Saat2 perpisahan dengan kawan2 hanya beberapa hari sahaja lagi....hari jumaat nanti ialah hari terakhir persekolahan dan selepas itu dah bermula cuti panjang atau summer school holiday...saat terakhir persekolahan ini ramai yang berpindah dari Jepun samada ditukarkan ke negara yang lain dan ada juga yang pulang semula ke negara masing2....saya sendiri terasa sayu hati bila Marcos telah kembali ke negara asalnya iaitu Norway..dia diantara yang menamatkan sessi persekolahnan dengan lebih awal mungkin disebabkan tuntutan kerja bapanya...tak terkecuali anak saya..hari jumaat ini ialah hari terakhir dia bersama-sama dengan kawan2nya bilamana saya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air tercinta pada bulan Julai ini disebabkan tuntutan pelajaran anak2 walaupun hubby masih di sini mungkin dalam jangkamasa setahun lagi.. Saya rasa sedih sangat sebab kebanyakkan kawan2 amirul saya kenal dah biasa dengan mereka ..sebab itu saya dan hubby mengadakan majlis perpisahan ini dengan kawan2 rapat Amirul.Kami minta Ekumi bookingkan Surabaya Restoran untuk 18 orang..biasalah kalau di Jepun ni..mereka memang percayakan pelanggan..booking cam tu saja tak payah nak letak bayaran pun..tu yang bestnya di sini.Setelah kesemuanya ada, hubby bawa kesemua mereka bermain di Cosmo World.Saya tak ikut serta sebab tak larat nak mengusung hadiah2 tu ke hulu dan ke hilir..janji pukul 12.15 mereka semua datang balik ke tempat saya menunggu tetapi menghampiri jam 12.30 barulah sampai.Di sebabkan saya booking untuk makan pukul 12.30 dan semua budak2 tu masih lagi nak main, hubby kata saya terpaksa naik dahulu ke atas dan bolehlah pesan makanan apa2 yang patut.. Nilah rupanya makanan yang telah saya pesan itu....main agak2 sahaja...kata kat hubby kalau tak cukup ni...kita pesan lagilah....tapi rasa rasa dah banyak juga ni...
All Boys nak pergi main...rollercoaster...


Ini pula Ellen, Saga, Melanie, Lauren dan Danielle..

Nilah sebahagian hadiah2 yang diberikan buat anak saya...ada PSP, ada mainan UNO , Saga pula bagi sebiji bola Addidas...buku dan macam2 lagi...saya kata kata kat hubby..malunya..macam2 dan mahal2 apa yang diaorang bagi...kalau dulu sewaktu saya bersekolah...kawan baik saya bagi saya hadiah notebook sahaja...kat sini berbezanya...sebab itulah kalau ada yang invite anak2 ni ke majlis birthday party..saya dan hubby pening kepala dibuatnya memikirkan apa nak bagi.....

macam2 gelagat bebudak ni..


rasa puashati bila semuanya berselera makan dan siap nak tambah lagi soft drink..
Bila semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah kami rasa berbaloi bila mengeluarkan sejumlah wang...bila semuanya happy...hihi banyak juga dad kena pau.!