CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 11, 2008

Hari2 terakhirmu...




budak2 ni masih sempat posing..huhu..


inilah Uncle Fakru..owner baru kereta...

Berbagai rasa dihati , semuanya bercampur baur.Saat ini terlalu sukar saya rungkaikan...manakan tidak sejak December 2005 ke hulu dan ke hilir ' dia ' lah yang membawa saya, ke sekolah juga ke Saty dan tempat2 lain...terlalu banyak memori atau kenangan indah saya bersamanya.Membawa ' dia ' pernah disaman dan dengan ' dia ' juga beberapa kali ditahan polis...dah sahlah memang polis suka sangat dengan saya..huhu.
Kata orang teman setia dan tanpanya saya terasa seolah-olah ' patah kaki '...
Itulah kereta saya 80 -04 nombor pendaftarannya. Malam semalam hubby dah bagi kereta pada Uncle Fakru . Sebenarnya bila saya decided untuk kembali ke Malaysia..hubby yang akan tinggal berseorangan tidak bercadang untuk menyimpan kereta . Ini bermakna tidak perlulah membayar 5 ribu yen setiap bulan untuk insuran...dah jimat !
.
Pukul 8.00 malam Uncle Fakru sampai di rumah dari Chiba.Lepas solat maghrib, kami menjamu selera sambil berbual dan sekitar pukul 10.00 kami turun ke basement untuk ambil kereta. Saya masih sempat mengusung kemera untuk merakamkan saat-saat terakhir itu...masih mampu lagi mengawal perasaan di hati.Tapi bila sahaja Uncle Fakru mula menghidupkan enjin dan mulai bergerak perlahan....saya menjadi begitu sebak...sedih dan tak mampu lagi untuk menahan airmata yang sedari tadi berbertakungan untuk terus jatuh berguguran...
Dengan esak dan sedu saya terus mendapatkan hubby yang sedang membelek motor...kata saya ' sedihnya saya tak macam saya sedih sewaktu menjual kereta wira saya sebelum saya datang ke sini ' banyak sangat memorinya....
Tak apalah...akan saya simpan dan kenang hingga ke akhir hayat sebagai satu kenangan yang indah.