Sepanjang minggu ini penuh dengan pelbagai aktiviti. Selain di surau taman perumahan saya menganjurkan Majlis Maulidur Rasul, hari Khamis yang lepas, SMK Telok Mas mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar2 PMR dan SPM 2009. Kak Long dan 2 orang kawan dari MRSM Tun Ghafar Baba serta kawan2 yang lain dari Sek Sains Muar turut sama menghadirinya. Saya sediakan apa yang patut di rumah....maklumlah anak nak balik...sediakan ketupat rendang ayam dan tak lupa juga telor itik masak kicap favourite kak long..tak ketinggalan juga donat coklet serta kuih koci....