CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 5, 2008

Imperial Palace,Tokyo

Imperial Palace adalah tempat bersemayamnya Raja Jepun...Indah sungguh istana Raja ini kerana kawasannya luas dan penuh dengan pokok-pokok bonsai.
Pelawat dibenarkan melawat di sekitar kawasan luar istana...pada pandangan saya kawasan di sekeliling istana ini tentunya lagi cantik pada musim luruh/auntum...dengan dedaun yang menguning...sayang saya terlepas peluang itu..Di bawah kelihatan anggota polis yang bertugas...di gate no 2...ini bukannya pintu utama untuk masuk ke dalam..


Sebenarnya gambar di atas ini bukanlah Istana Raja..tetapi ialah salah satu dari Guard House...di Imperial Palace.Saya tidak sampai di pintu utama disebabkan kawasan yang begitu luas sementelah lagi kaki saya yang sakit dan lenguh disebabkan dah jauh berjalan sehari suntuk.Saya hanya pandang hubby dan anak-anak yang berjalan jauh ke hadapan..tetapi akhirnya semuanya berpatah balik sebab mungkin mereka kesian kat mom yang dah tak larat tu..hihihi.Nantilah..kalau ada lagi kesempatan saya ingin berkunjung lagi ke sana..



Sebahagian daripada pemandangan pepohon bonsai yang cantik...sungguh cantik dan amat mengkagumkan..kalau ada peluang saya ingin ke sini lagi pada musim luruh...