CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 22, 2010

Aktiviti menembak di Kemaman







Buah Belinjau...kalau dibuat kerepek rasanya agak pedas
dah baunya agak maung...tu tekak sayalah hehe


Aktiviti menembak apa yang ada disekitar rumah hubby ni saya lakukan pada waktu petang. Tak dapat banyak benda yang menarik sebab penyakit malas nak keluar rumah. Tengok pokok Jering pun saya tembak..hehe menarik jugakan. Manalah tahu kot2 ada kengkawan kat Jepun tu yang tak pernah tengok pokok Jering. Hari tu saya ada pergi ke Kerteh dan singgah di Pantai Kemasik tetapi sayang sebab tertinggal camera...saya nampak dari jauh pantainya sungguh cantik dengan air laut yang berwarna biru. Tak apalah...nanti bulan 6 cuti sekolah saya akan datang lagi ke Kemaman...nak tinjau pantai pulak. Datang kali ni kerjanya asyik masak dan masak dan makannn....ada saja nak makan...kalau lagi lama duduk Kemaman saya dengan hubby sekali sure gemuk..