Bertapa indahnya ciptaan Tuhan...setiap musim berganti maka panoramanya juga akan berubah.Musim Summer ini di Mt Fuji cukup terkenal dengan kehebatan Lavender yang harum semerbak di seluruh kawasan pesekitaran Mt. Fuji..di Kawaguchi Lake ada Oishi Park yang penuh dengan Lavender yang wangi semerbak bak kata Aunty Nurul..sendawa pun berbau Lavender hihihi...
Special thanks pada Uncle Mizam dan Aunty Nurul yang sudi tangkapkan gambar buat saya..saya hanya kirimkan kamera sahaja...tuan badan ada di Yokohama. Perjalanan dari Yokohama menaiki train kata mereka memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit ke 3 jam untuk sampai ke Kawaguchi Station. Dari sini pula ambil retro bus dalam 27 minit pula untuk sampai ke Oishi Park. Masa yang bergitu terbatas tidak mengizinkan saya untuk turut serta.
Saya memang peminat Lavender...apa sahaja haruman rumah biasanya berasaskan Lavender dan Vanilla...ermm wanginya tak terucap..haha
Entah bila agaknya saya berkesempatan untuk berkunjung ...hanya takdir dan waktu penentu segalanya...
Monday, July 14, 2008
Lavender di Mt. Fuji
Posted by RinaHisham at Monday, July 14, 2008