Thursday, April 9, 2009
Yokohama n Sakura..
Akhirnya...
kiriman gambar2 dari hubby menjadi pengubat rinduku pada Yokohama...
walaupun saya hanya dapat menatap gambar2 tapi sekurang-kurangnya rindu terubat jua...huhu sedih ni...
Selama 3 tahun bila tiba musim Sakura, sayalah orang yang begitu sibuk mengusung kamera ke hulu dan ke hilir bersama-sama dengan orang2 Jepun.
Walaupun kami saling tidak mengenali tapi saya masih boleh tolong ambilkan gambar mereka dan mereka juga sebaliknya. Entahlah mungkin keadaan dan pengalaman ini saya hanya perolehi di Jepun sahaja. Kini....semuanya menjadi kenangan indah buat saya dan akan saya ingat hingga ke akhir hayat. Sakura kali ini nampaknya hubby pula yang kena usung kamera, ambilkan gambar untuk saya..hihi
Posted by RinaHisham at Thursday, April 09, 2009