Seminggu ni malas betul nak mengupload gambar kerana line agak lembap. Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan bila setiap hujung minggu saya melawat kak long di MRSM TGB di Jasin. Selalunya bila ke Jasin saya terlupa bawa cameralah tak pun bawa camera tapi bateri pulak kong ! Aduh ...ada2 aje..
Tapi Ahad lepas..saya pastikan semuanya ada..hihi. Sepanjang perjalanan 3 kali saya berhentikan kereta di tepi jalan...semua yang lalu-lalang memandang..agaknya pelik melihat saya mengusung camera...saya macam biasalah buat tak tahu aje asalkan apa yang dihajati tercapai dan inilah hasilnya..
Cantikkan bunganya...

Apa yang membezakan pohon Sena dengan pohon Sakura ialah selain warna ialah dedaunnya. Sakura masa berbunga hanya penuh dengan bunga tanpa daun tapi pohon Sena ada daun juga bunga yang cantik !
Cantikkan...tak tergamak untuk saya memetiknya...haha