
Dah mula dah....mana yang kotak bertanda fragile dah mula diletakkan
dalam rumah ....mata saya dah mulalah berkelip-kelip ni...

Sabar saja saya tengok orang yang angkat barang tu...
keluar masuk rumah saya dengan berkaki ayam....

Masa ini saya dah mula terdiam, tak boleh nak kata dah.. tangan pun
dah mula letak atas kepala, dah mula picit2 dahi dah.....pening2
mana tak pening kalau dah ada 206 kotak kat rumah..huhu
mana tak pening kalau dah ada 206 kotak kat rumah..huhu


Aduh ! Macamana nak kemas ni...nak mula yang mana dulu pun saya dah tak tahu. Hubby masih boleh tersenyum bila dia terpandang muka saya. Agaknya dalam hati dia mestilah dia kata..." Haa..abang dah kata dah....tapi masih nak beli itu, beli ini....dah tu dah mula pening kepala ". Sebenarnya saya betul-betul tak sangka betapa banyaknya barang yang kami bawa balik dari Jepun ni. Masa kat Jepun dulu...saya asyik beli dan beli..hubby pulak tak banyak hal dan tak kata apa-apa pun...maka inilah hasilnya. Malam pertama semasa kargo kami sampai, saya dan hubby telah buka lebih dari 100 kotak....
Keesokkan harinya saya buka pula kotak yang bertanda fragile yang dah penuh sarat-barat kat dalam rumah. Kalau boleh saya nak habiskan cepat2 sebab saya rasa lemas dan tak selesa...hari ke 3 saya dan hubby dah mula rasa macam nak demam. Akhirnya hubby demam mungkin disebabkan kepenatan kerana membuka kotak2 yang banyak ..Percaya atau tidak dalam seminggu sahaja semuanya kembali normal.....dah cantik balik rumah saya....hehe
Iktibar dari apa yang dah saya lalui ini ialah pesanan saya kepada kawan2 yang masih di Jepun atau dimana sahaja...selain beringat sewaktu shopping kita juga kena fikir samada barang2 yang kita beli itu nanti akan kita gunakan semasa kita di Malaysia atau tidak....