CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 30, 2008

Nageshi Park..



Hari Semalam kami berkelah di Nageshi Park...ramainya orang semuanya bersantai/berhanami di bawah pepohon Sakura yang cantik berkembang.Menikmati bekalan yang di bawa...habis semua nasi lemak , tak cukup pula bilamana selepas makan dad dan anak2 semua main besbol...lepas tu dah lapar balik...hihiihi apa pun saya happy sebab semua orang enjoy..




lagi pic menarik sewaktu berkelah...


Saturday, March 29, 2008

Sankeien Garden...


kami hanya berbasikal ke Sankeien Garden yang terletak hanya 600
meter dari rumah...



sepanjang jalan yang penuh dengan pepohon sakura.


di dalam kawasan garden...


depan Sankeien Garden...

Di bawah ini ada lagi gambar2 menarik kami....

Wednesday, March 26, 2008

Cherry Blossom,Magnolia...


jalan di belakang rumah


panjat bukit sebelah Saty....

diaorang ni memang best friend mana pergi mesti jumpa...
Sarah n Julia


magnolia bunga yang berbau wangi/harum boleh dibuat potpuri



Sakura/Cherry Blossom warna putih...

pink colour...
cantiknya...

semalam kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah...memang cantik pemandangan masa ni sebab kebanyakkan Cherry Blossom/Sakura dah mula berkembang...kerja saya masa ni mengusung camera ke hulu dan kehilir sahaja..





Waktu Spring memang cantik...semua tempat penuh dengan bunga dan pada waktu inilah ramai orang berhanami/berkelah...semua tempat sesak dengan pelbagai ragam manusia yang mengusung camera masing2 termasuklah saya...
sekali keluar saya akan snap bukan berpuluh lagi tapi beratus gambar untuk diabadikan sebagai satu memori yang cukup indah...ini baru ada 2 camera kalau ada banyak agaknya jenuh juga untuk saya upload semua gambar2...apa pun inilah hobi saya di sini...hubby dah faham sangat...dan cita2 baru saya ialah nak kecek kata orang kelantan...kat hubby sebiji lagi camera baru...Canon...tapi harganya mahal sungguh....ada rezeki dapatlah kot hihihihi.

Tuesday, March 25, 2008

Sanrio Puroland ...Hello Kitty


22hb yang lepas kami ke Sanrio Puroland..
Inilah Sanrio Puroland..tempat ini terkenal dengan Hello Kitty nya.....
yang seronok anak-anaklah...jauh juga dari Yokohama naik bus ke Sakuragicho Station lepas tu kami ambil train ke Hashimoto.Di Hashimoto tukar train lagi untuk Keio Tama Center....kami keluar pagi2 dan sampai di sana sekitar pukul 10.00 pagi..Petang tu balik semuanya dah keletihan...penat.


Di depan Sanrio Puroland



sempat ambil gambar dengan Si Kitty ni..



kawai ne...



Dalam perjalanan pulang bebudak ni sempat lagi di suruh berposing... masih boleh tersenyum..walaupun masing2 dah penat...
kalau ada umur yang panjang, bolehlah datang lagi hihihi.

Sunday, March 23, 2008

Selamat Pulang Hasni.....

sedih..tapi masih boleh tersenyum...

Pada 20hb lepas, saya menerima kunjungan seorang sahabat malah bukan sekadar sahabat di antara kami malah sudah kami akui sebagai saudara .Hasni sudah dianggap bagai seorang adik..insyallah tanggal 29hb nanti dia akan berangkat ke Bogor , Jakarta....menemui semula suami dan anak2 yang di tinggalkan kerana menyambung pelajaran di sini..dan pengorbanan suami dan anak2 sememangnya berbalas bilamana dia berjaya dengan cemerlang dan merupakan satu-satunya pelajar yang memperolehi markah paling tinggi !.
Tahniah dari kakak dan semoga silaturrahim yang terjalin di antara kita ini akan kekal terus hingga ke akhirnya,insyallah..
Sekembalinya kami ke Malaysia nanti , mudah-mudahan kita boleh saling berkunjungan dan nantikan kedatangan kami ke Makasar satu hari nanti ye !
Selamat jalan diucapkan dan semoga selamat sampai ke distinasi yang di tuju dan berjumpa kembali dengan keluarga tersayang....



sewaktu pertemuan terakhir sebelum berangkat pulang..
bersama Sarah..



semuanya dapat berjumpa kecuali Kak Long kerana
dia ada aktiviti after school..




