CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 25, 2009

Spell- It- Right Challenge


Spell- It- Right Challenge RHB N News Straits Time peringkat Negeri Melaka telah berlansung di Dataran Pahlawan Melaka. Sek Men Keb Telok Mas telah menghantar 4 orang wakil dan salah seorang daripadanya ialah Kak Long...Saya yang lebih berdebar-debar berbanding dia....hehe


Awal pagi saya hantar Nadia ke sekolah, jumpa cikgu n kawan2...terus snap


Saat ini tinggal 3 sahaja peserta yang mana salah seorang nanti layak ke final...saya yang duduk di bawah pentas tak tahu nak cakap macamana berdebarnya...Nadia dia mentain cool !


Kak Long relax aje....

Semasa peserta tinggal 3 orang sahaja lagi.....di saat itulah Kak Long terkeluar. Kebetulan tandingannya pada masa itu ialah state champion bagi tahun lepas.
Dari riak mukanya saya tahu dia kecewa....lemah sahaja langkah dia sewaktu turun dari atas pentas. Apa tidaknya hanya dia sahajalah yang tinggal mewakili sekolah manakala kawan2 yang lain telah terkeluar terlebih dahulu. Kata orang rezeki ...kita sendiri tak tahu...Dalam pengiraan point, markah pelajar yang paling tinggi akan berentap lagi untuk mendapatkan nombor untuk sekolah pula.
Alhamdulliah, nampaknya ada lagi peluang untuk menang. Akhirnya setelah puas berentap Nadia berjaya mendapat tempat ke 3 dengan membawa pulang hadiah bernilai rm 1,000 sahaja. Apa2 pun tahniah dari mum n dad.....insyallah tahun depan kalau ada peluang dan kesempatan boleh cuba lagi...

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!

Happy Mother's Day!






ni kek coklet moist dan strawberry kek..oishiii...


Nasi Beraini Gam....



Sebenarnya saya meraikan Hari Ibu merangkap Hari Lahir saya juga.....sayangnya saya meraikan dengan Kak Long dan Abg Ayuy sahaja sebab Beena n Sarah dah ikut Pak Uda balik kampung jumpa dan bawakan kek untuk Tuk Wan....

Untuk semua ibu-ibu di dunia ni. Jasamu akan terus dikenang, budimu akan terus diingat wahai ibu !. Andai disusun emas segunung, andai dirantai permata mutiara, andai dihitung pasir di gurun dan andai diempang air dilautan sekali pun...tak akan mampu menandingi pengorbanan serta kasih sayang seorang ibu.
To all mothers...It's NORMAL when u're in yr 20s, u'll look very ' MENGANCAM '..When u're in yr 30s, u begin to behave ' BERMACAM-MACAM..When u turn 40s to 50s, u'll fell 'TERANCAM ' and sadly, When u reach above 60s, orang lansung tak boleh nak ' CAM '!!..hehe
Anyway, ' HAPPY MOTHER'S DAY !! Hope we'll all mentain ' MENGANCAM ' Ok...
Bukannya apa....saya sesejak melangkau ke angka 40an ni saya terasa sayu semacam...kekadang berkata-kata sendiri... Dah tua ke aku ni ???
Entahlah makin umur bertambah makin mengada-gada pulak perasaan ni...
Emak ! Terima kasih di atas segala pengorbanan mu. Jasamu tak akan dapat ku balas. Semoga kau dikurniakan kesihatan yang lebih baik hendaknya..insyallah.