CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 11, 2010

Sukan Tahunan S.K Alai 2010

Hari ini merupakan sukan tahunan SK Alai..majlis berlangsung dengan penuh meriah dan alhamdulliah cuaca pada hari itu agak berangin walaupun panas..
Seronok saya tengok gelagat anak2 kita yang mengambil bahagian baik di dalam perbarisan atau pun dalam acara sukan...semuanya menunjukkan kesungguhan dan bersatu padu agar pasukan mereka menang...lama sudah saya tinggalkan alam persekolahan ni....kata orang nostalgia tu dengan sendirinya datang semula..dalam hati tu berkata-kata...laju2 budak2 ni berlari kalau saya yang berlari....dah tahu dah dapat nombor berapa hehe



yang tersengih tutup mata tu tentulah Sarah anak saya...seronoklah dia kerana rumah pasukannya iaitu rumah kuning dapat tempat pertama..


beratur setelah selesai berbaris..



Ni Sabrina yang mengambil bahagian dalam acara bawa bola dalam
gelung rotan...sian dia..punyalah nak menang dia berlari laju bawa gelung
rotan sahaja tetapi bolanya tertinggal di belakang...hehe tak nak gelak
tapi saya gelak juga...tak tahan..
pasukan Sabrina iaitu pasukan merah dapat tempat terakhir...tu yang
dia sedih sesangat...huhu



menyanyi beramai-ramai...kesungguhan menempatkan mereka sebagai
kumpulan perbarisan yang terbaik ! Tahniah ye..