Agaknya sessi gunting-menggunting rambut....bilamana anak2 saya semua dapatkan dad minta digunting/repair rambut masing2...yang paling kelakarnya Beenalah sebab bila tengok dad gunting rambut kak long, dia pun nak gunting juga.Walhal rambut dia baru sahaja dad repairkan...masih pendek lagi.Berulang kali dia datang bertanyakan pada saya ' mom, boleh tak Beena gunting rambut ? '.
Saya yang memang sukakan kalau dia berambut panjang selamba menjawab..tak boleh Beena.Tiga empat kali dia mendapatkan saya dan akhirnya...
Rambut anak2 saya ni selalunya memang dadlah yang jadi tukang guntingnya..jarang anak2 saya masuk kedai gunting.....jimat banyak....hihihi
Gambar kak long tengah digunting saya tak masukkan sebab nampak tukang gunting yang tak pakai baju...maluuuu
