CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

Sayonara Chiki !


Sayonara Chiki !
Selamat tinggal Chiki..huhu sedihh...hubby talipon kata salah satu hamster peliharaan kami telah mati...semua anak2 sedih terutamanya Beena n Sarah.
Saya pulak...ermm...memang sedih sangat sampai tak mampu nak tahan airmata dari keluar bercucuran. Yelah kami semua dah anggap hamster2 tu sebahagian atau part of our family..
Lagi sedih bila dia tunggu hubby balik dari ship visit...kebetulan hubby dah 2 hari ke Hakata ada ship visit..masa sampai ke rumah petang tu..Chiki masih boleh jejalan lagi walaupun dalam keadaan mengiggil-giggil. Bila sahaja hubby nak tukar bedding dia...tengok dia dah tidur..rupa2nya Chiki tidor untuk selama-lamanya..
Semoga aman di duniamu yang baru Chiki....kita semua pasti akan merinduimu..



Thursday, January 8, 2009

Santai..


pokok buah Delima saya tengah lebat berbuah..


lepas minum petang, saya suruh budak2 ni posing jap hehe



Beena n Sarah saja. Kak Long tengah study dan abang Ayuy pulak
pergi Club House Crystal Bay..dengan kawan dia...berenang


Biasalah Beena ni..kalau sengih tu lebih2 sangat...
kak Sarah dia mentain n cool aje.

Tuesday, January 6, 2009

Back 2 School !

pagi2 kul 6.45 sebelum ke sekolah..


balik sekolah dah ceria sikit..



Sek Men Telok Mas



Alhamdulliah,
Semuanya berjalan dengan lancarnya walaupun pada mulanya ada beberapa masalah teknikal.
Biasalah semua tu...apa yang penting kita kena kerja lebih sikit dan juga buat muka tak malu sahaja...kalau tidak semua akan jadi lambat..
Hari kedua persekolahan pengetua sekolah menengah dah panggil saya ke pejabat. Alhamdulliah Nadia yang pada mulanya cikgu letakkan di dalam kelas rancangan biasa akhirnya ditukarkan ke kelas rancangan khas atau kelas kawalan berdasarkan result middle school YIS dia yang baik. Masuk ke kelas BETA agak mencabar bagi dia sebab kelas BETA adalah salah satu kelas budak2 target PMR untuk 8 A1. Apa pun percampuran dan pergaulan dia mungkin dapat menolong dia mendapatkan keputusan yang agak baik dalam PMR disamping berusaha dan berdoa..insyallah. Amirul pun masih di kelas pertama di rancangan biasa. Seminggu pertama sekolah mengadakan ujian dignostik berdasarkan UPSR dan pada minggu kedua kedudukan murid akan dirombak semula. Entahlah...saya sendiri tak tahu nak menjangka keputusannya nanti...apa pun saya harapkan Amirul dapat membuatnya dengan baik...kerana dia hanya belajar setakat darjah 3 sahaja selebihnya kami di JEPUN..
Sarah pulak manis dengan pakaian pengawas displinnya...hihi...dia no problem, semuanya ok sahaja. Beena pula agak terkedek-kedek mengayakan baju kurung dia yang labuh tu..hihih
Cuma yang paling saya tak sanggup nak tengok bila dia mengusung beg yang berat sampai senget2 bahu. Saya nak belikan beg beroda dia tak mahu...apa pun tahniah saya pada dia kerana dilantik jadi penolong ketua darjah. Well Beena...tak boleh main-main dalam kelas tau ! Usaha lagi supaya tahun depan dapat jadi ketua kelas pula.



Friday, January 2, 2009

Tahun Baru, Azam Baru ?

Tahun baru, azam baru ?? Macam tu kita saban tahun. Setiap kali tahun bertukar setiap kalilah kita semua buat azam. Entah tertunai entah tidak tak tahulah...yang pastinya azam juga berubah-ubah. Alhamdulliah..urusan sekolah anak2 dah saya bereskan dan hampir selesai walaupun tak sepenuhnya....entahlah hati saya masih belum puas bila berkata bab2 sekolah ni...ada saja yang buat saya tak puas hati. Kekadang saya agak tak bersetuju dengan sistem sesetengah sekolah ni...budak2 dipisah-pisahkan. Kelas pandai semua budak2nya pandai dah budak2 yang tak berapa elok keputusannya semuanya di longgokkan dalam satu kelas yang berlainan. Kalau begitulah caranya...budak pandai semakin cerdik dan yang kurang cerdik tu akan jadi semakin lembaplah jadinya.....Alahai, macamana ye ?
Sebagai makayah,ibubapa or mom n dad...apa sahajalah panggilan anak2 terhadap kita sudah tentunya saya nakkan yang terbaik buat anak2 saya.Kata orang makan tak lalu, tidur tak cukup lena bila fikirkan perkara ni.
Tahun ni anak saya Nadia akan mengambil peperiksaan PMR...saya yang kecut perut. Untuk anak2 buah saya yang telah melaluinya pada tahun lepas seggulung tahniah saya ucapkan bilamana ada yang dapat 8A, 7A 2B, 5A 4b dan 4A...ALHAMDULLIAH. Teruskan usaha demi mengejar kejayaan yang mana dimasa depan akan menentukan kita menjadi manusia berguna, cemerlang dan gemilang. Untuk Nadia pula, mom doakan hanya yang terbaik untuk Nadia dalam menghadapi perjuangan pertama kamu, farsa pertama peringkat pertama dalam kehidupan kamu untuk menjadi manusia berguna.Insyallah...
Kami sentiasa menyokong dan memberikan apa jua bantuan yang diperlukan..
Tetapi diri kamu sendiri yang akan menentukan dimana kamu akan berada kelak.