Cuaca kat sini dah terasa bahangnya....dah macam berada di Malaysia sahaja..hihi.
Dalam pada itu saya dan hubby masih sempat bercucuk-tanam tapi di dalam pasu besarlah....dan tanaman peria kami sedang menjadi nampaknya dan dah nampak
juga putik2 buah yang kecil mulai keluar...tak lama lagi dapatlah hasilnya tetapi sayangnya saya sudah tentu tak dapat merasainya huhuhu..sedihnya.
Tentu saya merindui " garden kecil " saya itu...juga pokok ' duit ' saya...istilah orang juga kawan2 yang memberi gelaran kepada pokok bonsai saya itu sebagai ' pokok duit '.Kata mereka lagi kalau sesiapa yang menanam pokok tersebut dan menjadi dengan lebatnya maka banyaklah duit....hihihih entahlah...itu kata orang.
Pokok daun salery saya pun gemuk dan menjadi....sayang nak ditinggalkan dan mintak2 aunty Nurul boleh tolong jagakan...boleh ye aunty Nurul
inilah rupanya pokok peria kami..tengah menjadi dan di bawah
kelihatan putik2 buah yang masih kecil..

ini pula pokok salery saya dah 2 kali juga daunnya di petik..
untuk ditabur atas mee goreng...rangup dan fresh.

inilah rupanya ' pokok duit ' saya tu..
nampak segar dengan dedaunnya menghijau ..sungguh lebat.
Bercakap tentang musim panas, beberapa minggu sebelum ini saya dan hubby mencari kipas tambahan untuk rumah kami..maklum sahajalah ini pertama kali kami menghabiskan cuti musim panas di sini. Saya memang telah maklum kalau di sini bila masuk summer, panasnya terlampau panas maklumlah cuaca panas kering..so kami pun bercadang untuk mencari kipas second hand sahaja sebab bukan nak guna lama pun..dalam sebulan sahaja..
Di sebuah kedai..saya mula menayakan seorang jurujual ada tak kipas second hand lagi. Perbualan lebih kurang bergini :
Saya : Sumimaasen...i'm looking fan....you know fan?
Jurujual : Fan ?......#$$$%###
Saya : yes, fan....
Jurujual : Chotomate ne...$#$#$ sambil garu2 kepala..
Dalam hati...ermm memang mamat ni tak tahu omputih ni...kata saya...
tetapi biasalah di negara matahari terbit ini...kalau diaorang tak fasih macamana sekali pun..diaorang akan usahakan untuk menolong kita dengan apa cara sekali pun...lama juga saya tunggu si mamat ni cari orang yang boleh berbahasa Inggeris..tapi tak ada agaknya.
Akhirnya lepas puas saya merayau-rayau...kipas sebiji pun tak jumpa akhirnya saya terjumpa balik dengan mamat yang saya tanya tadi...kesian saya tengok dia lalu saya katakan pada dia...its ok,never mind...daijoubo.Dia dengan rasa bersalah cuma angguk2kan kepala.
Tak puashati saya cal Nurul...tanyakan pada dia...lepas cal..apalagi gelak sakan dan macam nak pecah perut dibuatnya.Nampak gaya sampai mati saya mesti tak lupa apa itu kipas dalam Japanese.Kipas dalam Japanese ialah ' SANG PUKI '...
Berlari saya dapatkan hubby yang sedang membelek ' gitar aloha " sambil bertanya.' Hon, awak tahu tak kipas dalam Japanese ? ' . Selamba hubby menjawab sambil gelak...tahu..laaaa saya kata.