CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 18, 2009

Noritake N China Pete











Noritake dan China Pete ni menjadi kegilaan saya semasa di Jepun. Rasanya bukan saya sahaja tetapi kaum hawa yang tepatnya. Hubby pula nampaknya mula menunjukkan minat terhadap Noritake ni. Malah dia juga ada pilihan sendiri. Sebenarnya koleksi di atas adalah sebahagian daripada koleksi saya. Sebahagian daripadanya masih di dalam kotak atau yang lebih tepatnya masih di bawah katil !. Saya dah tak ada tempat atau ruang nak diletakkan.. Nasib baik LORENZO saya sampai tepat pada waktu dan ketikanya. Kalau tidak....nahas dibuatnya.....alamatnya tersadailah Noritake saya. Di Jepun kita masih boleh membeli dengan harga yang agak munasabah. Kalau di Malaysia sudah tentu saya tak sanggup untuk membelinya. Tengok harganya sahaja saya takut. Apa tidaknya ada diantara harganya mencecah berpuluh ribu ringgit !.
Di Jepun ada diantara koleksi Noritake yang masih boleh kita beli dengan harga serendah 4 k... Terima kasih pada my honey yang membelikan LORENZO untuk saya dan terima kasih juga pada honey saya yang memahami minat saya....tq hon !. Kata suami saya..." koleksi awak nikan dah boleh beli sebiji kereta..." . Lepas ni dah tak boleh beli pinggan lagi tau...hehehe