ini Gipsi...hitam si tampok manggis...
Hari ni..Saya balik Kluang..rumah sepupu saya, ambil kucing...eee seronok tengok kucing2 tu..tak tahu mana satu nak pilih...ikutkan hati nak ambil semua sekali tetapi akhirnya si Oren Dipsi tak jadi ambil bila budak2 kat rumah tu semuanya moyok sebab sedih. Saya bawa balik ke Melaka hanya Winki n Gipsi.
Memang dah bukan rezeki saya agaknya....Beena yang ada alahan pada bulu kucing ni jadi semakin teruk pulak. Selain batuk dan terbersin sahaja, mukanya jadi berbintat-bintat seolah-olah kena ' senggata '. Akhirnya kucing duduk di Melaka tak sampai sehari bila terpaksa dihantar semula balik ke kampung halamannya di Kluang. Huhuhu...sedih sekali tentulah Amirul yang beria nakkan kucing. Tak apalah...kita tunggu Chibi sampai dari Jepun dengan Dad. Chibi our hamster...rinduuu.