CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 17, 2008

Masih meriah...



kebetulannya malam tu ramai yang mengenakan warna hijau...
my cool colour..haha



ini semuanya tengah tengok Chibi,Chiki and Choki...
nanti tinggal dengan aunty Nurul ye...

Malam tadi kami menerima kunjungan dari Uncle Rozaimi serta Uncle Mizam satu family.Meriah rasanya walaupun sedih untuk berpisah sebab selepas ini entah ada ke tidak kesempatan untuk kami berbual-bual dan bersantai macam selalu.
Balik nanti semuanya sibuk dan jadual serta routine saya semakin padat.
Tatkala hari yang di tunggu cuma tinggal sehari sahaja lagi.....saya seolah-olah kehilangan punca...ada sahaja yang nak dibuat tapi tak tahu nak mula dari mana..huhu.Menyentuh soal hati dan perasaan jangan katalah...
Terlalu sukar untuk saya ungkap dan perjelaskan bagaimanakan perasaan hati di waktu ini....semuanya terlalu sunyi....
Buat semua teman-teman seperantauan...terima kasih di atas segalanya, susah senang kita bersama..tak ternilai semua itu dan akan saya kenang dan simpan sebagai satu memori yang cukup indah dah berharga dalam hidup saya. Andai ada sumur di ladang bolehlah saya menumpang mandi dan jika ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi di lain waktu dan di lain ketika...insyallah...

Gambar akan saya upload nanti ye...