Nampaknya selepas ini tugas kamu semakin mencabar....sebagai pengamal undang-undang kamu akan bekerja untuk rakyat dan perjuangan serta suara kamu adalah untuk rakyat dan pastikan rakyat menyokong kamu ye....
Selamat menjalankan tugas...semoga sukses ye..

Thursday, March 13, 2008

12-13 March Exhibition 2008....

Dari 12-13hb March YIS telah mengadakan Exhibition 2008 khusus untuk pelajar-pelajar gred 5..Persiapan telah pun dilakukan sejak 2 bulan yang lalu..semua pelajar gred 5 terlibat sepenuhnya. Setiap pelajar telah diberikan satu tajuk/topik dan mereka perlulah mencari bahan2 rujukan samada dari library, buku-buku juga dari internet.Exhibition di adakan di HKC Classroom in the middle building from 6.30 pm to 8.30 pm.Di adakan selama 2 hari iaitu from Wednesday evening for the parents and all day Thursday for the larger school community.Pukul 6.30 semua parents masuk ke dalam class untuk taklimat.Apa pun as a parents, saya cukup seronok melihat keletah anak2 yang terlibat ini bilamana mereka cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pengunjung yang datang supaya singgah ke pameran mereka.Sungguh menarik !



persembahan mereka di depan semua yang hadir


sebahagian daripada poster2 mereka !




ini sewaktu dad melawat ruang pameran Nikita..tekun
sungguh dad mendengar penerangan Nikita..



ini juga salah satu dpd pesembahan di mana Marcos memetik gitarnya !




Inilah Amirul yang segak di depan ruang pameran dia..
katanya dia telah mendapat seramai 7 orang pengunjung yang datang melawat...
Syabas Amirul,well done..



mom masih sempat berposing dengan Hero Sakura...ni mmg nama dia...
seorang muslim di mana bapanya seorang warga Bangladash dan ibunya seorang Japanesse.





ini kawan baik saya Fatim..Arab Morocco..


ini juga sebahagian dpd poster2 mereka...

Monday, March 10, 2008

Student Led Conference....


Pada 7hb ada student led conference di sekolah.Masa inilah anak-anak seolah-olah jadi cikgu..mereka pula di berikan peluang untuk menerangkan segala kerja sekolah dan apa jua aktiviti mereka di sekolah.Seronok juga kita melihat keletah anak-anak ni..As a parent apa jua soalan yang di ajukan pada anak2 ni mestilah positive and productive macam kita tanya :-

what makes this yr best piece of work ?
how did you go about completing the work ?
what did you enjoy in doing this ? atau pun
Did you manage yr time effectively ?

erm...lebih kurang macam tulah kita kena menanya kat anak2 ni.....tapi the most important task for the parent ialah let our son/daughter take the lead....


ini ialah hasil kerja seni Sarah yang ditunjukkan pada kami....
cantiknya.....


ini juga kerja seni Sarah....ni dia kata gambar family dia...hihihi
comel2 belaka....


ini sewaktu kami melawat art room.....



mom tumpang sekaki mengecat hasil seni Sarah...




ini pula aksi gred 5 berniaga dan segala kutipan akan di serahkan untuk
tujuan charity...



dad bergitu tekun mendengar explanation dari Sarah..





ini poster2 yang tergantung di dalam kelas...


dan ini pula gambar sarah....warna biru menunjukkan gigi dia ada plaque
huhuuhuu...

Apa pun kami seronok sangat dengan aksi sebilangan student....cikgu hanya memantu dari jauh...sekurang-kurangnya mereka di berikan pendedahan bagaimana untuk bercakap di depan dengan tidak ada perasaan malu dan segan...