Akiabara , Tokyo....ke sana sepanjang saya menetap di bumi Nihon ini...baru 2 kali. Di sini macam2 boleh kita lihat dan macam2 boleh kita jumpa dan beli.Bagi saya banyak benda2 pelik ada di sini....saya tidak begitu menggemari tempat ini kerana ianya terlalu sesak dan padat dengan manusia yang berbagai ragam...kebiasaannya sesetengah laluan/jalanrayanya akan ditutup pada lalulintas.Seperti di dalam pic kami ini....bergambar di tengah2 jalanraya..hihi
tetapi di sini anak2 saya boleh beli games DS dengan harga yang murah.....sekitar 3 ribu lebih yen..jauh lebih murah berbanding Yokohama.Budak2 perempuan yang memakai pakaian sebegini biasanya boleh kita lihat dan nampak terutama pada hujung minggu..mereka tak kisah dan tak ada sesiapa pun yang mentertawakan cara mereka berpakaian malah menjadi buruan kamera para pelancong asing..macam saya ni hihi...tak kisah bila saya halakan kamera saya malah mereka begitu sporting lagi....kalau mereka berada di tempat kitalah , saya ingat tentu mereka dah dijadikan bahan ketawa...
Anak2 begitu kepenatan tetapi jadi bersemangat semula bila dad ajak ke Book Off..di sini kita boleh jumpa buku2 Bahasa Inggeris...hanya satu floor..itu pun tak banyak...tapi bolehlah...banyak juga yang anak2 dapat...2 beg plastik jugalah...
Anak2 saya kalau dah dapat buku..penat pun tak kisah dah.....
Apa-apa pun bila semuanya happy..saya pun tumpang sekakilah...
Tuesday, June 3, 2008
Akiabara Tokyo..
Posted by RinaHisham at Tuesday, June 03, 2008