CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 18, 2009

Honmokuwada, Yokohama.



Alamak ! Berat jugak motor ni...hehe. Biasalah kalau diaorang ni yang buat
kerja. Saya dah terbiasa dengan keadaan ni lebih dari 3 tahun. Tak
perlu nak risau dan tak payah nak fikir...gerenti tip-top. Selamat,
tak pecah dan tak calar...hehe.



Tunggu giliran nampak...


Dah pun penuh satu lori...ingat saya satu lori rupa-rupanya
3 lori....alamak!! Biar betul ni...



Semua gambar2 di atas adalah gambar sewaktu di Yokohama. Hubby rakamkan sewaktu packer datang untuk mengemas barang2 kami di rumah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Saya sebenarnya tak sempat nak update..tak apalah biar pun lambat dan agak lama nak update...saya tetap akan postkan ke dalam blog ini kerana inilah memori indah yang akan kami sekeluarga kenang dan ingat hingga ke akhir hayat kami. Sekali tengok macam tak banyak tapi 2 kali tengok....alamak!
Saya tak dapat nak bayangkan macamanalah bila sampai kat Melaka nanti... Ok..tak apa...kita lihat episod seterusnya...hehe. Memang kalut...macam kata hubby kat saya, " Tulah, masa shopping tak ingat-ingat...haaa tengoklah punyalah banyak....".