ke rumah sebab malas nak tunggu lama lagi pun semua dah penat tetapi...macam biasalah...bila dah sampai manalah mereka mahu balik kalau tak makan. Dengan tabahnya kami bersama2 orang Jepun dok beratur tunggu giliran. Tak apalah lagi pun hujung minggu ni saya dah nak terbang balik, jumpalah sekali ' budak2 ' Surabaya ni...lepas ni entah bila ketemu lagi. Mereka ni semua dah kenal sangat dengan kami sebab selalu sangat berkunjung ke sini. Apa pun sayonara semuanya...sampai ketemu kembali ya !





Beena sempat main2 dulu sementara tunggu giliran nak masuk
Surabaya.....penuh !

Bayside Marina


Bayside Marina ialah sebuah factory outlets. Macam2 ada kat sini..cuma duit saja yang tak ada hihihi. Ke sinilah biasanya kami tuju kalau nak cari kasut atau jeans anak2. Kiranya ni last shopping sebelum pulang ke Malaysia nanti. Biasalah budak bujang seorang ni kalau jeans nak Levi's sahaja..erm macam2 kerenah.


Beena kesejukkan sebenarnya..hihi




Cantik view..



Akhirnya Kak long n Sarah dapat kasut Reebok



Beena lak mula2 dia pilih kasut Adiddas tapi mom n dad tak berkenaan
sebab kasut tu sebiji kasut lelaki tapi akhirnya
dia dapat kasut Nike..


Amirul sahaja tak dapat kasut sebab tak ada yang sesuai. Tapi dia
belanja makan crepe. Yummy !



Tak dapat naik boat2 mewah ni...bergambar dengannya pun cukuplah.



Monday, December 22, 2008

Pau Daging

Sesaja saya letak gambar pau daging ni...
Rasanya dah lama tak letak gambar makanan kat sini hihih..sejak balik ke Yokohama ni...saya jarang2 nak buat kuih....tah kenapa. Agaknya penyakit malas dari Malaysia terus dibawa ke Jepun ?. Mulanya aunty Nurul bagi pau kacang...lama tak makan, sedap ler pulak. Lelagi dengan musim sejuk ni...erm perut sentiasa lapar..
Tiba2 anak bujang seorang ni mintak buat pau daging pulak..huiss...malasnya nak mengguli..bread maker dah bawa balik ke Malaysia..ada tak ada mintak tolong aunty Nurul ulikan...hihih...dapat saja dough..terus buat.


nilah rupa pau daging...huhu
lama tak buat rasa macam kulit pau ni tak cantik pulak.


sedulang juga nak tunggu di kukus..



Tuesday, December 16, 2008

Karuizawa lagi..



Indahnya Karuizawa...entah bila kami berpeluang berkunjung lagi...sejuk dan nyaman udara dan pesekitarannya..



Dikala bulan mengambang....cantikk!


Nyaman dan sejuk suasana pagi hari..
kelihatan gunung yang diseliputi yuki..


Suasana senja yang cantik menggamit pengujung supaya datang
kembali ke sini..



Akhirnya...pertama kali saya menaiki shinkansen...perjalanan
pergi saya terasa pening2 sebab terlalu laju barangkali...tetapi
bila pulang....alhamdulliah..ok dah. Hihihi

Trip to Karuizawa Ski Resort

Alhamdulliah,
Trip to Karuizawa selama 3 hari 2 malam memang menyeronokkan dan pengalaman paling indah dalam hidup kami. Memang enjoy bila pertama kali kami main ski, enjoy tu enjoy juga tapi badan sakit2 semua huhuh....entah berapa kali saya jatuh berdebuk macam buah nangka....tapi semangat nak main ski tak boleh nak kata...berkobar-kobar...hihi. Apa taknya sewa peralatan ski dahlah mahal..lebih 20 ribu yen..kalau tak main..rugilah. Paling seronok tengok Benna main kerana dia hanya jatuh 2 kali, selebihnya dia boleh balance kan diri...


masa mula2 sampai..


Ni dah jatuh berdebuk dah..hihi


dad nampak macam pro lak.....




Tengoklah Beena, bukan main bergaya lagi..


masa mula2 ambil peralatan ski...eee
bukannya senang nak mengayakan kasut ski ni..dahlah berat, jalan
pun dah macam robot jer...kaku.




Our cottage..besar. Pulak tu bukannya satu tapi 2 cottage so..satu untuk anak2
dan satu lagi untuk mom N dad


Bila dah seronok, sejuk pun tak terasa..
jangan lepas ni demam sudah..