Tengahari tadi dapat kad daripada Nissan...tengok ada MBR 3466...apa pulak ni. Bila buka..oooo rupanya Nissan hantar kad birthday untuk saya..Esok baru 30hb Mac...birthday saya 30hb April...sebulan lagi tu...hehe
Tapi hari ini birthday Taty...kawan kat Kemaman..." Happy Birthday buat Taty ", semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki selalu. Wah ! bestlah...makan ramai2 kat pizza ye....nanti akak pun nak tunggu Boss Taty belanja akak pulak...hehe. Tak sabar rasanya nak tunggu tarikh 30hb tu...nak mintak apalah pulak kali ni....tapi memang kegilaan saya pada jam tangan ni....dah ada 10 pun rasa macam tak cukup lagi...hehe. Manalah tahu kot2 tahun ni saya dapat Chopard ke..wakaka...follie2 yang ada pun sayang nak pakai...kalau dapat Chopard eee simpan dalam peti besi kot...
Monday, March 29, 2010
Kad Birthday...
Posted by RinaHisham at Monday, March 29, 2010
Sunday, March 28, 2010
My Bike !


Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Pokok Mangga n Bunga Raya



Pokok Bunga Raya Putih ni pun sama...liat nak keluar bunga...tapi akhirnya dia berbunga juga. Saya suka pokok ni sebab bunga dia cantik !.
Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Open Swimming Tournament di Greece..



Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan
Mesyuarat Agong PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Telok Mas 2009
Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Maulud Nabi
Sekitar majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau As-Salam Taman Alai Perdana, atau lebih dikenali sebagai Crystal Bay. Majlis dimulakan dengan ceramah dari Ustaz yang dijemput khas dari Masjid Selat Negeri Melaka. Selesai solat Isyaq berjemaah..sekumpulan wanita dari Permatang Pasir yang dijemput khas meneruskan dengan Zikir dan Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W....
Amin Ya Rabal Al-amin...semoga majlis kita mendapat keberkatan hendaknya.


Ini pula Bunga Pahar yang saya buat dari rumah untuk hantar
ke surau..hehe cantik tak..

Masa nak pergi tu masih sempat posing dengan Beena..
Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Aktiviti minggu ini
Sepanjang minggu ini penuh dengan pelbagai aktiviti. Selain di surau taman perumahan saya menganjurkan Majlis Maulidur Rasul, hari Khamis yang lepas, SMK Telok Mas mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar2 PMR dan SPM 2009. Kak Long dan 2 orang kawan dari MRSM Tun Ghafar Baba serta kawan2 yang lain dari Sek Sains Muar turut sama menghadirinya. Saya sediakan apa yang patut di rumah....maklumlah anak nak balik...sediakan ketupat rendang ayam dan tak lupa juga telor itik masak kicap favourite kak long..tak ketinggalan juga donat coklet serta kuih koci....
Posted by RinaHisham at Sunday, March 28, 2010
Monday, March 22, 2010
Aktiviti menembak di Crystal Bay



Pokok Orkid juga...tapi tak tahu spesis apa..




Posted by RinaHisham at Monday, March 22, 2010
Aktiviti menembak di Kemaman







Aktiviti menembak apa yang ada disekitar rumah hubby ni saya lakukan pada waktu petang. Tak dapat banyak benda yang menarik sebab penyakit malas nak keluar rumah. Tengok pokok Jering pun saya tembak..hehe menarik jugakan. Manalah tahu kot2 ada kengkawan kat Jepun tu yang tak pernah tengok pokok Jering. Hari tu saya ada pergi ke Kerteh dan singgah di Pantai Kemasik tetapi sayang sebab tertinggal camera...saya nampak dari jauh pantainya sungguh cantik dengan air laut yang berwarna biru. Tak apalah...nanti bulan 6 cuti sekolah saya akan datang lagi ke Kemaman...nak tinjau pantai pulak. Datang kali ni kerjanya asyik masak dan masak dan makannn....ada saja nak makan...kalau lagi lama duduk Kemaman saya dengan hubby sekali sure gemuk..
Posted by RinaHisham at Monday, March 22, 2010
AF ??


Kalau nak tahu...dia bukan bawa 2 beg ni sahaja tapi 5 beg...hiss...ni nak balik bercuti atau nak pindah ni kak long ???
Posted by RinaHisham at Monday, March 22, 2010
Thursday, March 11, 2010
Sukan Tahunan S.K Alai 2010
Hari ini merupakan sukan tahunan SK Alai..majlis berlangsung dengan penuh meriah dan alhamdulliah cuaca pada hari itu agak berangin walaupun panas..
Seronok saya tengok gelagat anak2 kita yang mengambil bahagian baik di dalam perbarisan atau pun dalam acara sukan...semuanya menunjukkan kesungguhan dan bersatu padu agar pasukan mereka menang...lama sudah saya tinggalkan alam persekolahan ni....kata orang nostalgia tu dengan sendirinya datang semula..dalam hati tu berkata-kata...laju2 budak2 ni berlari kalau saya yang berlari....dah tahu dah dapat nombor berapa hehe



pasukan Sabrina iaitu pasukan merah dapat tempat terakhir...tu yang



Posted by RinaHisham at Thursday, March 11, 2010